Wednesday, December 16, 2015

Our appointment with Prof!

Alhamdulillah kelmarin apoinmen dengan Prof Zainul. Setelah lebih 4 tahun tak jumpa, rasa rindu kat pvt wing tu. Bila masuk HUKM tu dan ke tempat2 yang pernah satu ketika dahulu kami berdua habiskan masa sementara menunggu apoimen, prosedur dan sebagainya, bercampur baur perasaan. Bezanya kali ni kami membawa anak kecil kami, hasil dari IVF 4 tahun lepas :) Subhanallah.

Disebabkan kami sampai tu pun dah 5.30pm, maka turn kami antara yang last2. Tapi memang dah expected pun so tak la frust sgt. Dulu pernah tunggu sampai jam 9pm. Kali ni jam 10 baru jumpa!! Haha! Tapi takpelah, bukan selalu.

Dan pertemuan tu juga sangat bermakna buat kami sebab;

1. Dapat borang biru untuk proceed IVF/ICSI. Alhamdulillah. Plan dalam bulan Feb 2016 sebab suami dah back for good masa tu inshaallah
2. TVS scan mendapati ummi ada endometriosis baru 3cm saiz di ovari kanan. Expected huhu. Kiri clear Alhamdulillah

Hehe jumpa cyst tu bermakna ke? Bagi ummi ya. Sebab sejak period dtg balik almost 2 yrs ago, ummi sangat nervous untuk ultrasound. Jadi alang2 jumpa Prof, ummi minta untuk ultrasound. Sekali memang endo datang balik. Atas nasihat dan pandangan Prof, kali ni tak perlu laparoskopi. Cuma perlu sedut endo tu dari bawah, prosedur seakan-akan OPU dan ET. Rasa lega tu Allah je yang tahu sebab ummi taknak la go through laparoskopi lagi. So nama prosedur tersebut adalah CYST ASPIRATION. Yang best tu daycare je. Masuk pagi, petang boleh balik :)

Ummi ada tanya jugak memang sekarang ni tak perlu laparoskopi dah ke kalau endo. Prof kata bukan macamtu. Tapi sebab kes awak ni memang boleh buat daycare je. Maksudnya case by case basis la. Syukur sangat.

So prof kata sebelum IVF, kena clear kan dulu endo ni. Kenapa? Sebab cyst ni dlm ovary. Nanti masa IVF dia boleh kacau telur lain nak membesar.

Lama jugak la jumpa Prof. Awal-awal tu Prof baca fail pastu tanya anak 1st lahir normal ke czer, berat brp, masuk NICU tak, ada complication tak. Birth history. He was quite amazed when we told him we went for SVD(normal) considering PCMC would naturally proposed czer for IVF babies. Sebab precious pregnancy kan. But in our case, it was an amazingly smooth delivery. Subhanallah. Prof tanya jugak ada ke frozen embies. Unfortunately takde so kena go through jabs again.

Oh tentang kos pun ada tanya jugak. Memandangkan 4 tahun dah berlalu dan dos ummi pun jadi Puregon 200iu, maka kemungkinan besar kos boleh jadi almost RM13k. Buntang mata jugak dgr sebab tak expect harga jadik camtu sekali. Dulu less than 9k sampai hbs 1st trimester. Inshaallah this is for our 2nd baby/babies, moga Allah mudahkan dan pandang ini sebagai pengorbanan seorang ibu dan ayah. Amiiin

Prof bagi admission form utk cyst aspiration procedure. Ummi plan nak buat Jan 2016. Kena buat masa hari tak period. Sebelum balik ummi kena amik darah sebab Prof nak tgk CA125 level (untuk konfirmkan cyst).

Bayaran konsultasi dan amik darah aritu RM225 kalau tak silap. Kena simpan dan failkan ni. Journey for our number 2. INSHAALLAH!!

Doakan ummi dan walid ya! Muchlove.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, August 7, 2015

Persiapan Menghadapi Disember :)

Oh jangan salah faham. Bukan persediaan bersalin ya haha!

Alhamdulillah Ummi masih ingat password blog ni. Adui sabarje lah. Of late memang sekali sekala akan jenguk blog ni sebab nak ulangkaji post2 lama. Kenapa? Inshaallah kalau takde aral, kami akan mulakan cycle IVF/ICSI yang baru!

Tak sangka dah hampir setahun selepas entri Ummi yang terakhir. Yup kami dah dan sedang dalam TTC naturally lagi. Belum ada rezeki nampaknya. Inshaallah paling awal kami akan mulakan IVF/ICSI adalah pada bulan Disember, pulangnya Walid ke Malaysia. For good kali ni inshaallah. Ummi punyalah eksaited kan bila tau suami dah dapat date balik, terus rangka plan nak jumpa semula Prof Zainul.

2 minggu lepas Ummi call Private Wing HUKM dan book appointment. Haaaa advance tak advance kan. Padahal nak jumpa nya bulan 12 nanti. Tapi takpelah memandangkan prof Zainul memang cepat je full apoinmen dia maka book la tempat awal2 sebelum lupa. Dan alhamdulillah, rekod Ummi masih ada lagi kat sana. Bagi no IC je nanti dia leh checkkan. Tarikh keramatnya adalah 10 Dec 2015! Kalau takde aral, next menses cycle tu boleh terus jab dah. Moga nanti masa apoinmen ok2 je. Takyah laparoskopi dulu huhu. Doakan Ummi ya! Emm ada lagi ke pembaca blog ni. Kalau ada, say Hi lah kat komen ya..hehe

Disebabkan target bulan 12, maka sejak bulan Jun lepas Ummi dah mula amalkan ini,
1. Kurangkan pengambilan processed food eg burger, nugget
2. Kurangkan pengambilan makanan ber'MSG' eg meggi, junkfood
3. Kurangkan pengambilan makanan dari tin dan pek eg sardin, jus dari kotak
4. Teruskan pengambilan suplemen;
                  - B Complex
                  - Vitamin E Complex
                  - Omega Guard
                  - GLA Complex
5. Minum air masak lebih banyak dari air campuran/bancuhan. Air gas memang jauh sekali
6. Kurangkan pengambilan kafein
7. Kurangkan pengambilan dairy food dan makanan penggalak endometriosis yg lain

Macam tu lah lebih kurang. Dan mengikut tips TTC'ians lain yg telah berjaya, mereka banyakkan sedekah dan tingkatkan amalan rohani agar dekatkan diri dgnNya. Kerana Dia yang akan memberi kan. Inshaallah...

Satu yang Ummi nak kongsi kat sini untuk siapa jua yang bakal lalui IUI ke IVF ke ICSI ke atau fertility treatmen apa pun, pastikan niat kita adalah yang benar. Maksudnya kita sertakan dengan usaha. Antara usahanya adalah persiapkan diri kita secara fizikal dan mental. Bukan setakat jumpa doctor dan gynae, tapi kita belajar untuk jadi kuat dan sabar.

Macam Ummi, kadang-kadang Ummi boleh hilang sabar bila anak kesayangan Ummi tu datang tantrum dia. Adoi boleh pecah kepala. Lagi pulak handle sorang2. Kalau ada Walid dia bolehlah letgo kejap ye tak. Bila refleks balik, Ummi fikir patutlah Ummi belum dikurniakan anak ke-2 dan seterusnya. Kalau anak sorang ni pun Ummi tak leh handle, mana nak bagi no 2 ke 3 dsbg. Sebab Allah tahu limit kita. Jadi, Ummi kena tingkatkan limit Ummi tu agar dapat handle lebih dari seorang anak. Kena ajar diri bersabar dan takleh malas buat kerja rumah hahahaha #tetiba. Persiapkan diri kita sebelum kita nak terima orang baru. Baru Allah nampak usaha kita dan inshaallah Dia beri lebih lagi ikut 'kemampuan baru' kita. Wallahua'lam. Till next time xoxo

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers