jadi secara teknikalnya ummi dah masuk trimester kedua, alhamdulillah ya Allah atas kurniaan kesabaran dan kemudahan dalam mengharungi sepertiga pertama pregnancy.sungguh ummi merasa syukur.rasa tak percaya pun ada.allahuakbar..!
khamis baru ni ummi apoinmen dgn prof z.masuk2 terus scan.alhamdulillah, this lil miracle of ours have grown to a fetus.prof z tekan perut ummi dgn sonographer(kan?) tu dan memang nampak kepala, tangan, kaki badan.bila prof release sikit, nampak lil miracle berenang2 pusing2(kot) aktif la bergerak, alhamdulillah...perasaan yg sangat indah.huhu.then prof z measure kepala, badan, paha(ok yg ni mmg obvious dan sgt kiut.prof kata 'haa besar peha dia' haha mcm peha ummi la gamaknya ;p).everything in the supposed size.patut 12w4d tapi measurements mcm dah a week bigger ie almost 14wks, syukur:) lepas dah settle scan, dah duduk kat meja prof, prof kata "alamak lupa nak tgk girl/boy tadi.patut kalau boy boleh nampak dah".wohh awalnya kata ummi dalam hati.tiba2 mcm tak bersedia.takpelah, prof z kata nxt apoinmen boleh nmpk jelas kot hihi.siyesly prof z nampak sangat luarbiasa excited.though i'm maybe his millionth patient already.sigh
dalam masa sebulan, at 16wks+ ummi akan jumpa prof z lagi utk apoinmen terakhir(sedih!) sebelum meneruskan perjalanan bersama Dr Seri di PCMC.a week before that(at 15wks) mmg akan mula berjumpa Dr Seri dah alang2 wat apoinmen.so nxt month jumpa doktor 2x lah hehe...
Prof z akan bagi 'buku merah' juga during our last meeting next month inshaallah...
sebelum nak keluar tu terjadi lagi adegan;
"ok awak teruskan makan asid folik.dan duphaston ok.awak beli ubat kat mana?"
"kat sini lah.masa bayar.tapi takpe prof, ubat ada 2 kotak lg..."
"aik macamana boleh ada lagi?aritu saya bagi cukup2 sebulan kan?"
damn, kantoi di situ.silence.
"errr selalu terskip prof.kadang2 sehari sekali je makan.tak bolehla, duphaston tu buat jadi mual....yadayada(alasan)"
bermulalah episod 'kena sekolah' oleh prof z yg memang dah dijangka T_T huhu.so end up tak beli stok ubat baru.huhu I'm a bad patient sob2
p/s : ummi ada nak tanya uols.ummi ada beritahu yg ummi akan berhenti menulis bila dah masuk trimester kedua.apa pendapat uols ye?sebab mcm lg syok tulis sini drp blog lama ummi(yg dah 4bln tak update)...
hmm
- Posted using BlogPress from my iPhone