Tuesday, September 6, 2016

Telemovie "Anak"

Salam semua! Lama tak bersiaran hehe...

Kebetulan tadi flipchannel dan ada cite kat TV2 ni tajuk ANAK. Awal2 cite tu pelakon utama, Mia Ahmad tgh google pasal IVF.

Rupanya cite ni berkisar pasal pasangan suami isteri yg dah 7 tahun berkahwin tapi belum dikurniakan anak.

Cite ni habis jam 12tgh malam. Wuuuu ummi takdpt nak tgk la kot satgi anak pun ikut tido lambat jugak esok payah nak bangun gi skool tskkk

So korang tolong tgkkan utk ummi ya....

Loveeee ❤️


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 31, 2016

hello 2nd trimester!

Alhamdulillah dah pun 13wks. Kejap je dah 2nd trimester.

Minggu lepas jumpa Prof Zainul utk checkup. Kali ni kat pvt wing. Pagi2 ummi dah ke sana sebab nak q nama. Sebab kalau kul 4-5pm baru nak q memang akhirnya lps isya baru setel huhu. So sebab ummi mai berdua je takde walid jadi kena setel cepat2...

Alhamdulillah prof pun masuk klinik awal before 4pm. So by the time ummi sampai dah boleh terus turn ummi.

Dah ada rupa baby dah :) cuma kaki je belum panjang lagi. Cuma satu concern prof adalah low lying placenta. Uri masih kat bawah. Next checkup mestiiiiiii kena naik ye cik uri. Amiiiiin

Oh pastu prof bagi buku merah. Next month checkup ummi dah start jumpa gynae ummi yg deliver my baby dulu. So sempat la ambil gambar kenangan dengan prof. Banyak kali prof pesan whatsapp gambar tu nanti kat dia tau. Sebab prof/hukm tak dpt nak keep record success ivf stories bila kita tukar doc n deliver tempat lain. So prof mintak details my son eg dob, complications(if any), birthweight, normal/csec... Etc

Kagum tgk prof ni umur dah banyak tapi rambut takde uban pun. Awet muda hehe (sori tatau nape blogger aps ni takmo upload gmbr huhu)

Ummi kena start makan obimin. Tapi ummi amik bcomplex+vitalea shaklee je. Prof kata ok.

Sekian update ❤️

Sunday, July 3, 2016

ivf/icsi #2 - into 9 wks

Assalamualaikum :)

Its been a while since my last update. Pregnancy has been good so far, UNTIL YESTERDAY ....

Kami balik ke Taiping. Dah lah dgn jem nya. Mula2 tu ok lagi. Lepastu ummi dah rasa mabuk tak tahan. Sebelum tu rasa jugak sebab ummi ni memang takleh bau kereta tu. Selalunya kalau drive memang bukak tingkap. Tapi sbb smlm jem, kalau bukak tingkap pun panas takde angin pun, maka ummi jadi mual terlebih. Mebi motion sickness+morning sickness. Sampai Taiping, punya la panas terikkk. So jalan2 la sikit cari barang kat aeon. Pastu p bazar pulak. Malam tu lepas berbuka ummi terus rasa nak baring. Baringggg sampai ke sahur. I felt my lowest point. Masa 1st pregnancy pun xpenah camtu.

Dr Maiza kata peak hcg adalah pada 9-10wks. Iaitu masa ni lah - nak raya dan rayaaaa. Ya Allah berikanlah kekuatan.

Puasa alhamdulillah so far takde tinggal lagi. Cuma memang mencabar. Sebab bila petang perut mula kosong maka mual tu datang. Makan lak takleh banyak kalau tak nnt mulalah rasa tak sedap nak termuntah. Kadang scroll ig tgk mknn pun rasa mual. Pk nak masak apa utk buka pun rasa mual. Huhu. Then lepas terawih kul 10 gitu dah terus terlelap. Anak bujang ummi pun faham dah. Pandai2 kemas toys sendiri sbb ummi xlarat...

Orang kata pregnant at 30's ni mencabar. 6-8wks still ok. Boleh masak etc. moga dpt lalui remaining wks of 1st tri dgn sabar :) house chores pun kena gak wat cmane pun, beza la dari dulu. Kali ni kena kuat sikit sbb pjj huhu

Oh btw Rabu baru ni pergi scan lagi. Alhamdulillah baby mbesar spt sepatutnya. Next scan kat pvt wing level 7, few wks after raya. Lepastu inshaallah boleh pergi ke obgyn pilihan. Doakan ummi ya :)

May Allah bless all of u readers. Thanks for all the doa and prayers.

Muchlove

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 17, 2016

ivf/icsi #2 - the result

Hari yang dinanti telah tiba. Ummi rasakan kali ni punya debaran lagi kuat daripada yg 1st one dulu. Taktau kenapa. Ummu ingat ummi leh jadi lebih cool tapi rupanya lagi debar ada lah.

Alkisah lepas post entri sebelum ni, pagi esoknya lepas sahur ummi loya! Sampai la ke petang lembiknya. Tapi tak muntah la sambung je puasa mcm biasa.

Jadi bila datang nak ultrasound ni (29dp3dt) ummi ada yakin sikitlah. Sbb dah ada petanda. Tapi biasalah mesti ada negativity duk kacau. Risau ektopik la risau sac ada tapi kosong la. Semua akan terjawab masa ultrasound tu nanti.

Sampai MAC, ada 3 'stesen';

1. Staff MAC/nurse
"So macam mana? Ada bleeding tak?"
"Takde, alhamdulillah."
"Sambung ubat macam biasa kan?"
(Angguk)
"Ok amik borang ni gi bayar utk scan dan apoinmen"

Total : RM79.50

2. Bilik ultrasound (embryologyst Pn Fazila)
"Nervous la"
"Jangan kata awk nervous. Kami ni lagi nervous.."
"Erk kenapa..."
"Ye lah lepas satu2 patient tak pregnant kami pun risau juga. Takpe kita scan dulu. Bismillah...(godek sikit) Alhamdulillah...."
(Nangis)
"Tu dah nampak dah. Ni sac. Ni janin. Aritu masuk satu je kan."
"Alhamdulillah..(bergenang airmata) leh tak nampak heartbeat.."
"Jap ye saya cari...ada ni"
(5-10minit kemudian)
"Ok tahan nafas kejap"
(Kelihatan wave heartbeat baby kat skrin. Subhanallah)

Alhamdulillah janin yg diukur juga 6w4d, sama dgn kiraan ummi punya LMP. Saiz baby baru 7.0mm... Syukur..

Keluar dari bilik tu terus call PCMC sebab nak book gynae ummi yg dulu, Dr Seri. Q siap-siap.

3. Dr Maiza
"Tahniah ya..." (Senyum)
"Terima kasih doktor. Tq jugak tolong transfer aritu"
"Eh saya buat sikit je. Allah yang Maha Kuasa. Saya rasa ni sgt miracle sebab awk Single Embryo dan lekat..."
"Saya pun neves tang tu. Dulu masuk 3. Kali ni masuk 1 je jadi macam2 sy pk...tapi alhamdulillah rezeki Allah.."
(Inteview2)

------

Next apoinmen 29 Jun. Lepas tu next lepas raya inshaallah.

Syukur alhamdulillah segala teka teki sudah terjawab. Terima kasih atas doa daripada semua. Moga Allah pelihara baby ummi ni (dan ummi) dari sebarang komplikasi hingga selamat melahirkan amiiiin...

Sayang semua ❤️

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, June 13, 2016

ivf/icsi #2 - 27dp3dt

Alhamdulillah hingga ke saat ini, tiada spotting tiada bleeding. Kurang 48jam lagi ummi bakal tahu keputusan IVF kali ini. Adoi neves.

Oh patut semalam nak try cek pregnancy test. Tapi last minute masa nak beli upt tu ummi chicken out hehe. So tak jadi nak poas.
Ye la ingat nak la dpt tau result sama2 dgn walid. Lusa walid tak ikut apoinmen sobs.

Maka ummi pun kejap rasa konfiden. Kejap rasa tak konfiden. Ummi juga cuba analisa simptom pregnancy yg ada,

1. Sore boobs - takde
2. Cervical mucus discharge - banyak
3. Loya - takde
4. Fatigue - ada. Tapi sebab puasa takleh kira la huhu
5. Sembelit - dah 2/3 hari. Tapi sebab puasa takleh kira la huhu kdg sbb kurang minum air

Hmm tu je la simptom yg boleh dikenalpasti. Sukar nak dijangka especially bila terkena time bulan puasa.

Kalau ikutkan pregnancy sebelum ni, time mcmni (25dp3dt) ummi dah stat rasa loya, sore boobs juga. Hmm

So, oklah kita tunggu dan lihat sajew nampaknya. Huhu

Sekian laporan terkini ;p


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 2, 2016

ivf/icsi #2 - 16dp3dt

Masih tiada apa-apa symptom.



Kadang rasa positif. Kadang rasa down.



Esok last Pregnyl jab.



*keep on praying*

Sunday, May 29, 2016

ivf/icsi #2 - 11dp3dt

Lama tak update. Sebab memang takde apa nak diupdate hihi. Takde apa2 simptom pelik2.

Ummi dah 11 hari post transfer (Sabtu). Dah kerja seminggu dah pun. Sepanjang minggu lepas ummi kembali kpd rutin biasa. Walid pun dah balik Sabah. Ummi berdua dengan anak kat rumah. Masak, basuh sidai gosok baju, kemas dapur kemas rumah mandikan anak semua macam biasa. Kat ofis pun seperti biasa takde beza dgn zaman tak ivf. Tskk. Setiap hari ummi doa Allah lindungi kandungan ummi hingga fullterm selamat melahirkan. Amiin

Tergerak nak update ni sebab tadi ada tahlil kat rumah atok ummi. Tengah tunggu nak tahlil tu, ummi ada rasa cramp yg teramat. Dalam 10mins jgk. Lepastu hilang. Fyi, kalau ikut cycle period ummi, semalam dah due. So saspen la jugak huhu

Other than that, sejak amik luteal progesterone support, ummi ada byk clear vagina discharge. Bila baca forum, tu mmg normal.

Itu je la simptom so far. Jumpa prof Z 15 Jun. Alahai.... *bertabah*


- Posted using BlogPress from my iPhone

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers