Sunday, January 22, 2012

introducing : our little miracle

9 more days to go....??NOT!
he's here already!subhanallah!




tarikh lahir : 20 Jan 2012, Jumaat
masa : 11.51pagi
berat : 2.85kg
type of delivery : normal

thank you aunties and readers for the prayers!we are blessed parents, alhamdulillah :)

welcoming parenthood!pray for us, thanks! :)

Tuesday, January 10, 2012

soalan cepumas

satu kategori soalan yang paling digeruni oleh ummi adalah,
"camna ko tau ko mengandung?masa tu period delay berapa hari?camane surprisekan husband, maklumlah lama tunggu nak pregnant kan..."
tadi masa borak2 lepas lunch kat ofis, masing2 duk cite pengalaman masing2.bila sampai turn ummi, hah menggagau cari jawapan... bagaimana kawan2 ttc semua hadapi situasi begitu?ni cuma kpd mereka yg melalui iui atau ivf shj kot.bukanlah semua yg ttc...

Friday, January 6, 2012

36wks updates

tadi checkup 36wks+.... • lil miracle dah 2.7kg.itu pun kalau ikut graf kira underweight...patut dah 2.9kg...fuh • ummi dah gain 10kg+...berat tadi 63.4kg.membesar bagaikan johan.woot! • urine & BP normal • doc tekan2 bawah bump.baby dah otw nak engaged. alhamdulillah.doc pesan suruh jalan lebih lagi... • ummi due 31jan tp doc kasi ummi masa sampai 1feb je kalau tak kena induce.ummi tanya sebab ni baby ivf ke..ada kawan sampai 10hari overdue takpe je.doc kata "sebab baby awak ni super precious...susah nak dapat..." huhu baik doc! • next appointment lagi 2 minggu... ;) doakan semuanya berjalan lancar...kalau diizinkanNya, ummi nak deliver normal inshaallah...wat masa menunggu hari ni ummi minum air zamzam dan air yaasin yg walid buatkan(thanks walid!)...

Tuesday, January 3, 2012

family planning vs ttc??

seperkara yang ummi risaukan menjelang hari besar adalah kehadiran cik p kembali.ummi ada buat pembacaan tentang kadar kecepatan cik p muncul kembali selepas pantang...

ada yang selepas 2 bulan,
ada yang lebih beruntung cik p datang selepas dekat 2 tahun!!

ini utk kes yg sama iaitu fully bf anak.jadi memang lain orang lain rezekinya...

sesetengah orang tak kisah pun tentang cik p ni nak datang awal ke lewat ke.tapi ummi sangat risau.sebab?ummi khuatir endometriosis akan bertandang lagi nauzubillah!!!

kalau ikutkan, begini adalah cycle period ummi sebelum ni,

mac 2010 : laparoskopi buang endo
apr 2010 : lucrin pertama, cik p terakhir utk tahun 2010, kesan lucrin
feb 2011 : kesan lucrin habis dari sistem badan, ummi dapat cik p (1) semula
mac 2011 : cik p (2)
apr 2011 : cik p (3) aka ivf cycle

lepastu cik p menyepi kerana 'lekat' alhamdulillah...

jadi kalau ikutkan, dalam tempoh hampir 2 tahun, ummi cuma period 4 kali sahaja sejak lepas buang endometriosis.which is technically a good thing for those with stage 4 endo.mengikut pembacaan ummi, kalau dah stage 3 atau 4, kena pastikan pregnant dalam masa at least 6 bulan selepas dapat period.nak elakkan recurrence.tapi pengecualian sekiranya dah buat laparoskopi sebelum tuh.so ummi tak pasti ummi di peringkat mana hmm

oh baru2 ni ummi ada terbeli magazine iSIHAT sbb tertarik dgn artikel endometriosis yg tertera kat cover magz tuh,

antara yg ditulis - "kebiasaannya jika wanita hamil dlm masa setahun slps pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil.tetapi jika tidak hamil selepas dua tahun, kemungkinan ia berulang adalah besar..."

apa2pun, ummi mesti plan dari sekarang sebab ummi khuatir cik p bertandang awal jadi kena bersedia dari sekarang....

terbalik pulak dgn orang yang terlebih subur.kalau apoinmen dgn obgyn lepas bersalin diskusi menjurus kepada iud la, implan la, pil perancang la huhuh

so anyways here goes my plan...
1. fully bf my baby selagi mampu dan dgn izinNya.ini salah satu cara terbaik utk hold kan cik p huhu
2. elok cik p datang, ummi nak bagi masa 6bulan ttc naturally
3. jika tiada hasil, arrange appointment dgn obgyn utk buat ultrasound kut2 endo develop semula
4. kalau tiada endo(dan tiada simptom) teruskan ttc naturally utk 6bulan seterusnya
5. kalau tiada hasil, kami akan proceed utk ivf (ummi harap ni last resort hhuhu).harap tak perlu laparoskopi sebelum ivf tuh hmm

kenapa 6 bulan?hmm ntahla.sebab kalau 3 bulan rasa sekejap sangat.kalau setahun rasa lama sangat.apapun ummi tak diskas lagi dgn walid atau obgyn ummi.mungkin ini bukan cara yg terbaik...

begitulah.mcm sebahagian kes2 ttc, berjaya pregnant selepas ttc bukan bermakna penutup utk ttc.perjalanan masih jauh.macam kes ummi, secara medikal, endo tu akan ada selagi kita boleh menghasilkan telur yakni period.maknanya sentiasa kena pastikan diri mengandung sampai umur mencecah 40tahun??kalau tak, laparoskopi jadi acara tahunan wallahualam....memang family planning vs ttc sgt complicated...

jgn salah faham.ummi bukan tulis ni tanda tak gembira dgn kehadiran lil miracle.tapi bila buat reality check, ummi sedar ummi belum sembuh sepenuhnya.paling ummi taknak adalah endo kembali bersarang dan menyebabkan tiub kanan ummi mengalami nasib sama seperti yg kiri, nauzubillah!!tambahan pula, ummi kena sentiasa sihat dan seharusnya lebih sihat dari sebelum ini sebab ummi ada tanggungjawab baru yg perlu digalas ie 'ummi'.sebelum ni tiap tahun kuar masuk wad.lepas ni selagi ummi boleh elak, ummi akan cuba elak inshaallah...kesian kat anak, kesian kat walid...

doakan ummi tabah hadapi cabaran mendatang :):)

Sunday, January 1, 2012

2.0.1.2

buat rakan2 ttc ummi yg dikasihi...

ummi doakan segala perancangan dan cita2 kawan2 semua utk tahun 2012 akan tercapai dan mendatangkan berita gembira.itu sahaja.dan moga tahun 2012 akan menjadi tahun yg paling bermakna buat kita...

anggaplah cabaran yang kita telah dan akan lalui sebagai traffic light, tol ataupun 'jalan sesak' sebelum kita sampai ke destinasi itu.bila kita dah sampai, satu perasaan indah yang tak ternilai akan dapat kita rasai inshaallah...

ummi akan terus menulis apa sahaja yg ada kaitan dengan ttc di sini.apa2 yg ummi rasakan tidak berkait, akan ummi ceritakan di blog ummi yg satu lagi :)

moga lebih ramai kawan2 ttc yg akan bergelar ibu di tahun 2012, amiiin!!!!

mari kita sambut 2012 dengan penuh harapan!!lupakan kisah2 pahit yg lalu dan ambil ianya sebagai penguat semangat agar kita terus bersemangat utk mencapai impian kita yg satu itu!

welcome 2012!!

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers