dalam bulan Januari lepas kami dapat berita yang tak disangka-sangka. alkisah bermula begini...
3 Dis 2019 : kami jumpa Prof Z. klinik prof dah pindah ke sebelah surau. sama juga tingkat 7. so tujuan nak jumpa ni sebab nak cek ada cyst ke tak dan nak plan utk IVF no 3 awal tahun 2020. keputusan semen suami OK. so cek ummi pulak. hmmmm....kan tiub kiri dah clamp. tiub kanan prof pernah buka laluan tahun 2010. scan punya scan, tiub kanan pula ada bengkak dan hydrosalpinx;( maksudnya, takleh terus proceed IVF. prof cadang kalau taknak clamp, boleh buat hydrosalpix aspiration then next cycle terus IVF. ummi jugak ada bagitau prof yg cycle ummi sejak beberapa bulan sebelum selalu 23hari atau 25hari. prof kata oh susah tu nak pregnant sebab embrio tak sempat sampai uterus, darah dah jatuh...tapi kalau IVF takpe kita yg susun hormon...lega dengar..
bila tengok tarikh yang sesuai, kami pun pilih utk buat prosedur pada 28 Jan 2020, selepas cuti CNY tak silap. sebabnya masa tu sedang elok ummi dah habis period so senang nak prosedur.
tunggu period Januari tapi tak datang-datang. delay sehari ummi tunggu lagi. 2 hari tunggu lagi. lepastu macam pelik. dan bila kira2 macam tak sempat je 28 Jan tu period habis. so contact la klinik. klinik prof kata nanti dah period inform diorg. means kena pospon la kot prosedur tu.
oh lupa nak cerita. ummi lagi pelik kenapa period delay sebab ummi sejak kahwin memang period sentiasa on time. so tak sempat la nak berharap huhuhu.
23 Jan 2020 : ummi buat UPT tapi memang semata2 nak konfirmkan period lambat sbb lambat je. sekaliiiiiiii buat pertama kali dlm hidup, double line!!!!! ummi buat kt toilet ofis. ummi speechless rasa macam taktau nak rasa apa. happy ada. risau pun ada. risau sebab takut ektopik sebab pk embrio tu ikut laluan mana sebab both tubes problem. malam tu buat lagi sekali UPT pakai clearblue alhamdulillah mmg clear la double line tu. we both in shocked but happy sangat2...
bgtau klinik pasal ni. dan klinik suruh contact prof direct. dan ini jawapan prof.... sangat penuh harapan kannnn *tears*
24 Jan 2020 : hari yang sama prof suruh datang ke klinik dia utk scan utk pastikan sac ok dalam womb dan bukan ektopik. sebab saya bgtau yg saya risau. prof siap bgtau dia akan tunggu di klinik hingga 6pm. kami masa tu ada kat putrajaya jumpa kontraktor. settle cepat2 dan bergegas ke klinik prof... sampai ngam2 je..
alhamdulillah bila scan, elok je sac kat dlm womb tu tapi belum ada heartbeat sebab kira2 baru 4minggu lebih sikit. next jmp prof 6wks baru boleh tgk heartbeat. prof suruh stat makan asid folik dan duphaston sekali sehari. ummi jumpa prof hingga 14wks, dpt buku pink lepastu ummi pindah ke gynae ummi di PCMC...
now kandungan dah 20wks alhamdulillah... nanti ummi stori lagi ye...
till then, babydust to all ttc mommies!!!