Wednesday, October 26, 2011

ummi&baby apa cerita?

ummi nak update sikit pasal ummi dan baby.boleh ye:)

• berat ummi dah naik 6kg dari berat sebelum pregnant.alhamdulillah....:)

• baju banyak dah tak muat.sendat especially tang perut la kan.seluar office n jeans dah takleh zip lansung.biar je terbukak.so dah mula berjinak2 dgn maternity jeans.sgt selesa:)

• baby??check up last week kata baby dah 830gram.start wk28 nanti, berat baby akan naik secara drastik.apetah lagi berat ummi kan?heehhe

• macam ummi dah pernah cerita, ummi buat detailed scan juga.sbb ni baby ivf.so ummi rasa macam kena go for it.so we checked all his internal organs, the face, the legs, hands, fingers, 4 chambers heart etcetc...alhamdulillah so far everything looks fine.harga utk detailed scan adalah rm300.insuran ummi tak kaver btw

• gynae ummi bagi tetanus jab utk elak baby kena kancing gigi.wuhuuu leh tahan sengal lepas tu bontss ummi ;p

• weekend ni ummi kena fly to KT.so gynae keluarkan surat just in case makgad or pakgad kat epot tanya.gynae ummi kata, once your bump has shown, nak fly even domestic pun kena bawak surat sebab kadang2 diorang tak caya yg kita ni still below 36wks.surat kira precaution la...

• ummi dan walid dah sign up utk antenatal class kat PCMC early dec nnt.harga rm250/couple.amik kat sana sebab ada sesi tour ke labour room etc.so senang amik kat tempat sama nak deliver inshaallah....

• ummi ada mild craving lg sejak dua menjak nih.especially kat benda2 manis.jco donut, apple strudel, cakes, etcetc.aritu risau jugak sugar level high.alhamdulillah normal je.gynae kata kalau family takde history diabetes tak perlu risau.makan je lah selagi boleh.ngeeeeeeeeeeeee *senyum sampai telingaaaaa*

• ummi sekarang takleh tidur on my back.mesti sakit belakang.so tidur on my left je paling best sekarang :) duduk lama2 pun takboleh.haritu p tgk wayang.tak senang duduk dibuatnya.nxt time kne bawak small pillow gamaknya masuk panggung hehe

• shopping belum start lagi!padahal next week dah nak masuk 7bulan!haihs.nampak advert pasal mydear warehouse sale kat puchong hari ni sampai raya haji.so inshaallah nak cari few stuff to kick off.maybe baby cot, car seat, etc...hope leh strike out few checklist.baju2 still nak tunggu pureen warehouse sale tah bila tah huuhu

hmm that's about it kot.doakan kesejahteraan ummi dan baby ye.ni dah mula neves ni huhu...

kepada kawan2 yg sedang treatment, banyakkan doa dan jangan putus asa.sentiasa bersangka baik dgnNya.ummi doakan ramai yg akan join sebaya dgn my lil miracle, baby2012...inshaallah:):)

hugs!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 24, 2011

ivf/icsi FAQ part 3

patutnya yang ni part 1.tapi tak kisah la kan.hehhe ummi pun tulis ikut mana ingat..

tapi entri ni hanya utk mereka yg plan nak buat kat HUKM la yek hehe

nak buat ivf/icsi kat HUKM ni kena queue ke?jawapannya
tak perlu.kalau anda dah bersedia, boleh terus buat next period cycle!

apakah step2 utk buat ivf di HUKM?
1. dapatkan salinan semua laporan ujian fertiliti yg pernah anda jalani di pusat lain sebelum ni(kalau ada)
2. buat apoinmen nak jumpa prof zainul di klinik pusat pakar tingkat 7 pvt wing.call 03-91457777.klinik prof hanya pada isnin&khamis.tips:book 2minggu sebelum takut slot penuh
3. hari apoinmen - bawa laporan yg dimaksudkan.turn based on first come first serve basis
4. prof akan interview anda.pastu buat ultrasound/TVS/bloodwork bergantung kepada latar belakang pesakit
5. masa ni jugak kalau nak diskas pasal kos dsbg..
6. kalau semuanya ok, prof akan isikan borang biru.kalau iui pun sama.prof akan buatkan plan ubat dan dos dari D1 period sampai D13 kalau tak silap..tapi taktau la pulak tetibe borang biru tu tukar kaler huhu
6. bayaran utk konsultasi dalam rm100-rm150.mcm ummi, insuran mmg tak kaver infertiliti so kena bayar sendiri
7. bila dah agak2 period nak mai, pergi beli ubat di MAC clinic.bawa sekali borang biru tadi.MAC kat same building, ground floor.kalau nak sewa icebox, kena byr deposit rm50 kalau tak silap.habis pakai nnt dia pulang balik.nak bwk sendiri pun boleh.mcm ummi dulu bwk coleman hehe.utk info lebih lanjut, call MAC di 0391457013.klinik tu orang nya baik2.kata private kan...hehehe
8. lepastu ikut je arahan dan nasihat prof/embryologist hinggalah prosedur tamat....
9. prosedur tamat yakni 2ww begins :):)

so begitulah adanya bagaimana detik manis hidup ummi bermula.dan mungkin detik manis u all juga? :)

all the best dan jangan pernah berhenti berharap dan usaha :)






Tuesday, October 18, 2011

ivf/icsi FAQ part 2

disclaimer : though it works on me, it might not to others.but no harm experimenting.yang penting, kita usaha ikut kemampuan kita...wallahualam

ada yg tanya ummi, masa 2ww ummi bariiiing je ke?ni ummi senaraikan apa aktiviti seharian ummi semasa 2ww;

0630 : solat subuh
0700 : tidur dan tidur
0800 : masukkan ubat (uterogestan) dan makan duphaston.ubat ada tepi katil.sambung tidur
1000 : bangun tidur dan mandi macam biasa
1100 : brunch.kadang2 cornflakes.kalau rajin sikit ummi rebus pasta,makan dgn butter hoho.sambil tgk tv
1130 : lepak atas sofa tgk tv/layan laptop/update blog/masuk forum/tgk tv series.biasa kul 12tghari ada WHI hehe
1400 : solat zohor, baca qur'an
1500 : carik makanan lagi.sambung lepak2 atas sofa
1700 : solat asar dan baca qur'an dan makan/masukkan ubat2
1800 : mandi petang & walid balik!hehhe

biasa walid dah siap2 tapau kan makan malam.ummi nya feveret nasi kukus ayam dara atau ikan keli.almost tiap hari makan tu hahaha healthy la sangat;p

anyways, fakta;
1. Ya, ummi solat macam biasa.bukan solat duduk/baring etc.tapi movement sangatttt slow esp time nak bangun dan sujud

2. Ya, ummi mandi pun macam biasa.tapi pastikan slow2 ye.lantai licin ok

3. Tidak, ummi tak baring sepanjang masa sebab nanti ummi pening

4. Ya, ummi banyak juga berjalan dalam rumah(apartment 1166sqft).rumah kecik.tapi jalan slow2

5. Ya, ummi akan keluar ke klinik naik kereta jalan bonggol2 tiap isnin/khamis utk ambil Pregnyl jab.masa gegar2 ummi akan pegang perut.psikologi ;p

6. Ya, ummi tak berani tidur mengiring.tiap malam ummi tidur facing up, letak bantal atas perut.just in case hubby terrrlasak huuu

hmmm apa lagi ye?so far itu yg ummi ingat.ada apa2 kemusykilan boleh komen ye.atau nak share pengalaman sendiri, dialu2kan:)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 10, 2011

template

sori ummi tgh dok ekjas2 template ni.so dia cam BUROKS ye.kalau sakit mata, visit later2 hehhehe....

*kepala pusing*

Friday, October 7, 2011

ivf/icsi FAQ part 1

salam buat semua...sejak2 bulan puasa aritu, ramai yg email ummi bertanyakan persediaan yg ummi buat sebelum menjalani ivf tempoh hari.sebab kebanyakannya lepas raya akan terus nak buat ivf.jadi disebabkan FAQ tersebut, di sini ummi compile dan share utk diri ummi(di masa mendatang?) dan semua pembaca sebagai info dan mungkin boleh sampaikan kepada rakan2 atau keluarga yg akan menjalani treatment yg sama...

1. asid folik makan setiap hari seelok2nya 3 bulan dari mula prosedur
2. bykkan vit c dgn makan buah2an or minum fruit juices hehe
3. kurangkan makan fast-food n processed food.kalau boleh tak makan terus lg bagus ehe.ganti ngan makan mknn bkhasiat :) sounds cliche kan ;p
4. solat hajat dgn suami
5. doa2 rabbi habli & rabbi la tazarni lepas solat dan tiap kali sujud.better suami baca kita aminkan tanda usaha bersama.doa2 ni ada kat sidebar blog ummi
6. nnt dah 2ww, jgn mkn pedas, jgn minum air sejuk, elakkan kopi n teh, bykkan minum air masak.kalu buang air besar jgn meneran.kalau boleh sampai end 1st trimester
7. sentiasa bersangka baik dgn Allah. Dia Maha memberi rezeki, inshaallah
8. masa 2ww, elakkan pk benda stres, bykkan tgk cite lawak ke tv series ke ehehe
9. ummi lepas ET ummi terus amalkan letak bacaan quran thru earphone kat perut supaya embies tu dgr.huhu.Ada tips lg satu, masa baca yaasin, buka tutup air mineral, lepas habis bacA, minum air tu smpi habis

sejujurnya ummi kadang2 ngelat jugak bab minum air sejuk, teh o ais sebab tu mmg fav ummi kalau makan luar.tapi sekali dlm sminggu tak apa lagi jangan hari2.okeh.yang pasal pantang makanan n minuman tajam tu mana2 pregnancy pun sama eg air kelapa, air tebu, nenas...
hehehe tu takat yg ummi ingat la.dan jgn lupa mintak mak ayah doakan.tu yg plg mustajab....inshaallah!!

tak terhad kpd yg akan menjalani ivf.utk iui dan ttc juga boleh cuba amalkan tips ni.nak share success story/tips anda, boleh tulis di ruang komen ya :)

moga berjaya ye!dan kongsikan dgn yg lain success story anda! :)

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers