Wednesday, March 23, 2016

Acupuncture vs IVF ?

Hai ladiesssss :)

Nak cite pasal tarikh-tarikh ini :
22 March
26 March
2 April
9 April
16 April

Ada apa dengan tarikh kat atas ni? Hehe. Plan ummi untuk buat acupuncture. Haritu masa ummi google2 pasal “how to improve ivf success rate”, ummi terjumpa satu link ni, http://natural-fertility-info.com/acupuncture-ivf-success-rates.html. Boleh klik untuk bacaan lanjut.

Tapi ummi boleh ringkaskan kat sini, kejayaan IVF tu bergantung kepada berapa banyak embrio cantik yang kita ada. Dan embrio yang cantik terhasil daripada sperma dan TELUR YANG CANTIK/SIHAT. Ummi ada jugak tengok vlog2 matsaleh. Katanya jangan terpedaya dgn bilangan telur yang berjaya dikutip daripada egg retrieval sebab penentu sebenar adalah berapa embrio yg berjaya menempel di rahim kita dan kekal hingga full term. Sebab boleh jadi telur dapat 15, kemudian yang berjaya jadi embrio akan berkurang, dan bilangan tu akan terus berkurang. Contohnya masa 1st IVF/ICSI ummi dahulu, telur dapat 10, 8 yang di-ICSI, 5 yang jadi, 3 yang cantik untuk ditransfer dan SEORANG BAYI yang alhamdulillah berjaya dilahirkan. Wallahualam lagi 9 tu sebenarnya tak menjadi atas factor apa hehe. Cuma untuk hasilkan telur yang baik, OVARI kita mesti terbaik. Pakar mengatakan semakin umur meningkat, ovary kita akan hasilkan telur yg semakin kurang kualiti. Antara sebab adalah pemakanan kita, factor persekitaran dsbg.
Jadi ummi pun google jugak on “how to improve egg quality”. Antaranya adalah akupuntur! Supaya peredaran darah ke bahagian ovary dan uterus ni berjalan lancar dan boleh hasilkan telur-embrio-bayi yang sihat (dan ramai). Hehhe.
Memandangkan ummi tinggal kat KL, so ummi pun bercadang untuk buat disini ;

Pusat Rawatan Homeopathy dan Akupuntur (Dr Nik Omar)
http://acumalay.blogspot.my/
No 12-1, Jalan 2/23a, Off Jalan Genting Kelang, Taman Danau Kota, 53300 Setapak, KL.
Lrt Station: Wangsa Maju
Landmark: Opposite to KL Festival City Mall
Tel: 019-3700999/0341417770
Setiap hari 1000hrs-1800hrs. Sunday je till 1300hrs
Doktor wanita ada setiap hari kecuali Khamis dan Ahad (boleh konfirmkan balik)
RM55-80/sesi
Setengah jam setiap sesi
First come first serve

Semalam sesi pertama ummi. Ada 6 point kat bahagian bawah pusat dan satu each kat tangan. Doctor letak 8 needles tu pastu biarkan je ummi baring in half an hour. TAK SAKIT PUN. Kalau nak jalani IVF kena biasakan diri dengan jarum2 ni huhuhuhuu. Alhamdulillah berjalan lancar. Takde rasa apa2 perbezaan pun. Tapi moga hasilnya akan ada masa IVF/ICSI nanti amiiiin

So next sesi plannya Sabtu ni. Inshaallah ada 5x sesi sebelum Embrio Transfer! Amiin.

Siapa yang ada plan nak IVF ke IUI ke or even ttc biasa pun boleh cuba akupuntur ni. Sebelum pergi tu baca2 lah dulu info leh belajar sikit2 hehe

All the best ladies! :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers