Friday, June 17, 2016

ivf/icsi #2 - the result

Hari yang dinanti telah tiba. Ummi rasakan kali ni punya debaran lagi kuat daripada yg 1st one dulu. Taktau kenapa. Ummu ingat ummi leh jadi lebih cool tapi rupanya lagi debar ada lah.

Alkisah lepas post entri sebelum ni, pagi esoknya lepas sahur ummi loya! Sampai la ke petang lembiknya. Tapi tak muntah la sambung je puasa mcm biasa.

Jadi bila datang nak ultrasound ni (29dp3dt) ummi ada yakin sikitlah. Sbb dah ada petanda. Tapi biasalah mesti ada negativity duk kacau. Risau ektopik la risau sac ada tapi kosong la. Semua akan terjawab masa ultrasound tu nanti.

Sampai MAC, ada 3 'stesen';

1. Staff MAC/nurse
"So macam mana? Ada bleeding tak?"
"Takde, alhamdulillah."
"Sambung ubat macam biasa kan?"
(Angguk)
"Ok amik borang ni gi bayar utk scan dan apoinmen"

Total : RM79.50

2. Bilik ultrasound (embryologyst Pn Fazila)
"Nervous la"
"Jangan kata awk nervous. Kami ni lagi nervous.."
"Erk kenapa..."
"Ye lah lepas satu2 patient tak pregnant kami pun risau juga. Takpe kita scan dulu. Bismillah...(godek sikit) Alhamdulillah...."
(Nangis)
"Tu dah nampak dah. Ni sac. Ni janin. Aritu masuk satu je kan."
"Alhamdulillah..(bergenang airmata) leh tak nampak heartbeat.."
"Jap ye saya cari...ada ni"
(5-10minit kemudian)
"Ok tahan nafas kejap"
(Kelihatan wave heartbeat baby kat skrin. Subhanallah)

Alhamdulillah janin yg diukur juga 6w4d, sama dgn kiraan ummi punya LMP. Saiz baby baru 7.0mm... Syukur..

Keluar dari bilik tu terus call PCMC sebab nak book gynae ummi yg dulu, Dr Seri. Q siap-siap.

3. Dr Maiza
"Tahniah ya..." (Senyum)
"Terima kasih doktor. Tq jugak tolong transfer aritu"
"Eh saya buat sikit je. Allah yang Maha Kuasa. Saya rasa ni sgt miracle sebab awk Single Embryo dan lekat..."
"Saya pun neves tang tu. Dulu masuk 3. Kali ni masuk 1 je jadi macam2 sy pk...tapi alhamdulillah rezeki Allah.."
(Inteview2)

------

Next apoinmen 29 Jun. Lepas tu next lepas raya inshaallah.

Syukur alhamdulillah segala teka teki sudah terjawab. Terima kasih atas doa daripada semua. Moga Allah pelihara baby ummi ni (dan ummi) dari sebarang komplikasi hingga selamat melahirkan amiiiin...

Sayang semua ❤️

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, June 13, 2016

ivf/icsi #2 - 27dp3dt

Alhamdulillah hingga ke saat ini, tiada spotting tiada bleeding. Kurang 48jam lagi ummi bakal tahu keputusan IVF kali ini. Adoi neves.

Oh patut semalam nak try cek pregnancy test. Tapi last minute masa nak beli upt tu ummi chicken out hehe. So tak jadi nak poas.
Ye la ingat nak la dpt tau result sama2 dgn walid. Lusa walid tak ikut apoinmen sobs.

Maka ummi pun kejap rasa konfiden. Kejap rasa tak konfiden. Ummi juga cuba analisa simptom pregnancy yg ada,

1. Sore boobs - takde
2. Cervical mucus discharge - banyak
3. Loya - takde
4. Fatigue - ada. Tapi sebab puasa takleh kira la huhu
5. Sembelit - dah 2/3 hari. Tapi sebab puasa takleh kira la huhu kdg sbb kurang minum air

Hmm tu je la simptom yg boleh dikenalpasti. Sukar nak dijangka especially bila terkena time bulan puasa.

Kalau ikutkan pregnancy sebelum ni, time mcmni (25dp3dt) ummi dah stat rasa loya, sore boobs juga. Hmm

So, oklah kita tunggu dan lihat sajew nampaknya. Huhu

Sekian laporan terkini ;p


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 2, 2016

ivf/icsi #2 - 16dp3dt

Masih tiada apa-apa symptom.



Kadang rasa positif. Kadang rasa down.



Esok last Pregnyl jab.



*keep on praying*

Sunday, May 29, 2016

ivf/icsi #2 - 11dp3dt

Lama tak update. Sebab memang takde apa nak diupdate hihi. Takde apa2 simptom pelik2.

Ummi dah 11 hari post transfer (Sabtu). Dah kerja seminggu dah pun. Sepanjang minggu lepas ummi kembali kpd rutin biasa. Walid pun dah balik Sabah. Ummi berdua dengan anak kat rumah. Masak, basuh sidai gosok baju, kemas dapur kemas rumah mandikan anak semua macam biasa. Kat ofis pun seperti biasa takde beza dgn zaman tak ivf. Tskk. Setiap hari ummi doa Allah lindungi kandungan ummi hingga fullterm selamat melahirkan. Amiin

Tergerak nak update ni sebab tadi ada tahlil kat rumah atok ummi. Tengah tunggu nak tahlil tu, ummi ada rasa cramp yg teramat. Dalam 10mins jgk. Lepastu hilang. Fyi, kalau ikut cycle period ummi, semalam dah due. So saspen la jugak huhu

Other than that, sejak amik luteal progesterone support, ummi ada byk clear vagina discharge. Bila baca forum, tu mmg normal.

Itu je la simptom so far. Jumpa prof Z 15 Jun. Alahai.... *bertabah*


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, May 23, 2016

post TTC parenting?

hari khamis lepas part time maid dtg rumah kemas dan mop sapu rumah. ummi ambil thru maideasy. not bad la this time around. oh that's not the point.

balik je maid tu ummi perasan ada satu buku tersusun elok kat atas almari

tadaaa...




where have you been?!! ummi memang tak ingat langsung ada buku ni. or pernah beli buku ni. im sure this is way back in 2010, when we first decided to embark on ivf :)

kat sini ummi share chapter yang ada dalam buku ni. quite interesting as I read back, it really reflects myself when I held my IVF baby for the first time.

menjadi ibu/bapa kepada bayi IVF adalah sangat mengujakan. bermula daripada disahkan hamil, hinggalah sekarang, dah pre-school dah pun dan kami kembali berTTC.

kami menjadi sangat paranoid dengan semua benda. well at least myself la kan. masa my son umur 0-12bln terutamanya. ada ruam sikit paranoid. muntah susu, ummi nangis. bila demam toksah cakaplah. ummi pun takleh tidur. im sure these things happen to all first time parents. but in my mind, the fear of losing him is beyond everything.

bila dah makin besar anak dah makin independent, kita rasa lega sikit. sikit2 hilang rasa overprotected tu. so bila sampai masa tantrum dia tu kadang marah anak macam lah budak tu faham kan. lepas sesi marah tu ummi pk ummi dah lupa ke yg dulu ummi pernah menangis dalam doa hampir setiap hari inginkan anak ini. ummi dah lupa ke? sekarang tiap kali ummi rasa nak marah atau hilang kesabaran membesarkan this little miracle, ummi akan ingat balik this is what I want kan. and I even want more of this little human so why losing my temper when he doesn't even understand what he did was wrong/inappropriate. I beat myself up. ummi rasa perasaan tu datang sebab kita nak anak kita jadi yang terbaik, sebab mungkin inilah satu-satunya 'harta' kita.

walaupun buku ni ditulis oleh matsaleh, tapi ummi rasa secara psikologinya boleh di relate dengan mana-mana golongan. tapi kita sebagai orang Islam, kita kena yakin dan percaya yang anak itu adalah amanah walau bagaimana cara pun ia datang, conceive naturally mahupun assisted. itulah harta kita dunia akhirat. so manage your expectation. and always remember the time when things are hard-er (ie TTC).
wallahualam

Thursday, May 19, 2016

ivf/icsi #2 - kos rawatan

sejak duk tersadai 2ww ni, ummi banyak duduk depan tv, kadang layan astro, kadang layan tv series kat Netflix. 2ww tahun 2011 dulu takde Netflix jadi ummi flip channel astro pun dah naik bosan haha

so hari ni ummi pun merajinkan diri sikit la kutip resit2 dan buat kira-kira. lepastu bukak laptop. sambil tv depan mata sambil menaip kat computer buat2 rajin hheehheeh

maka inilah dia kawan2 total kos untuk rawatan kali niiii


hmm not that bad ey. harga ada naik sikit dari 2011 sebab semua ni dah inclusive of GST. so sebenarnya more or less the same je dari kos 5 tahun lepas. Prof Zainul pun ada cakap harga sama je tak berubah, kalau lain sikit tu maknanya GST la..

disclaimer untuk kos di atas,
1. harga mungkin berbeza kalau anda diberi drugs selain dinyatakan di atas eg GonalF, Menopur, Follism etccc
2. harga mungkin bertambah/berkurang bergantung kepada dos yg ditetapkan kepada anda
3. harga akan jadi lebih murah jika prosedur dilakukan pada hari bekerja. contohnya Oocyte Retrieval pada hari Isn-Jum adalah RM600+ lebih murah dari harga weekend. tapi yelah bila treatment kan u cant choose ur procedure earlier/later. kena ikut betul2 progress telur etc
4. harga TVS scan tu bayar sekali je utk brp kali scan. max 3x kot
5. harga juga tak termasuk freezing embryos. sebab ummi tak pernah dpt freeze huhu
6. harga ini utk short protocol valid. tp mmg HUKM majoriti short protocol

jadi secara kesuluruhannya ummi rasa kos ni adalah at the low side. setuju tak? sebab rata-rata pusat ivf kalau untuk patient umur macam ummi ni mungkin boleh sampai 12-20k!

ummi sangat recommend MAC HUKM kalau uols nak consider for treatment. memang no doubt patients sangat ramai. but if this is ur first time, no harm try it here. they have one of the best lab and embryologists! and of course specialists! they know what they're doing. have faith.

hope this info is beneficial to all :)

ivf/icsi #2 - dentist visit at 1dp3dt

just for the record, gusi ummi ni bengkak sejak D11 lagi. ummi ingat 2-3 hari surut la kan. kumur air garam la. Listerine la. tapi nampaknya makin hari makin bengkak dan susah sangat nak makan.

semalam breakfast walid buatkan scramble egg. makan dengan roti. pergh masa makan tu rasa geram sebab kunyah takleh gigit betul2 dan sakit sangat kat rahang. so lepas google "2ww dentist" ummi nekad nak pergi jumpa jugak dentist. yes ladies, belum 24jam post ET lagi ummi dah langgar pantang pergi keluar berjalan...

oh sebelum tu ummi call la dulu dentist. ada satu dentist kat wangsa melawati ni kawan ummi rekemen kata best. klinik pergigian erfa. ummi call nak buat apoinmen terus hari ni. dia kata full tapi lepas merayu kata sakit nak kne tgk jugak so dia kata oklah dtg walk in dentist tolong tgkkan.

elok letak telefon terus ummi mandi dan siap2. tak sabar nak setelkan gigi ni. dalam 20mins jgk dari rumah ummi. walid la drive. masa register bgtau ummi pregnant tskk - Pregnant Until Proven Otherwise kan huhu. staff tu tany dah brp minggu. lama ummi err err pastu kata baru lagi ni, emm 4 minggu. tskkkk. sebab just incase nnt kne xray ke bius ke antibiotic ke...

bila sampai turn ummi dentist interview sket. so ummi pun spill la kata ummi ni tgh ivf, baru transfer semalam. so dia kata oh yeke. takpe meh saya tgk dulu gigi tu.

rupanya gusi area gigi bongsu ummi tu bengkak dan bernanah dah pun. ummi insist la nak cabut tapi dentist tu kata kalau nak cabut kena xray. she said better not kalau tak tahan sangat 2nd trimester baru boleh. huhu. tapi apa yg dia boleh tolong dia pendekkan sikit gigi geraham atas ummi supaya masa makan tu leh gigit tak kena kat bengkak bawah...

huwaaaa tu je

balik ummi diberi mouthwash dan pcm. pcm staff mac kata boleh amik berpada2. dentist suh rajin kumur dengan air garam suam sampai bengkak surut. and then kena jaga gigi rajin gosok sampai belakang, kumur lepas makan, floss supaya tak bengkak lagi.

so hari ni masih lagi gusi bengkak. food pun kena yg soft2 mcm telur, nasi air, tomyam.walid pun pening taktau nak masak apa untuk ummi. malam sebelum tidur kena telan sebiji pcm supaya boleh lena.

ummi doa banyak2 bengkak tu akan surut secepat mungkin hopefully sebelum puasa/raya.....

sekian bebelan byee

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers