Friday, August 7, 2015

Persiapan Menghadapi Disember :)

Oh jangan salah faham. Bukan persediaan bersalin ya haha!

Alhamdulillah Ummi masih ingat password blog ni. Adui sabarje lah. Of late memang sekali sekala akan jenguk blog ni sebab nak ulangkaji post2 lama. Kenapa? Inshaallah kalau takde aral, kami akan mulakan cycle IVF/ICSI yang baru!

Tak sangka dah hampir setahun selepas entri Ummi yang terakhir. Yup kami dah dan sedang dalam TTC naturally lagi. Belum ada rezeki nampaknya. Inshaallah paling awal kami akan mulakan IVF/ICSI adalah pada bulan Disember, pulangnya Walid ke Malaysia. For good kali ni inshaallah. Ummi punyalah eksaited kan bila tau suami dah dapat date balik, terus rangka plan nak jumpa semula Prof Zainul.

2 minggu lepas Ummi call Private Wing HUKM dan book appointment. Haaaa advance tak advance kan. Padahal nak jumpa nya bulan 12 nanti. Tapi takpelah memandangkan prof Zainul memang cepat je full apoinmen dia maka book la tempat awal2 sebelum lupa. Dan alhamdulillah, rekod Ummi masih ada lagi kat sana. Bagi no IC je nanti dia leh checkkan. Tarikh keramatnya adalah 10 Dec 2015! Kalau takde aral, next menses cycle tu boleh terus jab dah. Moga nanti masa apoinmen ok2 je. Takyah laparoskopi dulu huhu. Doakan Ummi ya! Emm ada lagi ke pembaca blog ni. Kalau ada, say Hi lah kat komen ya..hehe

Disebabkan target bulan 12, maka sejak bulan Jun lepas Ummi dah mula amalkan ini,
1. Kurangkan pengambilan processed food eg burger, nugget
2. Kurangkan pengambilan makanan ber'MSG' eg meggi, junkfood
3. Kurangkan pengambilan makanan dari tin dan pek eg sardin, jus dari kotak
4. Teruskan pengambilan suplemen;
                  - B Complex
                  - Vitamin E Complex
                  - Omega Guard
                  - GLA Complex
5. Minum air masak lebih banyak dari air campuran/bancuhan. Air gas memang jauh sekali
6. Kurangkan pengambilan kafein
7. Kurangkan pengambilan dairy food dan makanan penggalak endometriosis yg lain

Macam tu lah lebih kurang. Dan mengikut tips TTC'ians lain yg telah berjaya, mereka banyakkan sedekah dan tingkatkan amalan rohani agar dekatkan diri dgnNya. Kerana Dia yang akan memberi kan. Inshaallah...

Satu yang Ummi nak kongsi kat sini untuk siapa jua yang bakal lalui IUI ke IVF ke ICSI ke atau fertility treatmen apa pun, pastikan niat kita adalah yang benar. Maksudnya kita sertakan dengan usaha. Antara usahanya adalah persiapkan diri kita secara fizikal dan mental. Bukan setakat jumpa doctor dan gynae, tapi kita belajar untuk jadi kuat dan sabar.

Macam Ummi, kadang-kadang Ummi boleh hilang sabar bila anak kesayangan Ummi tu datang tantrum dia. Adoi boleh pecah kepala. Lagi pulak handle sorang2. Kalau ada Walid dia bolehlah letgo kejap ye tak. Bila refleks balik, Ummi fikir patutlah Ummi belum dikurniakan anak ke-2 dan seterusnya. Kalau anak sorang ni pun Ummi tak leh handle, mana nak bagi no 2 ke 3 dsbg. Sebab Allah tahu limit kita. Jadi, Ummi kena tingkatkan limit Ummi tu agar dapat handle lebih dari seorang anak. Kena ajar diri bersabar dan takleh malas buat kerja rumah hahahaha #tetiba. Persiapkan diri kita sebelum kita nak terima orang baru. Baru Allah nampak usaha kita dan inshaallah Dia beri lebih lagi ikut 'kemampuan baru' kita. Wallahua'lam. Till next time xoxo

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers