Saturday, December 31, 2011

in denial or panic attack?

hmm..kalau tgk kat countdown sebelah ni, hari besar dah tinggal kurang dari 40 hari je.wah!!tipulah kalau ummi cakap ummi tak berdebar.tambah pulak hampir tiap hari ummi baca pasal birth stories etc.memang tak membantu dari segi ketakutan.huhu...

dalam pada excited dan nervous tu, ada lagi satu perasaan yg bermain di jiwa iaitu in denial.kenapa?sebab bayangkan selama hampir 3 tahun ummi dan walid tinggal berdua, buat apa2 pun berdua.now we are expecting the arrival of another soul in the house.tumpuan dan perhatian akan berubah semestinya kan.keutamaan dah pasti utk the lil miracle...

kalau sekarang ni suka hati kitorang je nak golek2 lepas solat subuh, bermalas2an lepas tu baru bersiap pi ofis.kadang2 lepas ofis, boleh dan2 tu plan nak pi tgk wayang ke main boling ke.kalau weekend mcmbiasa bgn lambat lepas tu brunch2 sebelum pegi dating.selepas ni, semuanya akan berubah :) apa2 plan kena involve lil miracle as top utmost priority he he.its gonna be different yet exciting!inshaallah :)

jadi untuk mengurangkan perasaan in denial tu, ummi fikir2 balik, this is the exact same feeling that i felt when approaching my nikah day few years back.gila takot nak jadi bini orang.rasa macam there goes myfreedom for years.the 1st few months as a wife wasnt that easy though.ummi punya homesick agak teruk.almost tiap malam nangis.bengong!padahal rumah my parents just 45mins away from our house.sheeesh!after 6 months(lamanya!haha) i already get the hang of it alhamdulillah.ala tapi sekarang pun taklah perfect wife pun.ada juga adegan suami terpaksa gosok t-shirt sendiri, tak jumpa stokin keja dia...sob3

lagi satu yg ada ummi terbaca, dont expect yourself to be a perfect mom right away.allow yourself to make mistakes.nobodys perfect in this world.you always have room to improve your skill as a mother.if in need of help, ask for it.either from the husband or your mom/siblings.ada orang tu dah bertahun2 jadi mak pun masih juga belajar dan buat silap.jadi ummi rasa inilah yg patut ummi tanamkan utk elak jadi tertekan nanti huhu.rasanya perasaan ni ada pada sesiapa yang bakal bergelar ibu.so guess its normal la kot hmm...

masa ummi neves2 ni, ada jugak ummi baca kat internet pasal bagaimana ttc mommies dealing with new life as a mother.kebanyakan akan rasa kekok dan rendah diri.lebih2 lagi setelah sekian lama hidup berdua.ada yg lebih dari 10 tahun menunggu zuriat.rasa apa je yang dilakukan tidak cukup sempurna utk anak dia.kekurangan dalam diri kita yg ttc ni menyebabkan kita ada low self esteem dan perasaan tu akan terbawa2 bila dah bergelar ibu.mcm tu lah lebih kurang ahli psikologi ni cakap.wallahua'lam...ummi anggap itu semua mitos dan inshaallah, dgn izinNya diberikan kekuatan utk kita yg ttc bila dah bergelar ibu kelak.doa banyak2 agar dipermudahkan segalanya...

eh panjangnya membebel.ummi nak cerita pasal benda lain sebenarnya huh.takpelah mungkin di lain entri... :)

Wednesday, December 28, 2011

cordblood banking

sejak bbrp minggu yang lepas ummi ada tergerak hati nak sign up untuk cordblood banking.ala yang stemcell tuh.so far yang ummi biasa dengar adalah StemLife dan CyroCord...

memandangkan ummi adalah thalasemic carrier dan juga ada penyakit endometriosis, jadi ummi ingat nak ambil kesempatan yang jarang2 ada nih (ie bersalin) ni utk preserve my baby's stemcell...

kalau siapa2 yg tak pernah dengar pasal stemcell ni, stemcell ni diambil dari uri/plasenta semasa bayi dilahirkan.amaun lebih kurang 80-120ml.biasanya kalau kita sign up, kita akan diberi kit dan doktor/bidan akan tolong kita ambil darah tu menggunakan kit yang diberi.speselnya darah ini adalah ia mengandungi berjuta2 stemcell yang boleh didevelop menjadi sel2 lain di dalam badan eg darah, otot, saraf etc.biasanya penghidap leukimia/thalassemia/heart disease etc
sangat2 memerlukan stemcell yg compatible yg biasanya datang dari ahli keluarga sendiri.jadi, dgn stemcell daripada baby ummi, mungkin dapat digunakan oleh ahli keluarga ummi&walid bila2 diperlukan kelak...

darah ini akan disimpan (di'bank'kan) oleh syarikat yg kita pilih selama 21 tahun atau lebih. perkhidmatan mereka ni 24hrs a day, 7 days a week.

harga bergantung jugak.ummi dengar masa first sign up dalam rm2,500 lepas tu kena bayar tiap tahun rm250 gitu hingga 21 tahun.boleh juga bayar terus semua sampai 21 tahun tu.bergantung kepada offer yg diberi lah...

aritu masa expo baby kat midvaley tu ada nampak booth2 ni tapi tak tergerak hati.plus masa tu punyalah tak menyempat nak sevey barang lah beli barang lah.kalau duduk dgr penerangan dia mau amik sejam lebih huhuh.tapi mcm terkilan lak tak amik kat situ sebab sure offer time expo lebih baik...

ummi ada buat research.ada yg kata cordbloodbanking ni semata2 profit driven.bukannya terjamin pun kita akan boleh pakai nanti.tapi bila ummi pk2 balik, kalau bajet izinkan, apa salahnya.lagipun tu lah namanya insuran kan.after all, kalau darah tu tak diambil, hospital
akan discard/buang je...rasa cam rugi pulak.padahal that precious blood can save life.our family life pulak tu...

tambah pulak ummi ni bukan senang nak pregnant (lagu sedih pls), jadi peluang ni jarang2 ada...

ummi masih duk belek2 lagi brochures.tak de jmp lagi the cordblood salesperson.moga ummi dan walid ditunjukkan jalan yg terbaik utk memilih yg terbaik.nak sign up by end of this month harapnya!chayok!

Wednesday, December 21, 2011

breastfeeding vs IVF

macam yang ummi ceritakan dalam entri lepas, masa parentcraft class tu ada cerita pasal breastfeeding kan. so tgh syok2 madam tuh bagi talk (info dia bagi memang bagusss sesangat) , dia ada cakap lebih kurang macam nih,

"semua wanita boleh menyusukan dan akan mempunyai susu.kalau orang kata susu dia tak cukup atau tak ada tu adalah tidak benar.pengecualian kepada ibu yg mendapat anak mereka melalui ivf, memang sukar sedikit utk menyusukan anak mereka dari susu badan..."
elok ummi dengar je dia sebut IVF TAK BOLEH BF ANAK, terus ummi tak dengar dah apa dia cakap lepas2 tu.ummi jadi blank.ummi tak angkat tangan lah tanya kenapa etc sebab rasanya tak relevan utk classmates lain.tiba2 terus ummi jadi down sangat.ummi terbayang rakan2 ttc yg pernah jalani ivf dan ummi tak pasti mereka ada masalah utk breastfeed baby diorang.ummi pandang walid dgn muka frust.walid macam terkilan sikit sebab ummi down lepas dengar talk tuh...sampai kata lenkali takyah lah gi talk2 cenggini sob2

balik dari class, ummi google.ummi baca blog2 ivf mommies.memang diorang bf sekejap je.tapi betul ke sebab ivf?ummi tak puas ati, ummi google forum mat saleh.banyak result yg keluar cakap tentang bf ketika menjalani ivf.ini kes lain la kira...mungkin kemudian berguna utk ummi..

google punya google...

jumpa la jugak forum tentang success stories breastfeed for ivf babies. ada tu yg siap dapat twins from ivf dan dah lebih setahun bf kan her babies!memang ummi legaaaa sangat bila baca. yang kata takde susu sebab ivf tuh adalah sebab hormon kita seolah2 artificial dan lain dari orang yg conceive naturally.kan kita ada hormone treatment etc kan.jadi mereka ni berpendapat yang hormon2 kita menjadi 'huru hara' dan disebabkan itu, susu tidak dapat dihasilkan macam ibu2
lain...

masa check up minggu lepas pun ummi ambil kesempatan utk tanya Dr Seri tentang kesahihan benda ni.yelah, mana lah tau patients dia sebelum ni ada mengalami benda yg sama kan.then she said this is all mengarut.siap tanya lagi sapa yg pandai2 cakap macam tu.bcoz once
i've conceived (even via ivf), i'm on my own.i have the same nausea, mabuk, freq urination etc etc so why shud i worry.she said dont think too much.fikir yang positif2 je :) dia cakap any mother can breastfeed...

2 benda yang ummi buat sekarang;

1. usaha - segala persediaan utk breastfeed eg beli dan belek breastpump, sediakan EBM storage, join support group, nursing bras, nursing blouses, nursing pads, sediakan supplements, cuci freezer utk letak EBM etc etc.and of course lots of reading and research on bf

2. doa - tiap kali lepas solat, ummi akan selitkan doa "ya allah permudahkanlah aku untuk menyusukan anak aku sehingga umurnya 2 tahun...murahkanlah rezeki anak aku dengan susu badanku.hanya Engkau pemberi rezeki..." gitula lebih kurang.boleh reka doa sendiri inshaallah


ada juga tips yang ummi dapat dari BF support club, dan ummi usahakan utk buat...ummi kongsikan disini;

1. banyakkan baca surah al-kauthar dan al-hujurat ketika mengandung
2. baca ayat 60 surah albaqarah sambil urut bahagian breast dan doa lam hati yang susu akan banyak hingga anak umur 2 tahun
3. amalkan berzikir YA MATIIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70x setiap hari seelok2nya waktu malam dan subuh

memang mentally and emosionally kena bersedia.positif10000x.moga ummi dan rakan2 semua yang bakal melahirkan dipermudahkan untuk breastfeed our lil miracles inshaallah...

amiin

Tuesday, December 20, 2011

heylow peeps!

hish rasa bersalah dengan diri sendiri sebab dah dekat 2 bulan ummi tinggalkan blog ni. blogpress ni crash lak kat new ios5...tak setel2 lg problem. anyways, banyak yg berlaku antaranya,

1. beberapa siri bershopping. sekarang dah settle hampir 95%. alhamdulillah. ummi banyak borong masa expo kat midvalley masa Nov dan juga Pureen Warehouse sale beberapa minggu lepas.weekend baru ni borong kat Onebabyworld pulak. selebihnya adalah barang2 yg tak
memerlukan pembelian semasa sale.mungkin ummi akan beli online atau beli lepas selesai berpantang :)

2. ummi dan walid ke antenatal class! kalau kat Prince Court dipanggil parentcraft class. it was a one whole day session. penerangan tentang kehamilan, pain management ketika bersalin, senaman ketika mengandung, breastfeeding, cara nak mandikan dan urut bayi etc. ada juga sesi
lawatan ke bilik bersalin (labour room).tapi yg tak berpenghuni la hehe

one of the speaker was my previous doctor at that hospital, Dr Tan. she was the one who discovered me with endo stage 4 and hydrosalpinx. she was also the one who break the news that i can only conceive through IVF.so she gave talk on "antenatal care, labour and delivery".

dalam kelas tu ada dalam 20 couples so ummi memang tak bajet dia cam ummi.elok habis je kelas dia, ummi berkejar keluar sebab tak tahan nak shushu (;p).masa ummi nak masuk kelas balik, Dr Tan baru je nak keluar dari kelas with all her stuff.jadi ummi amik kesempatan ni nak catch up with her.tapi memang dah bersedia la yang dia tak ingat ummi patient dia.but oh my to my surprise...she remembered!!



ummi : hi doc...u still remember me?
Dr Tan : of course dear, i was wondering what happen to you after our last appointment then i see u here...how are u???
ummi : (happy) i'm already 7 months doc!
Dr Tan : oh i'm so happy for you.i remember last time u asked me for reports right. then what happened?
ummi : i was under Prof Zainul. he clamped my left tube and i went for IVF after 2 AF cycles. put 3 embies and one is baking in the oven now :) we manage to get pregnant with 1st attempt, i'm currently with Dr Seri...
Dr Tan : really??i was wondering how are you and i'm glad bumped into u today..hope everything is okay with ur pregnancy...
ummi : well doc u're part of this (sambil tunjuk my belly hihi)..just that i'm afraid after deliver, i'll get my AF cepat sangat.then my endo will come back...
Dr Tan : once u get ur menses back, u have to plan for the 2nd one,okay...dun worry...well seriously i'm happy to see you here today...
we chat a bit more and then bid goodbye.such a nice obgyn la Dr Tan tu.memang tak terpk dia akan ingat ummi.btw dia sekarang ni the only female doc yang buat infertiliti case kat PCMC.Dr Paul Tay is her senior.tapi kalau tak silap dia buat IUI je sebab Dr Paul fokus kat IVF.lepas2 ni mungkin dia buat IVF pulak.tapi tu lah IVF kat PCMC ni mahai dekat rm20k.so mmg bye2 lah huhu...

3. preparasi utk hari itu!termasuklah pembacaan tentang breastfeeding, parenting, berpantang dan juga delivery!!! *takot pls!*

ok guys this is just a starter...stay tuned!! :)

miss korangssss!!

Wednesday, October 26, 2011

ummi&baby apa cerita?

ummi nak update sikit pasal ummi dan baby.boleh ye:)

• berat ummi dah naik 6kg dari berat sebelum pregnant.alhamdulillah....:)

• baju banyak dah tak muat.sendat especially tang perut la kan.seluar office n jeans dah takleh zip lansung.biar je terbukak.so dah mula berjinak2 dgn maternity jeans.sgt selesa:)

• baby??check up last week kata baby dah 830gram.start wk28 nanti, berat baby akan naik secara drastik.apetah lagi berat ummi kan?heehhe

• macam ummi dah pernah cerita, ummi buat detailed scan juga.sbb ni baby ivf.so ummi rasa macam kena go for it.so we checked all his internal organs, the face, the legs, hands, fingers, 4 chambers heart etcetc...alhamdulillah so far everything looks fine.harga utk detailed scan adalah rm300.insuran ummi tak kaver btw

• gynae ummi bagi tetanus jab utk elak baby kena kancing gigi.wuhuuu leh tahan sengal lepas tu bontss ummi ;p

• weekend ni ummi kena fly to KT.so gynae keluarkan surat just in case makgad or pakgad kat epot tanya.gynae ummi kata, once your bump has shown, nak fly even domestic pun kena bawak surat sebab kadang2 diorang tak caya yg kita ni still below 36wks.surat kira precaution la...

• ummi dan walid dah sign up utk antenatal class kat PCMC early dec nnt.harga rm250/couple.amik kat sana sebab ada sesi tour ke labour room etc.so senang amik kat tempat sama nak deliver inshaallah....

• ummi ada mild craving lg sejak dua menjak nih.especially kat benda2 manis.jco donut, apple strudel, cakes, etcetc.aritu risau jugak sugar level high.alhamdulillah normal je.gynae kata kalau family takde history diabetes tak perlu risau.makan je lah selagi boleh.ngeeeeeeeeeeeee *senyum sampai telingaaaaa*

• ummi sekarang takleh tidur on my back.mesti sakit belakang.so tidur on my left je paling best sekarang :) duduk lama2 pun takboleh.haritu p tgk wayang.tak senang duduk dibuatnya.nxt time kne bawak small pillow gamaknya masuk panggung hehe

• shopping belum start lagi!padahal next week dah nak masuk 7bulan!haihs.nampak advert pasal mydear warehouse sale kat puchong hari ni sampai raya haji.so inshaallah nak cari few stuff to kick off.maybe baby cot, car seat, etc...hope leh strike out few checklist.baju2 still nak tunggu pureen warehouse sale tah bila tah huuhu

hmm that's about it kot.doakan kesejahteraan ummi dan baby ye.ni dah mula neves ni huhu...

kepada kawan2 yg sedang treatment, banyakkan doa dan jangan putus asa.sentiasa bersangka baik dgnNya.ummi doakan ramai yg akan join sebaya dgn my lil miracle, baby2012...inshaallah:):)

hugs!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 24, 2011

ivf/icsi FAQ part 3

patutnya yang ni part 1.tapi tak kisah la kan.hehhe ummi pun tulis ikut mana ingat..

tapi entri ni hanya utk mereka yg plan nak buat kat HUKM la yek hehe

nak buat ivf/icsi kat HUKM ni kena queue ke?jawapannya
tak perlu.kalau anda dah bersedia, boleh terus buat next period cycle!

apakah step2 utk buat ivf di HUKM?
1. dapatkan salinan semua laporan ujian fertiliti yg pernah anda jalani di pusat lain sebelum ni(kalau ada)
2. buat apoinmen nak jumpa prof zainul di klinik pusat pakar tingkat 7 pvt wing.call 03-91457777.klinik prof hanya pada isnin&khamis.tips:book 2minggu sebelum takut slot penuh
3. hari apoinmen - bawa laporan yg dimaksudkan.turn based on first come first serve basis
4. prof akan interview anda.pastu buat ultrasound/TVS/bloodwork bergantung kepada latar belakang pesakit
5. masa ni jugak kalau nak diskas pasal kos dsbg..
6. kalau semuanya ok, prof akan isikan borang biru.kalau iui pun sama.prof akan buatkan plan ubat dan dos dari D1 period sampai D13 kalau tak silap..tapi taktau la pulak tetibe borang biru tu tukar kaler huhu
6. bayaran utk konsultasi dalam rm100-rm150.mcm ummi, insuran mmg tak kaver infertiliti so kena bayar sendiri
7. bila dah agak2 period nak mai, pergi beli ubat di MAC clinic.bawa sekali borang biru tadi.MAC kat same building, ground floor.kalau nak sewa icebox, kena byr deposit rm50 kalau tak silap.habis pakai nnt dia pulang balik.nak bwk sendiri pun boleh.mcm ummi dulu bwk coleman hehe.utk info lebih lanjut, call MAC di 0391457013.klinik tu orang nya baik2.kata private kan...hehehe
8. lepastu ikut je arahan dan nasihat prof/embryologist hinggalah prosedur tamat....
9. prosedur tamat yakni 2ww begins :):)

so begitulah adanya bagaimana detik manis hidup ummi bermula.dan mungkin detik manis u all juga? :)

all the best dan jangan pernah berhenti berharap dan usaha :)






Tuesday, October 18, 2011

ivf/icsi FAQ part 2

disclaimer : though it works on me, it might not to others.but no harm experimenting.yang penting, kita usaha ikut kemampuan kita...wallahualam

ada yg tanya ummi, masa 2ww ummi bariiiing je ke?ni ummi senaraikan apa aktiviti seharian ummi semasa 2ww;

0630 : solat subuh
0700 : tidur dan tidur
0800 : masukkan ubat (uterogestan) dan makan duphaston.ubat ada tepi katil.sambung tidur
1000 : bangun tidur dan mandi macam biasa
1100 : brunch.kadang2 cornflakes.kalau rajin sikit ummi rebus pasta,makan dgn butter hoho.sambil tgk tv
1130 : lepak atas sofa tgk tv/layan laptop/update blog/masuk forum/tgk tv series.biasa kul 12tghari ada WHI hehe
1400 : solat zohor, baca qur'an
1500 : carik makanan lagi.sambung lepak2 atas sofa
1700 : solat asar dan baca qur'an dan makan/masukkan ubat2
1800 : mandi petang & walid balik!hehhe

biasa walid dah siap2 tapau kan makan malam.ummi nya feveret nasi kukus ayam dara atau ikan keli.almost tiap hari makan tu hahaha healthy la sangat;p

anyways, fakta;
1. Ya, ummi solat macam biasa.bukan solat duduk/baring etc.tapi movement sangatttt slow esp time nak bangun dan sujud

2. Ya, ummi mandi pun macam biasa.tapi pastikan slow2 ye.lantai licin ok

3. Tidak, ummi tak baring sepanjang masa sebab nanti ummi pening

4. Ya, ummi banyak juga berjalan dalam rumah(apartment 1166sqft).rumah kecik.tapi jalan slow2

5. Ya, ummi akan keluar ke klinik naik kereta jalan bonggol2 tiap isnin/khamis utk ambil Pregnyl jab.masa gegar2 ummi akan pegang perut.psikologi ;p

6. Ya, ummi tak berani tidur mengiring.tiap malam ummi tidur facing up, letak bantal atas perut.just in case hubby terrrlasak huuu

hmmm apa lagi ye?so far itu yg ummi ingat.ada apa2 kemusykilan boleh komen ye.atau nak share pengalaman sendiri, dialu2kan:)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 10, 2011

template

sori ummi tgh dok ekjas2 template ni.so dia cam BUROKS ye.kalau sakit mata, visit later2 hehhehe....

*kepala pusing*

Friday, October 7, 2011

ivf/icsi FAQ part 1

salam buat semua...sejak2 bulan puasa aritu, ramai yg email ummi bertanyakan persediaan yg ummi buat sebelum menjalani ivf tempoh hari.sebab kebanyakannya lepas raya akan terus nak buat ivf.jadi disebabkan FAQ tersebut, di sini ummi compile dan share utk diri ummi(di masa mendatang?) dan semua pembaca sebagai info dan mungkin boleh sampaikan kepada rakan2 atau keluarga yg akan menjalani treatment yg sama...

1. asid folik makan setiap hari seelok2nya 3 bulan dari mula prosedur
2. bykkan vit c dgn makan buah2an or minum fruit juices hehe
3. kurangkan makan fast-food n processed food.kalau boleh tak makan terus lg bagus ehe.ganti ngan makan mknn bkhasiat :) sounds cliche kan ;p
4. solat hajat dgn suami
5. doa2 rabbi habli & rabbi la tazarni lepas solat dan tiap kali sujud.better suami baca kita aminkan tanda usaha bersama.doa2 ni ada kat sidebar blog ummi
6. nnt dah 2ww, jgn mkn pedas, jgn minum air sejuk, elakkan kopi n teh, bykkan minum air masak.kalu buang air besar jgn meneran.kalau boleh sampai end 1st trimester
7. sentiasa bersangka baik dgn Allah. Dia Maha memberi rezeki, inshaallah
8. masa 2ww, elakkan pk benda stres, bykkan tgk cite lawak ke tv series ke ehehe
9. ummi lepas ET ummi terus amalkan letak bacaan quran thru earphone kat perut supaya embies tu dgr.huhu.Ada tips lg satu, masa baca yaasin, buka tutup air mineral, lepas habis bacA, minum air tu smpi habis

sejujurnya ummi kadang2 ngelat jugak bab minum air sejuk, teh o ais sebab tu mmg fav ummi kalau makan luar.tapi sekali dlm sminggu tak apa lagi jangan hari2.okeh.yang pasal pantang makanan n minuman tajam tu mana2 pregnancy pun sama eg air kelapa, air tebu, nenas...
hehehe tu takat yg ummi ingat la.dan jgn lupa mintak mak ayah doakan.tu yg plg mustajab....inshaallah!!

tak terhad kpd yg akan menjalani ivf.utk iui dan ttc juga boleh cuba amalkan tips ni.nak share success story/tips anda, boleh tulis di ruang komen ya :)

moga berjaya ye!dan kongsikan dgn yg lain success story anda! :)

Friday, September 30, 2011

gelaran itu doa?

wallahua'lam:)

macamana boleh jadi 'ummi'?
ummi memang sejak kahwin teringin nak digelar 'ummi'.tp hubby stat pggl ummi dgn gelaran ni awal 2010 kalau tak silap...

macamana boleh jadi 'walid'?
hubby yg request.masa tu ummi tgh syok layan siri nurkasih kat tv3.tahun 2010 la kan.pastu kalau tak silap ummi ada tanya hubby pasal gelaran kalau ditakdirkan kita dikurniakan anak.dia cakap..."ooo yang alia(lakonan ayu raudhah tu) panggil ayah dia tu.apa ye?"...me tanya, "walid ke?!"..."haaa walid...!".so stick la nickname tu sampai ke sudah.taktaula sat gi baby dah lahir nak tukar lak kan;p

tapi among family n public mmg tak pggl ummi/walid lg la.segan.tp kalau tak segan laaaagi bagos!
sayang&yayang tu still pggln utama lah *blush*

apa gelaran kepada lil miracle kami?
hoho ada banyak stages...

1. sejak kami disatukan sebagai suami isteri : along (kadang2 dlm kereta berangan la ada 'along' kat backseat *pathetic tak*)

2. bila dah mula ivf dan 3 embrio dimasukkan : along dan angah (takde 'alang' sebab memang tak nak triplet ;p)

3. bila dah scan dan nampak satu heartbeat : along

4. bila dah scan dan nampak lil miracle's ehem2 (2 minggu lepas) : abang :)
hope boleh stick la gelaran ni sebab wat masa ni still pggl along lg hihih

sebenarnya semua ni bukan berangan.tapi doa, inshaallah.sebabtu ummi bahasakan diri dalam blog wp waktu tu mmg tak nampak harapan nak jadi ummi eg masa gynae bgtau yg kami takleh conceive naturally huhu.ummi nak pakai abang/kakak tu supaya along ni nanti dapatla adik2....inshaallah....
kita taktau bila doa kita plg mustajab.so 'berangan' la selagi boleh ;p my 2 cents hihihi

faham ke celoteh ummi ni?LOL

so apa gelaran uols/hubby/bakal babies? ;p

p/s : ada kawan ummi ni, sejak kahwin panggil ummi-baba.tapi lepas dpt anak diorang pakai gelaran mummy-daddy utk anak2.but sesama diorang berdua still ummi-baba.kiut kan?anak dah sepasang dah pun:)

Saturday, September 24, 2011

psssttt

....ummi sekarang menjenguk blog lama pulak.anyone yang sudi nak baca nanti pm me okeh, ummi share address ehee

btw baby says 'hi' to all aunties :)

p/s : mencari mood yg hilang sebenarnya

Thursday, August 25, 2011

raya break

hari ni ummi dah mula cuti!kami amik cuti raya 5 hari tahun ni, till isnin dpn dpn hoho

maka di kesempatan ini, ummi nak mohon jutaan kemaafan sekiranya kata2 ummi di blog atau di email atau mana2 yg mengguris hati rakan2 semua...

moga eid fitr kali ni membawa seribu makna buat semua...

kepada yg akan berjalan jauh, moga selamat pergi dan pulang ye:)

Eid Mubarak!

p/s : ummi balik kg dari lusa till raya ke-3.so takda internet connection...kalau sapa2 email tu ummi balas once ummi balik kl ye hihi

------------

kata2 semangat utk geng2 ttc ku,

"if He brings you to it, He will bring you through it..."

Monday, August 22, 2011

contact me

dearests...

sejak ummi buka blog ni, ramai yg berkongsi perasaan dan paling ramai yang bertanya berkenaan ivf.melalui email.tapi ummi baru perasan yang ummi tak letak pun email address ummi kat sidebar nih.laptop dah lama tak usik kalu nak edit template bagai...

so to those yang nak bertanya soalan tentang ivf atau nak kongsi cerita dgn ummi, bolehlah email kat ummi ke address bawah ni,

kau5ar@yahoo.com

atau

kausar.amin@gmail.com

inshaallah plg lambat ummi akan jawab dlm 2-3 hari.tgk kebizian ummi huhu.kadang2 kat ofis pun sempat gak membalas2...hp no ummi pun ummi leh beri nanti just in case.btw ramai kawan virtual yg ummi dapat via email2 ni.ada yg dah berjaya pregnant pun.ada yg tak berjaya;( takpe, yg penting kita tolong antara satu sama lain...apa yg ummi boleh kongsi ummi akan kongsi...inshaallah:)

that's the least i can do...

i know how it feels.dealing with infertility.dealing with all the needles and procedures.all sorts of meds orally vaginally...huhu.well my point is, masa2 ivf tu mmg u need someone in the same boat to 'help' u out...kalau tak,boleh bikin stres dan pk negativeeee manjang huhu

oki doki.waiting for ur mails.take care loves.... :)

Saturday, August 20, 2011

jika anda pernah ttc....

warning : ini adalah entri emo2

masa baru2 kahwin dulu yakni time verangan bunting pelamin, i've always wanted a girl.coz we can play dress up coz u know la kan baju the girls ni sangat tak tahan rasa macam boleh shopping sokmo haha

tapi after dapat tahu ummi nye tiub dua2 tersumbat, ummi sedih gila sebab ummi tahu ivf sahaja jalan utk dapat baby dan kos ivf bukan seringgit dua...

so ummi dalam hati rasa...tak kesah la boy or girl, asalkan dapat sorang pun memang rahmat.yg penting sihat dan sempurna....and i put that in mind sampai la sekarang...

yang ummi piss off sangat2 bila orang yang komen2 "elok dapat boy kan...." blablabla.ewah~ time kita ni tak pegnen2 bising.dah pegnen pun bising lagi ke...kamon la

encik/puan, kalau saya ni jenis senang lekat, saya memang tak amik pot pun awak nye komen sebab kalau yg ni ditakdirkan girl, tahun depan or tahun lusa saya boleh pegnen lagi utk boy pulak...apa ade hal

ini, nak dapat yg seorang ni pun 2tahun+ kami tunggu.pls pay some respect will ya?or save ur comment to someone else yg anak setahun sorang tuh...

agak2 kalau scan this lil miracle is a girl, apa reaksi orang-orang itu ek? "oooo...pempuan...~"

kalau pk cakap orang ni memang boleh pening.i think this is only in our culture.i never came across any mat saleh forum which discussed about this gender thingy....

sigh sigh....

setiap hari lepas solat, ummi doakan "ya allah jadikanlah kami hambaMu yg BERSYUKUR.jauhkan kami dari sifat riya', ujub dan takbur..ya Allah jauhkanlah kandunganku ini dari sebarang komplikasi.kurniakanlah kami zuriat yang soleh, taat pd perintahMu, sehat, sempurna, bijak dan comel(;p)...."

ye, takde pun demand boy or girl ;p

so to ppl out there.this is my time.our time.so for once, pls reserve ur unnecessary comments will ya?

peace!

Thursday, August 18, 2011

terakhir

sedih lak tadi nak bid farewell kat prof zainul.tho he's been with us only since Feb this year.he was the one who clamped my left tube.he was part of this lil bundle of joy growing inside me...
i said to him right after he shook walid's hand,
"inshaallah mana tahu yg 2nd one kita jumpa prof lagi..."

laju je dia reply...
"takyah...inshaallah DIY dah boleh..."

amin amin ya Allah.....

pesan dia lagi,
"nanti jgn lupa bg gambar baby kat saya.nak letak kat MAC clinic"


huuu so sweet ;)

we gave him a lil something...


atas pen tu kami tempah dgn tulisan "Prof Zainul 090511".tarikh embryo transfer...hope he loves the simple gift...

oh tadi jugak dah bukak buku merah.officially.alhamdulillah

Tuesday, August 16, 2011

tentang buku

ummi bukan jenis ulat buku.tapi suka baca magazine(tgk gambo je lah ;p).so kalau apa2 info, ummi byk google atau refer kat apps dlm iPod ni je...

mesti korang selalu or pernah dgr pasal buku "What to Expect When You're Expecting" kan?ummi sejak awal mmg tahu kalau beli ummi memang takkan baca, so ummi cuma download apps dia je.nasib baik free..


Tracker : letak expected due date so nanti dia bgtau la kita kat week berapa

Weekly : apa progress expected utk minggu ni atau minggu2 lain

Daily : additional tips

Photos : create your babybump photos collection

Forums : forum lah.tapi ummi tak pernah pakai...huhu

tapi baru2 ni sedar tak sedar ummi ada 2 buku kat ummi....



1. The complete illustrated pregnancy companion
- ni kaklong ummi punya dia bagi ummi pinjam.kami nikah di hari yg sama.kenduri pun sekali.tapi anak dia dah nak masuk umur setahun.ummi kira terlepas keretapi la ni huhu.Harga RM55 (kakak beli kat MPH)

2. Penjagaan ibu&bayi
- guess what.ummi beli buku ni lepas 2 bulan kahwin.yakin la kan akan cepat pregnant.tapi.......;( so frust sgt buku ni dah lama misplaced.baru2 ni walid terjumpa.dah berabuk2.ummi tak sure buku ni masih dijual ke tidak sebab ni adalah koleksi Pa&Ma pada tahun 2009.Harga RM12.90.

sebenarnya elok ada rujukan yg fakta.daripada bergantung pada internet dan google yg kadang2 tak tahu sumber dari mana.kadang2 yg seronok baca forum or pengalaman orang.tapi kena ingat tak boleh bergantung sepenuhnya.sesekali mesti rujuk yg pakar.my 2 cents la...

p/s : congrats Lady Mira on your pregnancy!penantian 4 tahun setengah berakhir juga.moga selamat hingga melahirkan inshaallah...doa byk2 bulan mulia ni ok....takecare!!:)

Sunday, August 14, 2011

1st visit to PCMC...

...at 15w5d

ni kisah jumaat lepas.apoinmen patut pukul 3pm.tapi kul 3.30pm baru sampai.register, amik BP, berat, urine, tak sempat nak duduk kat bilik menunggu, dah dipanggil misi masuk bilik Dr Seri.wah!mantopp hihi

itu ini begitu begini pukul 4pm dah setel.terus pi amik darah pulak...

ringkasnya, apoinmen kali ni berjalan lancar

1. BP reading, weight : tgk ada hi/low blood ke tidak. Dan utk tgk peningkatan/pengurangan berat

2. urine test : utk cek kalau2 ada kencing kotor.dan utk cek sugar level.ni every visit kena buat

3. 4d scan : nanti ummi cite detail ;)

4. blood test : utk cek HIV, rubella, hep B, penyakit kelamin dan other diseases

alhamdulillah semua bacaan dan test resultnya normal.kecuali blood test kena tunggu seminggu baru tau ok ke tak.inshaallah semuanya cemerlang...

so let's story mory in detail about meeting the doctor.woot!!ni kali pertama ummi check up dgn Dr Seri.masa tahun 2010 ummi dgn Dr Tan utk endometriosis.masa tu ummi sebenarnya nak dgn Dr Seri tapi schedulenya full so sbb ummi nak op urgent proceed je dgn Dr Tan, another female doc...haaa nak dapat Dr Seri ni mmg kena book sebulan atau 2 bulan lg awal ye kawan2...

so masuk2 bilik tu kena interview background sikit2 sbb nak fill up our buku.since prof zainul tak bg lagi buku merah, so kami pun cerita verbal je.doc dah ada record masa Dr Tan dulu jadi ummi top up la history masa kat HUKM je... :)

then proceed to ultrasound.first impression Dr Seri tgk perut ummi, "whoaa..."..sebab macam2 parut ada.parut 2005, 2010 dan 2011.hihi.

mula2 scan 2d je.lepas tu tgk 3d/4d pulak.PCMC ni ultrasound dia mmg yg canggih so alang2 scan je 3d.cuma insuran ummi tak kaver.doc tu dah faham2 utk tlg ekjas lam bil ie didn't mention bout 3d scan being done.gitu...

so how's my lil miracle??alhamdulillah syukur everything is normal.tiap kali scan, doc will scan the head/skull, leg, body and the machine will determine the no of weeks for each.selalunya plus minus 2-3 days drp actual week :) so this lil miracle has grown ahead few days than he/she supposed to.Dr Seri said.."wah boleh tahan ye dia ni..." hehehe syukur2...
what can we determine from the scan?

- the heartbeat : 140bpm++.ada doppler boleh dgr and nampak the waves!

- the CRL : crown to rump length.tapi ni sampai 12wks je.time ummi pi aritu dah 16wks so dah takleh kira coz the baby already big and bend a bit.macam bentuk C gitu...

- the weight : last month punya scan 63g.scan baru ni dah 110g alhamdulillah...

- kedudukan uri/plasenta : now plasenta ummi kat my front wrt my body.maknanya kat area pusat ummi.bahaya kalau plasenta kat bhgn bawah ie vagina sbb bayi boleh berkedudukan songsang.tapi position uri ni boleh berubah2.waktu plg sesuai adalah selepas 28wks.skrg masih awal lagi...

- due date : based on the size of skull, body and leg, the machine will calculate the due date.our lil miracle due date is 31st Jan 2012!

- baby's gender : kalau boy senang konfirm.tapi Dr Seri kata dia takleh nampak lg.so she wud say 50-50.jeng3~~

- baby movements : this is the coolest part and both of us can't stop smiling looking at this lil fella.masa buat 3d tu dia main2 tgn dia lepas tu lama sikit dia macam facing the monitor then menongkat dagu!haha kitorang semua tergelak....!Dr Seri is cool layan kitorang yg jakun ni dan takesah pun scan lama2 hihi..

hmm tu je kot so far.btw walid siap record dari a sampai z masa ultrasound.record the monitor la.doktor pun tak perasan kot hehe...well,precious pregnancy kan, bukan selalu...next chance pun tak tentu lg bila huhu..bukan macam some ppl yg senang nak conceive.so we treasure every moments that we have and experience now inshaallah!!

dah habis scan tu Dr Seri kata bila perut dah makin besar nanti mungkin bahagian parut 2005 tu akan sakit sikit sebab stretch.but shud be okay katanya.dan awal2 lagi dia dah bg pesan,

"ivf is not an excuse for you to opt for c-sect ye dear..."

inshaallah, kalau takda aral ummi harap ummi dapat deliver normal...amiin!

sebelum balik, ummi dapat 'souvenir' ie,

1. mum's book


dalam ni ada rekod setiap kali apoinmen.ada fetal movement chart, ada pocket utk letak all ultrasound pix...kira macam buku merah laa

2. ubat utk eczema


yay, dah boleh pakai elomet!fucidin tu antibiotik.and a hugeeeee 'bucket' of aqueous cream...

3. supplement


pramilet(sbg sambungan dari folic acid.sama fungsi macam obimin), neuro gain(utk otak baby.ada fish oil) dan kalsium dlm bentuk tablet-selamat, takyah minum susu.huhu

apoinmen seterusnya sebulan dari sekarang inshaallah...grow sayang grow...

next week 18th pulak last appointment dgn prof zainul.huwaaa sure sedihhh...

Thursday, August 11, 2011

tentang weight gain

ummi dah nak genap 4 bulan.ada sesuatu yg menjadi kemusykilan ummi sekarang.iaitu berat ummi...

berat ummi sebelum pregnant adalah 52kg.itu adalah berat apabila ummi timbang pada pagi hari, dgn pakaian yg minimal. ok u get what i mean ;p

kadang2 kalau gatal sangat, lepas makan banyak, ummi akan terus pi penimbang.bacaan lebih kurang 54kg.tah mana datang 2kg pun ummi tak tau haha

tapi bukan itu persoalannya..

semalam, ummi menghadiri buffet majlis berbuka puasa anjuran kontraktor.almaklumla kalau dah buffet, mmg tak sah kalau tak ada lebih dari 10 stalls.makanan apa yg takde huhu.so makan dkt 5 round kot....nasi, pasta, tandoori, aiskrim etc etc

balik tu saje je timbang nak tgk berapa kg.boleh tak penimbang tu kata 53.1kg?!ummi blur kejap.habistu sebelum makan bukapuasa tadi ummi 51kg kah??(kalau mengambil teori tiap kali lepas makan naik 2kg la....)

but i'm 4 months pregnant...i didn't have morning sickness ie vomited, for the past 4 months.this is so weird...dan buat ummi risau...ummi ada pernah dgr org pregnant berat turun tapi tu sebab dia mabuk teruk yg stail muntah sampai lembik.ummi ni pulak stail mual2 tapi makan tetap makan.takde yg keluar balik...

but not gaining weight is super-weirdness...orang cakap sebab bulan puasa.tapi ummi makan sahur banyak macam lunch.bukapuasa mmg takyah cakapla kan.lepas terawikh makan lagi...cincin kahwin ummi pun dah makin longgar..

kerisauan ummi hanya akan terubat apabila ummi tahu yang kandungan ummi sihat dan aktif.inshaallah.esok kita jumpa ye sayang...

atau







mungkin penimbang tu yang rosak kot........


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, August 9, 2011

'honeymoon' period

salam ramadhan :)
ramadhan bagi ummi adalah bulan yg sgt cepat berlalu.kalau kat ofis tu, tup2 tgk jam dah nak waktu balik.sampai rumah, solat asar dan mandi2, pastu laundry sikit2 sambil bersilat kat dapur masak juadah berbuka dan sahur.alhamdulillah ummi dah boleh masak tanpa masalah bau etc.badan pun makin kuat.syukur sangat.betul la kata orang trimester kedua ni tempoh 'honeymoon' ie selera dah datang balik, boleh buat kerja2 berat, tak cepat rasa penat dan perut sedang elok je, belum besar sgt hihi :) haaa sambung lg.lepas berbuka, solat dan terawikh, balik dan moreh sikit2.tidur.kul 4.45pg bgn sahur, subuh then off to work.phew mmg tak perasan tup2 dah lebih seminggu berpuasa.syukur so far ummi dapat puasa penuh :) moga perjalanan lancar hingga akhir ramadhan, amiin

pregnancy updates : babybump ummi masih kecil.memang jenis perut kecik kot hehe.tapi dah membesar la jugak dari beberapa minggu lepas.utk elak stretch marks, ummi ada beli stretch mark oil dari mothercare.


RM36 utk 100ml bottle.bau sedapppp macam bau biskut.sapu tiap malam sebelum tidur.cukup syarat je heheh.
barang2 baby ummi rasa awal sangat nak beli.kami dah bajet nak pi start beli lepas raya.dlm bulan 10 gitu.inshaallah masa Year End Sale.by that time pun dah tau gender lil miracle(excited!).tapi aritu ada lah jenguk Parenthood Expo.saja jalan2 amik feel dan nak dapatkan harga2 stended utk barang2 baby.dan jugak kumpul brochures...mana tau leh pakai bila nak beli nanti inshaallah...

tapi 2 minggu lepas ada kawan ummi bgtau kawan dia kat UK nak balik Msia for good.so dia nak kumpul at least 5org utk beli breastpump brand Medela Freestyle.


harga kat Msia RM2000 tapi kat sana dia boleh dapat semurah RM1,270.dan pulak kawan kpd kawan ummi tu nak order secepat mungkin.so ummi ada sehari je nak decide.yang lawaknya, ummi memang tak sevey apa barang baby pun lg.nak2 pulak breastpump.yg ummi tau breastpump memang mahal.so teruslah menggoogle dan tanya2 pendapat orang.kira Medela FS ni yg plg recommended cuma mahal melampau.so lepas dah diskas2 ngan walid, kami decide to just grab this offer.mmg bargain la kan?ada la ummi terbaca2 what if nanti susu takde or etc.breastpump dah beli mahal2 huhu.tapi ada this forum kata kalau kita dah plan nak bf baby kita sejak pregnant and always think +ve bout it, inshaallah susu tu akan ada.ummi harap begitulah, boleh bf my lil miracle selama yg ummi mampu.amiin.apapun rezeki masing2 kan...ummi redha:) oh btw physically, my nipples dah bertukar wajah.haha.sekarang aerola(yg kaler itam keliling breast) dah makin besar diameter.ok tu pun nak cite ke lol
what else huh.haaa masa first trimester dulu, ummi memang pantangkan diri sendiri dari masuk kedai baju ibu mengandung, kedai barang2 baby eg mothercare, modernmum, 9months, motherclub etc etc.so baru2 ni ummi nye jeans dah takleh butang.zip pun kadang2 kena bukak separuh.boleh je nak pakai tapi nanti ketat sangat tak elok kat baby.so masuklah kedai2 ni nak usha stretchable jeans dan maternity blouse.blouse ummi takde masalah so far sebab ummi memang jenis pakai baju besar2 so kebanyakan baju masih ok.tp since sekarang tgh sale, so mungkin nak grab few by end of august.pakai nya mungkin bln 10 onwards...talking about baju, baju raya ummi tak beli lagi...walid kata pakai jubah je.huehuehue

oklah tu je kot.nanti ummi update lagi.this friday first apoinmen dgn Dr Seri.inshaallah doktor tu best dan kitorang leh ngam.dan mana tau leh nampak baby ada 'hotdog' ke 'burger'?heee

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 24, 2011

end of 1st trimester

subhanallah ummi ingatkan 1st trimester berakhir minggu depan.tapi bila bukak application 'what to expect' tghmalam semalam, rupanya semalam adalah hari terakhir.cepatnya masa berlalu ;( bitter sweet feelings...

jadi secara teknikalnya ummi dah masuk trimester kedua, alhamdulillah ya Allah atas kurniaan kesabaran dan kemudahan dalam mengharungi sepertiga pertama pregnancy.sungguh ummi merasa syukur.rasa tak percaya pun ada.allahuakbar..!

khamis baru ni ummi apoinmen dgn prof z.masuk2 terus scan.alhamdulillah, this lil miracle of ours have grown to a fetus.prof z tekan perut ummi dgn sonographer(kan?) tu dan memang nampak kepala, tangan, kaki badan.bila prof release sikit, nampak lil miracle berenang2 pusing2(kot) aktif la bergerak, alhamdulillah...perasaan yg sangat indah.huhu.then prof z measure kepala, badan, paha(ok yg ni mmg obvious dan sgt kiut.prof kata 'haa besar peha dia' haha mcm peha ummi la gamaknya ;p).everything in the supposed size.patut 12w4d tapi measurements mcm dah a week bigger ie almost 14wks, syukur:) lepas dah settle scan, dah duduk kat meja prof, prof kata "alamak lupa nak tgk girl/boy tadi.patut kalau boy boleh nampak dah".wohh awalnya kata ummi dalam hati.tiba2 mcm tak bersedia.takpelah, prof z kata nxt apoinmen boleh nmpk jelas kot hihi.siyesly prof z nampak sangat luarbiasa excited.though i'm maybe his millionth patient already.sigh

dalam masa sebulan, at 16wks+ ummi akan jumpa prof z lagi utk apoinmen terakhir(sedih!) sebelum meneruskan perjalanan bersama Dr Seri di PCMC.a week before that(at 15wks) mmg akan mula berjumpa Dr Seri dah alang2 wat apoinmen.so nxt month jumpa doktor 2x lah hehe...

Prof z akan bagi 'buku merah' juga during our last meeting next month inshaallah...

sebelum nak keluar tu terjadi lagi adegan;

"ok awak teruskan makan asid folik.dan duphaston ok.awak beli ubat kat mana?"

"kat sini lah.masa bayar.tapi takpe prof, ubat ada 2 kotak lg..."

"aik macamana boleh ada lagi?aritu saya bagi cukup2 sebulan kan?"

damn, kantoi di situ.silence.

"errr selalu terskip prof.kadang2 sehari sekali je makan.tak bolehla, duphaston tu buat jadi mual....yadayada(alasan)"

bermulalah episod 'kena sekolah' oleh prof z yg memang dah dijangka T_T huhu.so end up tak beli stok ubat baru.huhu I'm a bad patient sob2

p/s : ummi ada nak tanya uols.ummi ada beritahu yg ummi akan berhenti menulis bila dah masuk trimester kedua.apa pendapat uols ye?sebab mcm lg syok tulis sini drp blog lama ummi(yg dah 4bln tak update)...

hmm

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, July 21, 2011

testing puasa

ramadhan bakal menjengah kurang 2 minggu lagi.ummi dah mula gelabah.sebab apa?

- dgn kondisi ummi yg asik nak tidur ni, camna nak bangun dan masak sahur.woh mencabar ok

- dgn keadaan ummi yang asik nak makan je ie perut kena selalu terisi, sure pagi2 dah mula mual

- lepastu cpt penat.larat ke nak masak utk berbuka.errr boleh masak dah ke?hmm.larat ke nak tarawikh....

jadi, ummi amik keputusan utk testing puasa isnin baru ni.puasa sunat isnin.so kalau tak larat boleh buka...

malam sebelum tu ummi gagahkan diri (dan hidung) utk masak dinner, sekali utk sahur.bayangkan dekat sebulan tak masuk dapur huhuh.alhamdulillah berjaya ;p

esok pagi tu pulak prektis bangun sahur.masak nasi, panaskan lauk.sahur.punya la last minit still duk makan lg even dah lepas imsak.sabo je la huhu.tapi ummi sempat telan 2 cawan je air...

pegi ofis cam biasa.alhamdulillah pagi tu takde mual2.tapi elok pukul 11, ummi dah start pening2.makin lama makin teruk.sampaikan ummi tertunduk dpn pc sbb tak tahan sgt.kul 12 ummi masuk filing room aka surau and tidooo sampai kul 1.30pm.siap mimpi2 lagi....

bangun tu still pening.sampai kul 3 baru lah ok.syukur sesangat.ummi tak buka sebab ummi tak lapar or haus pun.cuma pening je...

balik tu sampai umah 6.15pm.alhamdulillah sempat masak gulai kurma daging, potong timun sikit dgn goreng cucur jagung.pastu walid tolong watkan sambal tempoyak..yumm.siap semua 5 minit sebelum berbuka, alhamdulillah......

saje nak dapatkan expectation kalu puasa ramadhan nanti.inshaallah dipermudahkan ...walid pun byk tolong ummi.inshaallah takde masalah.kalau boleh ummi nak puasa penuh tahun ni.macam tahun lepas(sbb 2010 ummi on lucrin)...

moga ummi and this lil miracle can survive ramadhan, amiiiin


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, July 20, 2011

my breakfast

saja letak gambar breakfast ummi pagi tadi....emm ekceli hampir tiap hari.hehehe


nasi lemak.ni yg bungkus kecik.tapi selalunya amik yg dalam tupperware tuh.banyak sikit.kadang2 ummi beli susu.selang seli dgn soyabean.pagi tadi saja beli 2 air kotak sebab homesoy ni sedapppppp...and paling penting, tak manis :) sekarang mmg tu brand fav ummi.kalau takde jual baru beli brand seasons....

ok entri takde halatuju, babai ;p

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 17, 2011

sharing the good news

jujurnya pembaca blog ni adalah yang terawal tahu ttg berita gembira ummi berjaya pregnan.yg pertama tau dah tentu family terdekat ummi yg ummi call sebaik terima berita tersebut.malam tu ummi update goodnews tu kat blog...

group seterusnya adalah ivf forumers dan kawan rapat yg sedia maklum ummi menjalani ivf...

jadi bila ummi betul2 selesa bgtau berita ini kepada umum yakni via fb etc?yup, baru minggu ini yakni minggu ke-13 ummi pregnan...itu pun kebetulan ada kawan yg taktau ummi rahsiakan terrrrpecah lobang kat fb ummi haha!

jadi, dah alang2 ummi ckp je lah terima kasih kpd ucapan2 tahniah yg menyusul lps tu.so hakikatnya ummi tak announce pun.terkantoi sendiri ;p

sebab ummi mmg dah sepakat dgn walid nak break the good news bila dah masuk 2nd trimester.tapi nampaknya terawal 2wks.takpelah, moga dgn kawan2 dan keluarga sedia maklum, mereka boleh mendoakan kesejahteraan ummi dan this lil miracle.....oh fyi, family belah walid pun baru tau minggu ni....masa 7wks tu FIL je yg walid bgtau - dan kami mintak rahsiakan dulu...

kenapa lambat announce?

sebab ummi bukan conceive naturally mcm orang lain yang lebih bertuah.jadi ivf ni risiko di awal kehamilan sangat tinggi.jadi nak elak ummi rasa down if anything bad happen etc (nauzubillah), ummi decide mcm tu...

kalau kat fb pun ummi cuba sebaik mungkin utk tidak meletakkan status yg annoying u-know-what-i-mean sebab;

1. ummi pernah ttc dan ummi pernah terasa 'menyampah' dgn status org2 pregnant yg kadang2 'mcm dia sorang je pregnant'...mungkin secara natural nya org ttc ni cpt sensitif esp dgn org2 yg mudah pregnant...

2. ada kalangan fb friends/family ummi yg masih berusaha utk mengandung.ada yg dah kahwin lebih 7 tahun.yg lebih 2 tahun lg ramai.jadi ummi faham perasaan mereka...ummi sentiasa cuba utk berjaga2 supaya tidak nmpk overexcited by finally getting pregnant...siapalah kita ni nak bermegah2 dgn nikmat Allah ni...sekelip mata je Dia boleh tarik kan?thats the least i can do to ease their pain.though they seemed happy on our pregnancy, deep down inside Allah je yg tau...coz i've been in their shoes....

wallahu a'lam....



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 15, 2011

bila ummi jarang update blog

....habis cacamarba.semua benda nak cerita satu entri.hihi

eh petang tadi ummi sempat lompat2 blog.alhamdulillah tinie dan cikcoklat dah pregnan ye:) ummi ucapkan tahniah, jaga diri elok2 tau... banyak jugak berita gembira ni-macam berjangkit2 pulak hehe.kat forum pun ramai yg ivf nya menjadi.ni semua berkat doa dan usaha.dan juga REZEKI...yang masih berusaha, teruskan berfikiran positif dan inshaallah ummi yakin ramai yg akan join ummi dan lain2 dpt baby 2012 :)

tiap kali lepas solat, ummi akan doakan rakan2, family2, blogger2, forumer2 yg masih mencuba akan berjaya peroleh zuriat...kadang2 kalau sempat, ummi sebut nama sorang2 tapi tak semua lah sebab dari kalangan kawan2 ummi pun ramai yg ttc.kaum keluarga pun ada jugak...moga kita semua boleh mendoakan sesama kita supaya kegembiraan ni semua dpt rasa.lgpun kan menambah umat muhammad:)

btw sekarang ummi selalu skip makan duphaston tu.sbb kadang2 bz sgt kt ofis smpi lupa.kadang2 takde mood sbb tekak ni buat perangai mengada taknak telan ubat.haih ummi2.....kawan2 lain jgn contohi ummi tau.kena rajin makan ubat ok...

pejam celik, ahad ni genap kandungan ummi 12wks yakni 3 bulan.subhanallah ujian mengandung ni sgt mencabar kesabaran kadang2 tu.sejak 11wks, ummi dah mula pening2.simptom2 aritu ada tapi kejap ada kejap hilang.

lepastu lagi satu dugaan adalah kulit ummi jadi kering sebab kurang minum air dan menyebabkan ummi punya eczema naik teruk kat kaki....





yg kanan tu dah tahap parah.kiri tu baru berjangkit dr kanan.haih.saja letak gambar sebagai kenangan ;p

sebelum2 ni pernah teruk jugak tapi ummi sapu elomet 2-3 hari reda.tapi sebab elomet tu org pregnan takleh pakai, jadi ummi bertahan la tiap hari menggaru sampai darah2 berair2.tak tahan sangat ummi pi klinik mintak ubat.


doktor bg h-cort cuma h-cort ni tak sehebat elomet la sbb slow sikit tindakbalas nya huhu

selera ummi masih tingtong.lama dah tak masuk dapur.rindu nak masak.tapi mmg sensitif dgn bau tu masih ada.huuu.ummi harap ummi dapat masak sepanjang ramadhan.tak syok la asik makan luar.....sian walid....btw pasal ops air sirap tu last2 mkn kt gerai order la.tp tak sama mcm yg dibayangkan haha.mcm2...

lagi satu obsesi ummi tiap hari adalah tgk saiz perut.pantang nampak cermin.mesti tgk dari tepi.sebab, perut ummi sekarang lebih kurang sama je besar ngan masa 8wks aritu.risau ok.huhu.pastu walid la selalu jadi mangsa "awk, perut saya kecik kan?"...."awk, kenapa perut ni tak membesar..."..."awk, haaaaa ni dah buncit sikit!"....hahaha sabo je lah...ni la dia kalau jarak apoinmen ngan prof sebulan huhu

next week ummi appoinmen dgn prof z.mungkin kali terakhir sebelum ummi tukar ke hospital yg ummi bakal melahirkan this lil miracle, inshaallah...fuh dah sebulan tak jumpa prof z bdebar lak nak ultrasound.moga kandungan membesar dgn sihat, amiin:)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 3, 2011

ops air sirap!

ummi ada masalah problem.dari pagi tadi duk teringat2 air sirap kaler tawar perasa pandan kenduri kawen punya.fuh.so dari pagi mmg excited la nak pi kenduri kawen kawan walid tghari td dgn harapan air sirap terhidang....

sekaliiiiiiii bukan air sirap.tapi air kordial anggur...

ummi sedih....nak kena scout kenduri kawen la nampaknya ni.mengidam ni pandai kan dia nak yang spesifik jek.walid kata dah kalau bukan sirap, nnt kita pi tapau air sirap.terus ummi describe nak kurang manis, kaler jgn merah sangat blablabla

tapi lepas kenduri tadi perut wat hal pulak tak dan nak singgah mana2 pas singgah hkl melawat anak buah...

tak dapat ini malam, esok kita operasi carik air sirap!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 29, 2011

w6 - w10 updates

meh ummi nak stori pengalaman awal2 mengandung.body clock ummi ni mmg punctual.elok ummi masuk 6wks, simptom tu datang tanpa segan silu iaitu mual2...huhu.beberapa hari sebelum tu, ummi siap cakap ngan walid, "haa kalau ikut kiraan, mggu dpn dah stat mual2.hope adalah rasa nausea tu, teringin nak rasa eheehhehe"....walid kata jangan mintak, dapat kang tak larat pulak.ummi sengih je;p

1. mual2/nausea
alhamdulillah Allah beri peluang ummi rasa apa yg org lain rasa.dan Dia tahu ummi nye kesabaran takat mana, ummi mual2 je, tak pernah muntah(as we speak), syukur...pagi2 time gosok gigi adalah kadang2 nak terbelahak tapi sampai merah pipi mata idung je lah.yg kuar nya air liur je.huhu.kadang sampai 5minit ngadap sink pagi2...so utk kurangkan mual2 ni, ummi kena makan selalu tapi sikit2.perut kena selalu diisi....

2. food aversion
walaupun kena selalu makan, tapi ummi tak suka makanan.kalau pi kedai, fuh selera zero.tapi kena jugak paksa diri utk makan.even sebelum ni fav food ummi, susah ummi nak berselera.to alhamdulillah once dah makan, ummi bolehla telan dan tak kuar balik.tapi portion separuh dari dulu2.cpt kenyang.haaa ummi ni kalau terlebih kenyang pun leh jd mual.so makan kena cun2 je taleh kurang taleh lebih...lg satu, ummi dah eksperimen yg ummi takleh accept cheese dan jugak any food yg kuat rasa bawang.fuh kalau makan ni, rasa tu akan stay kat tekak sampai malam sob2...

3. alahan kpd bau
ini antara simptom yg ummi paling lemah sekali.bayangkan, bau tumis or goreng2 sah2 tak boleh.bau kereta, bau foodcourt, bau rokok(ni sejak azali).even bau sabun mandi fav ummi pun ummi tak tahan.tapi nak wat camno.kena jugaklah letak sabun kan.bau kereta tu buatkan ummi rasa pening sampai kesian kat walid.sori ye yang...aritu walid ada belikan minyak cap kapak supaya leh divert bau2 tak sedap tu.tp kadang2 je menjadi hehe.oh disebabkan ini, dah lama jgk dapur ummi tu tak berasap....cian walid...

4. sleeping beauty
beauty lah sangat kan.ummi selalu rasa nak tido.tiap kali lepas zohor ummi mesti nak kena sandar lelap2 dalam setengah jam pastu baru lega.kadang2 depan pc pun jadik.dalam keta otw pi n balik keja tido.kul 10pm dah tido.weekend bangun lambat(eh ni mmg dari dulu hua3).memang mengantuk sokmo....

5. mengidam
ummi tak pasti betul ke tak ni mengidam.tapi ada satu malam ni ummi tiba2 je teringat kat umai2(spesifik yg kat offshore dulu) dgn nasi lalapan kat muara, miri.mmg sedaapppp.kalau ummi outstation kat miri, tak sah kalau tak pekena.so masa tu dah 1130mlm.walid pun dah lena.ummi teringat terus ummi google dekat sejam jugak carik kat mana ada jual yg sama dgn umai2 dan lalapan area kl ni.siap post status kat fb.tapi mmg takde.teringat ada kawan nak balik dari miri esoknya tapi macam melampau je nak suh tapaukan.ummi takleh tidur.asik teringat.terus jadik lapar..last2 tlelap jugak.esok tu terus pi makan ayam penyet.huhu wp lain dari lalapan tapi bolehla dari takde...(damn duk taip ni teringat balik lalapan.huhuh)....selain dari tu ummi teringat2 kari daging mak ummi.kari tu lauk the day before tapi rasa sedap gilaaaa.balik tu, esoknya ummi sms mak ummi cakap teringat lauk kari daging mak.tapi nak yg kari semalam tak nak yg kari baru masak.yakni kena simpan sampai esok.haha tapi ummi berjaya mengatasi rasa teringin itu sbb taknakla susahkan mak (ok sekarang terbayang balik kari daging itu...huhu)...

6. suka nangis
tapi nangis sorang2 la.acara malam2.mostly sebab rindu parents(boleh?).atau teringat family....padahal tiap minggu balik shah alam.mmg best nangis ni...rasa lega~

tapi apa2 pun ummi tulis kat atas ni bukanlah ummi merungut.ummi bersyukur akhirnya setelah 2 tahun setengah menunggu, ummi diberi peluang olehNya utk merasa 'nikmat' ini.pernah satu hari ummi ditarik 'nikmat' ni, ummi rasa sihat gila tak mual lansung.ummi dah tak keruan.siap dah plan nak beli UPT balik dari ofis nnt.tapi time lunch, ummi rasa mcm nak muntah n loya2...huhu ummi legaaaa sesangat.boleh x.rupa2nya simptom ni come&go.ada hari tghari baru dia dtg.tgk orang la kot eh...umpamanya bila ummi ada simptom ni, ummi tau yg this lil creature inside me is growing healthily(inshaallah)..

dan alhamdulillah Allah kurniakan bg ummi yg plg mild lah sbb ummi takde muntah2.masih boleh pi ofis wp ada rekod 2x EL sbb xlarat pagi2...syukur...takde sampai pi hospital masuk air... syukur sangat2....

so apa pun.ini mungkin baru orientasi.banyak lagi yg bakal ummi tempuh inshaallah akan dipermudahkanNya...

terima kasih kerana sudi membaca.ya, ummi sentiasa doakan rakan2 disini akan melalui sendiri apa yg ummi cerita diatas ;p (ke ada yg taknak?hehe)

ok love uols gudnite!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 23, 2011

8w5d

salam semua :)

rindu kat readers...
rindu nak bloghopping...
rindu nak menulis kat blog sendiri...
banyak benda ummi dah draf dalam kepala ni tapi tak tertaip2...
takpe ummi jenguk dulu...

alhamdulillah tadi ummi dah scan, this lil miracle has grown as he/she supposed to...ummi now dah 8w5d, syukur... :) next meet up will be in one month time...
long way to go...
thanks kat semua yg mendoakan...yang email ummi tak putus2...yang tinggalkan komen kat entri sebelum ni...u're the sweetest!!

sebelum ummi akhiri entri ringkas ni, ikuti sedikit adegan di klinik beberapa jam tadi,

(ummi dan walid duk belek kalendar prof yg bulat leh pusing2 tu...prof tgh tlg nurse key in nxt appointment date kat komp)

ummi : ooo awal feb la yang....ingatkan akhir jan...
prof (menyampuk) : buat apa tu?kira due date ke?
(kami sengih..)
prof : tak yah kira..jauh lagi ni...16minggu nanti baru fikir...sekarang ni masih kritikal...
kami : ok prof....baeklah..............


huhu...ya kawan2 senasib, sekarang belum boleh begitu gembira....ummi baru halfway ni...ada 8wks lagi....doakan ye :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 10, 2011

ivf/icsi - ultrasound (32dp3dt)

bismillahirrahmaanirrahim...

alhamdulillah appointment dgn prof tadi berjalan lancar.ummi datang awal hari ni.kul 3pm dah terpacak kat lvl 7 tuh.tapi kul 5pm baru nampak prof masuk.sudahnya kul berapa tau dapat jumpa??pukul 7pm uols!hehe memang perasaan berdebar ni kejap ada kejap hilang kejap berdebar gila tak lama pastu buat tak tau je.huhu bajet datang awal leh lah shorten the nervousness kan....

masuk bilik prof, kena sesi soal jawab seminit dua.prof tanya breast sakit ke tak.YUP.ada bleeding ke tak.NOPE(alhamdulillah).ada rasa kerap nak kencing ke...sambil belek2 fail ummi.oh btw hari ni ummi dah 32dp3dt :)

then prof suh ummi pi siap nak ultrasound.ummi siap tanya scan atas ke bawah prof.pastuh prof kata atas la takut kalau ada yg jadi kang kacau pulak.so....scan....(masa ni ummi nya degupan jantung Allah je yg tau laju camane)..

"haaaaaa tu saya dah nampak..." kata prof sambil senyum lebar..

"mana prof mana..." kata kami

"tu nampak tu.satu je la...lagi 2 tu ni ha..macam dah reput kantungnya...."

"alhamdulillah....." kami bertiga tak berhenti bertahmid...


(tapi ummi sebagai pakar research dan penggoogle terulung, ummi tak puas hati selagi tak nampak heartbeat...)

"errr prof, boleh nmpk tak heartbeat dia?"

prof tekan perut ummi kuat sikit...

"haaaa tu....nampak jelas kan....." kata prof


subhanallah....jelas nampak degupan baby tu laju.macam nak nangis rasa.ummi memang speechless.ummi tgk walid dah senyum sampai telinga.tak henti2 ummi dan walid panjatkan kesyukuran....ukuran saiz kandungan lebih kurang sama macam kiraan dari umminya last period (i'm into week 7 inshaallah).

:)

selesai ultrasound, chit chat dgn prof.prof suruh jgn miss amik ubat duphaston, uterogestan sampai 16wks.asid folic pun jgn tinggal.prof kata sebab masa OPU tu semua folikel dah diambil, jadi badan ummi ni dah takde progesterone.so duphaston tu yg akan bekalkan hormon tu.sbb tu kena makan takleh ngelat...

memang jelas nampak prof gembira sangat dan akhir sekali prof ucapkan tahniah.we're gonna meet him again in 2wks inshaallah:)

thank you friends for the du'a and concern....ummi akan terus menulis dalam blog ni hingga melepasi trimester pertama inshaallah memandangkan ummi rasa penjagaan post-ivf pun perlu disharingkan jugak.ye tak:) bak kata prof tadi,
"lepas 16minggu, baru betul2 boleh selesa.nxt critical milestone lepastu adalah 32minggu" - kalau dalam Quran, 16minggu adalah tempoh bayi ditiupkan roh(ie 120hari)...

ummi doakan kawan2 semua juga akan melalui saat manis seperti ini tak lama lagi.ummi tahu semangat org ttc ni luar biasa kuatnya.dan doakan ummi dapat lalui baki 33 minggu ini dengan selamat dan lancar....amiin ya allah


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, June 4, 2011

ivf/icsi - adakah?

hari ni hari ke-26 selepas ET.sejak dari semalam, tekak ummi rasa tak sedap.tapi makan masih ok.takde rasa nak muntah alhamdulillah.sebab i need my appetite so that i can eat healthily inshaallah...

semenjak ET ummi memang tak buat kerja rumah.walid yg banyak tolong.memang rasa helpless sangat sebab hakikatnya ummi boleh je nak buat cthnya basuh baju or sidai baju.cuma bila fikirkan semua tu kerja2 berat, ummi kena pasrah la.serahkan semua pada walid.don't want to risk anything....

even masak pun ummi buat dgn pertolongan walid.mcm angkat periuk yg berat ke.etc.kadang walid buat sorang kerja kat dapur dari a sampai z.alhamdulillah walid sporting sangat...*thank u dear

tadi ummi masak kari ketam.harapnya ummi boleh makan.tapi masa nak rasa masin kuah tadi, ummi rasa macam uwekkk apasal rasa tak menggambarkan bau yg sedap.macam kalau kita demam, kita nampak makanan tu ya Allah sedapnya tapi bila rasa payau subhanallah.so last2 ummi suruh walid tolong rasa.sedap je dia kata....walid kata ummi dah mula morning sickness....deep down my heart felt the same way but I'm in denial....petanda lain yg ada spt ummi cepat letih ie kul 11pm ummi akan totally flat.kalau dapat bantal memang terus berdengkur....selalunya ummi akan tunggu jugak walid siap keje ke apa tapi sejak seminggu baru2 ni kejap je baring dah 'pensan'....tapi.ummi.masih.in.denial...

sebab, simptom macamni wat ummi berharap.ummi tak suka bila berharap.lagipun bila tgk perut ummi, makin hari makin kempis.huhu ada 6 hari lagi sebelum appointment scan dgn prof.boleh je nak UPT tapi takpelah tunggu je lah.bak kata walid, "dua tahun kita boleh tunggu, ni tinggal berapa hari je lagi.sabar k...."

baiklah, ummi sabar.....................*sabar mode on*


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 29, 2011

ivf/icsi - kos di MAC HUKM

maaf sangat pada yang mintak kos ni.baru hari ni dapat ummi duduk bersama2 laptop dan resit2 ni ha.hehe.hajat dah lama nak wat.yelah nak tahu jugak berapa kami dah spent so far kan.tapi kejap resit tinggal lam keta la, tu la ini la...hehe

so inilah kalkulasi nya, ummi buat khusus utk ingatan ummi, walid dan juga utk berkongsi maklumat dengan rakan2 sekalian.mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam membuat perancangan ataupun pemilihan pusat ivf selepas ini, inshaallah...

alhamdulillah tak sampai rm9k pun rupanya.baru hari ni ummi tau sebab selama ni main congak2 je..

sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan di ruangan komen ok.hehe..

xoxo

Thursday, May 26, 2011

ivf/icsi - Pregnyl & fibroid

sape nak dengar cite horror angkat tangan!

huhu sepatutnya malam ni last ummi injek Pregnyl.tiap kali lepas cucuk Pregnyl, beberapa jam lepas tu ummi akan rasa cramp yg melampau mcm nak period pun ada, macam banyak angin pun ada....ummi cam ignore je sebab ingatkan normal sbb dlm 15min gitu je pastu tak sakit dah..

tiba2 td ummi teringat fibroid ummi yg nurse kata kecik tuh.ummi risaula fibroid tu yg duk memulas kan.so ummi pun terus gugel side effect Pregnyl.nak cari ada ke kesan dia adalah perut cramp.tapi tau tak ummi terjumpa apa?

Do NOT use Pregnyl if:

you are allergic to any ingredient in Pregnyl
you have androgen (male sex hormone)-dependent tumors, prostate cancer, an active blood clot(s), brain lesions, an enlarged ovary or ovarian cysts, uterine fibroids, or an enlargement or tumor of the pituitary gland


huhu.gelabah tak korang kalau jadi ummi.ummi terkilan sgt sbb mcmane HUKM boleh tak perasan dan bg ummi Pregnyl tu.total dah 25000iu tau masuk lam badan ni!!ataupun bahawasanya fibroid tu kecik sgt dan boleh diabaikan???

ummi dgn kegelabahan tetapi menten macho pun terus sms prof tanya pasal ni.ummi taknak call sbb ummi tau masa tu prof tgh klinik...tapi sampai di saat ini sms ummi tidak dibalas.prof busy mungkin...

so ummi ngan walid decide takmau amik jab yg last ni.lagipun ummi dah cek dgn patient prof yg telah berjaya melahirkan kembar(waving at illa ;p) yg dia dulu prof tak beri pun Pregnyl lepas ET....

ummi harap keputusan dan instinct ummi utk tidak cucuk pregnyl yg terakhir ini tepat.ummi masih harapkan yg terbaik dr ivf ini.ummi percaya kuasa Allah tu mengatasi segala2nya, inshaallah...

peace yaw!

*Updated 27 May*
prof dah reply.prof kata tu bukan sakit sebab pregnyl.tapi sakit folikel.ummi call MAC klinik, Dr Hari pun kata camtu.don't worry about the fibroid katanya.dan dia insist suruh completekan Pregnyl jab.so yeah,mlm ni ummi akan injek Pregnyl tu.huhu.tp tahan la perut dah mcm org pregnant 2 bulan ni.huhu.tu la pandai2 lagi nak jadi doktor sambilan padahal subjek biologi pun tak pernah amik.haha.tapi ummi masih tak pasti kenapa org yg ada fibroid tidak dibenarkan amik Pregnyl...kenapa???kenapa???*bunyi gema*

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, May 24, 2011

ivf/icsi - surviving 4ww

ummi sedih....sebab semalam ummi taip panjang2 lepas tu ummi tak sempat save habis hilang.....haish...

anyway...tak boleh sedih2.kena happy2 je kan hehhe.alhamdulillah hari ni hari ke-15 selepas transfer.period ummi kalau ikut jadual berkala adalah sabtu lepas.tapi yelah, bila badan ni dah disumbat dgn segala macam hormon, takleh pakai jadual berkala tu.haaa kalau ikut rutin ivf di tempat lain, semalam hari terakhir ummi 2ww....syukur!dan biasanya sesiapa yg buat ivf inilah masa yg ditunggu iaitu tak lain dan tak bukan, BETA test..

TAPI !!!

sebab HUKM ni buat appointment sebulan lepas transfer, maka ummi kena bertahan lagi 2ww.jujurnya, separuh masa kedua ni lagi mendebarkan!!!sebab apa?tiap kali terasa apa2 kat tuuuut, ummi berdebar.nak pi toilet je berdebar.nak bangun pagi je berdebar.sebab 2ww second half ni ummi dah due period.allahua'lam apa yg terjadi dalam womb ummi.tapi ummi still ckp2 dgn babies ummi.sebagai semangat ummi...kalau baca Quran pun ummi usap2 perut.kalau kat ofis ummi letak earphone kat perut kasi babies dgr yaasiin...sambil bgtau supaya depa membesar dengan sihat inshaallah...

simptom?sejak 8dp aritu start cramp2 kat perut.angin banyak kat perut.semua simptom nak period tu ada dah..tapii spotting takda lansung.nada.

doakan ummi sabar utk mengharungi 2ww second half yg mendebarkan ni.tapi ummi percaya dgn rezeki Allah.tiap hari dalam pada ummi berdoa supaya ivf kali ini berjaya, ummi turut berdoa yang ummi dan walid dikurniakan ketabahan utk menghadapi ujian2 drNya(cthnya kalau diduga dgn kegagalan ivf ini)...

Xoxo!!
- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, May 17, 2011

ivf/icsi - post transfer medicines

ok meh nak stori pasal ubat2an post transfer.hehe.masa dapat list daripada embriologist tu menggigil la jugak.lepastu lama2 rasa dah terbiasa...alhamdulillah

1. Ventolin
ada gambar dalam entri lepas.kecik je kaler merah.ubat ni utk relaxkan otot rahim.mula makan drpd malam sebelum transfer, 3x sehari.ubat ni klinik bg stok utk seminggu je.semalam dah habis:) kesan sampingan dia adalah ummi shaking/menggigil sikit...but bareable la..

2. Duphaston
ni kalau tak silap ummi utk menten ketebalan rahim utk support embryos.pun makan 3x sehari.saiz besar sikit dari ventolin.kena makan mula dari lepas OR sampai la apoinmen dgn prof bulan depan, inshaallah kalau cik p tak mai huhu






3. Utrogestan
vagina route 3x sehari.lepas dah masukkan tu ummi akan baring lebih kurang sejam.sbb kalau tak dia tak sempat dissolve nanti dah keluar huhu.even baring lepastu pun still akan ada kuar sikit2 kat panties.embriologist tu kata takpe jgn sampai terkeluar seketul camtu.ubat ni utk kuatkan rahim jgk.kalau org yg pregnant pernah ada history miscarriage, gynae akan bg utrogestan.mcm duphaston, kena teruskan sampai apoinmen bulan depan..



4. Pregnyl shots
tiap isnin dan khamis sampai cukup 6x.tapi masalah problemnya adalah tak boleh buat sendiri.kena buat kat klinik.so khamis lepas ummi berusaha la mencari/menggoogle klinik yg doktor perempuan shif malam.memilih sebab kena cucuk kat bonts.selama ni kalau pi klinik malam2 mesti doktor lelaki tua berumur.tak selesa la pulak kan.so alhamdulillah jumpa pun kat klinik2 area sini.bila turn ummi, ummi masuk bilik doktor....
(cerita la pasal nak kena jab semua....etc)
"ooo awak tinggal kat xxx apartment ke?" dia tgk form details ummi...
"a'ah kenapa doktor?"
"saya duk tingkat 5.nxt inject isnin depan ye?awak datang rumah saya je lah...takyah datang klinik..precious pregnancy ni...."

whoaaa ummi sangat excited sbb ummi mmg bad mood sgt mlm tu sbb kena pi klinik semata2 nak kena injek.sah2 kena byk jalan kan.huhu.bila doktor tu cakap gitu terus ummi lega dan terharu sebab Allah permudahkan urusan ummi nak ambil jabs ni...syukur:) btw rupanya Dr Nora tu pun kerja kat HUKM.kat klinik tu wat part time je hihi....what a small world kan....oh HCG Pregnyl ni adalah hormonal jab utk kuatkan rahim jugak.ni juga yg mnyebabkan UPT takkan bagi accurate result...hmm

5. Folic acid
macam biasa la.tiap hari sebiji...:)

salah satu side effect ubat2an dan hormonal shots(since day2 tu), muka ummi naik breakouts sikit.pimples.huhu.other than sore breast/nipples...

so that's about it.yes, ivf is all about shots, medicines, hormones, lots of restssss and .......

allahua'lam, kita usaha yg memberi adalah Allah...dgn izinNya...

Monday, May 16, 2011

caca marba

hari ni genap seminggu ummi ber2ww.perasaan?entah kadang2 rasa relax je(tak stres, syukur).tapi ada masa tu ummi cuba baring in a total silence just to listen/feel to any twinges inside my womb - but nada.nothing.feels like there's no 'activity' inside.sigh sigh...ummi kena cuba utk berfikiran positif...positif!google mmg jadi besfren la sejak mc ni huhu

sure semua tau pasal blogger problem weekend aritu kan.habis semua komen kat entri sebelum ni hilang.sob2.nnt ada masa(haha) ummi copy dari email masuk blk comment kamu2 ye.ada yg ummi tak sempat reply lg pun.huhu

weekend baru ni family ummi datang rumah.best sangat!!!ummi semangat masak sup tulang.dengan bantuan walid.simple je sebab rebus2 je kan.the rest tu ie juadah lain tu family ummi tolong2.syok sesangat.tghmlm tu ummi flat!ceh macam buat keje pon tp ummi letih sbb mebi gerak lebih dari biasa..walid and family ummi banyak sangat tolong.ummi happy sangat dapat jugak kumpul ramai2 :) alhamdulillah....

hari ni ummi cuti lagi.pakai annual leave sebab esok pun public holiday kan.alang2.tapi pagi tadi office kejut ummi.lepas satu2.after wat few phonecalls and replied emails, baru ummi bangun pi mandi....

oklah entri santai ni.saja je dah lama tak update.next entry ummi cite pasal ubat2an ye....

xoxo ladies!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, May 12, 2011

ivf/icsi - 2ww (incubating)

hari ni hari ketiga ummi dalam 2ww.rasa perlahan sungguh masa berlalu...

anyway ummi bukan nak cerita pasal 2ww sangat sebab semua pun mesti sedia maklum yg ummi akan duk saja je kat rumah trying my best to relax huhu

salah satu hobi ummi adalah membaca forum2 berkaitan ivf tak kira la locally atau overseas...so masa forum hopping, ummi terjumpa sesuatu yg sangat menarik...

this is what happens in a 3dt :

1dpt ..embryo is growing and developing
2dpt... Embryo is now a blastocyst
3dpt....Blastocyst hatches out of shell on this day
4dpt.. Blastocyst attaches to a site on the uterine lining
5dpt.. Implantation begins,as the blastocyst begins to bury in the lining
6dpt.. Implantation process continues and morula buries deeper in the lining
7dpt.. Morula is completely inmplanted in the lining and has placenta cells &
fetal cells
8dpt...Placenta cells begin to secret HCG in the blood
9dpt...More HCG is produced as fetus develops
10dpt...More HCG is produced as fetus develops
11dpt...HCG levels are now high enough to be immediately detected on
HPT


Note -
3dt : umur embrio semasa di transfer ie 3days

dpt : days post transfer

maka, barulah ummi faham yang 4 hari pertama embrio dalam rahim ummi ni sebenarnya depa masih struggle utk membesar dan develop.mula hari ke 5 baru embrio ni mencari2 tempat utk implan di dinding rahim ummi yg paling selesa (inshaallah).

dalam ertikata lain, hari pertama ke hari ke 4 selepas transfer, rahim ummi berfungsi sebagai incubator ie i'm incubating my embryos right now!!!subhanallah....

bermakna tempoh menempel ie yg paling kritikal akan berlaku (dgn izinNya) pada hari sabtu hingga isnin ini, subhanallah maha suci Allah....

for now, am enjoying my 2ww...huhu.till nxt entry ladies!
:)
- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, May 10, 2011

ivf/icsi - embryo transfer

bismillahirrahmaanirrahiim...

:):):) *senyum dulu..kasi +ve energy skettt hehehe*

alhamdulillah mcm yang ummi tulis kat shoutbox sebelah ni haa, 3 embrio dah selamat di transfer ke dalam rahim ummi semalam...

tapi mcm biasalah kan.takde drama tu bukan ummi lah namanya huhu...

kan dalam entri OR yg lepas ummi ada bgtau yang kami kena tunggu panggilan dari klinik hari ahad tu kan?

so bangun pagi hari ahad tu penuh ceria dan pengharapan la....siap pagi tu walid ajak tgk Fast&Furious5 kat times square (movie last sebelum 2ww) and dating2 kat sana....habis movie dah nak dekat zohor...kitorang both tgk hp kot2 ada miscall dari klinik....tapi kaciwa...

so pergi la surau...habis solat pun takde klinik call.lepastu muka masing2 dah cuak sebab dah kul 3 masa tu....takkan embryologist kat klinik lg di hari ahad kan.walid cadangkan supaya try call klinik.ummi ni in denial so ummi kata tunggu lah kul 5....masa ni mood memang dah zero nak jalan2 kat mall tu.hati tak keruan.kepala dok bayang yang takde embrio yg menjadi :(

balik rumah, belek hp lagi....sampai tertidur kami.maghrib baru tersedar.....sedih yang amat...masa ni dah terfikir....kalau betul ivf kita sampai sini je, kami terima....

malam tu ummi masak dinner cam biasa.dan wat rutin ahad malam ie gosok baju kerja utk seminggu, sbb kalau bukan isnin ET, kenalah pergi ofis,kan?

tghmalam sikit tu ummi terbaca dlm forum pasal sorang forumer yg buat kat HUKM jgk yg klinik terlupa nak call dia.tiba2 hati ummi kuat rasa yg mungkin ummi pun mengalami nasib yg sama.so, ummi pun just telan je ventolin yg sepatutnya makan a day before transfer tu...tawakkal 'alallah.....

tidur malam memang tak nyenyak.bersiap dgn baju ofis muka ummi ngan walid kelat semacam.plan kami adalah nak call klinik tepat kul 8am bila klinik bukak....

dah kul 8, walid parking tepi jalan, berdepan dengan hospital pusrawi...ummi call dgn loudspeaker...

"hello...saya xxx.saya buat OR jumaat lepas.patutnya pagi ni saya ET tapi semalam klinik tak call.ET saya masih hari ni ke?"

"oo kejap ye saya tanya embryologist....."

(3 minit berlalu....)
tiba2 dgr suara nurse kat blkg "laa kenapa tak inform dia semalam......ok...ok..."
ummi dah boleh senyum sikit...

"puan, ET puan petang ni ye.2.30pm.kul 2 camtu standby la kat sini ye...prof ada jaga xm pagi ni so kena defer petang...."


PHEW!!!!!

berkali2 ummi ucap syukur....terus lepastu patah balik, singgah breakfast dan balik rumah.kat rumah ummi sempat vacuum dan mop satu rumah.basuh2 baju..duk bayang nanti dah kena terbaring je....sian lak walid....

dalam kul 2.30pm baru sampai klinik sebab pi makan la, solat la...prof pun tak datang lagi masa tu.so ummi just minum air mineral, penuhkan bladder....

kul 3.15 camtu embryologist panggil suh tukar baju OT.ada 2 orang yg ET hari tu...ummi yg the 2nd and the last, alhamdulillah........3.30pm ummi dipanggil ke OT.masuk2 je ada Dr Hari(doc indian yg pickup telur aritu)...prof dalam changing room.bukan main lagi menyanyi2...ummi pun tegur,

"amboi prof...happy nye...menyanyi2..."
"mestilah happy2 kan nak jumpa baby...kena happy"

haha saborjela.pastu embryologist panggil walid masuk jugak..masa tu baru diberitahu yang...

daripada 10 oocytes, 8 yang di-ICSI-ed, 5 yang fertilized....alhamdulillah syukur.... :)

so embriologist tu viewed all the 5 embies kat skrin utk kami semua tgk dan utk prof pilih...subhanallah.....ummi dapat tgk sendiri rupa embryos ummi...


ni antara yang cantik dan dipilih utk ET



ni yang tak berapa bagus grade nya dan tak akan dimasukkan
(pix courtesy walid yg cool ;p)

prof dah pilih2 semua, maka operasi ET pun dijalankan.utk pengetahuan semua, prof masukkan embies; 2 Grade 1 dan 1 Grade 2...Dr Hari ultrasound ummi utk guide prof masukkan catheter ke dalam.subhanallah boleh nampak embies tu masuk blub blub blub ke dalam....

alhamdulillah 3 minit je setel semuanya..prof recite doa dan usap perut ummi lepas aminkan huhuhu.....*terharu.ni lah sonogram nye...


yg hitam kiri tu bladder.yg dicircle tu adalah the embies, white in colour...verrrrryyyy tinnnnyyyyyyy.....

ummi dibiarkan baring kat katil OT tu sampai kul 5.30ptg....syukur:)

alhamdulillah.... walid diberi mc sehari dan ummi diberi mc sampai jumaat...

sebelum balik,kena inject Pregnyl kat bonts dan diberi ubat macam2....huhu...nanti ummi wat entri ubat pulak ye....

tapi balik tu ummi byk gak berjalan...nak gi ke lobi,dari parking umah ke lift..jalan2 dlm umah.mandi, solat...eh selamba je isk...tapi semua dalam mode slowmotion laa....hope tade pape

alhamdulillah .....looooooong journey ahead....doakan ummi ye......

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, May 7, 2011

mothers day

happy mothers day to all mothers and future mothers out there!!! :)

moga usaha, kesabaran dan pengorbanan kita utk bergelar ibu, Allah akan kurniakan pahala walaupun tidak sehebat pahala ibu sebenar....amiin:)

Friday, May 6, 2011

ivf/icsi - oocytes retrieval

macam biasa hari penting la nak terbangun lambat huhu....sudahnya sampai kul 8.30pg kat klinik...nurse suh datang kul 8 aritu.takpela prosedur pun kul 9.30....takdela lewat sangat...

kami isi dan sign consent form.lepastu around 9 tu ummi dipanggil utk pegi toilet(kosongkan perut wp mmg dah puasa since the night before) dan salin baju OT...

sampai ke kul 9.30pg tu takde org datang jenguk ummi.saborjela...sempat la baca2 ayat kursi, surah pendek dan istighfar byk2.nak dekat kul 10 tu baru ada nurse datang nak pasang IV.sakit gaklaaa.parut IV dua bulan lepas pun tak hilang lagi huhu

alhamdulillah prof datang pun lepastu dan suh nurse bwk ummi ke bilik OT...

lepas dah dibaringkan dan dika*gka*gkan, ummi kena biar lagi.ya Allah segan gila kot.tapi bila bayangkan nak beranak nanti akan lalui menda yg sama malah lagi teruk, ummi kuatkan semangat.takleh lembik2 huhu

lama sikit tu nurse datang.dia kata dia nak masukkan ubat tidur (via IV).beberapa saat pastu ummi tertidur....

TAPI TAK LAMA....

ummi tersedar masa tgh2 prosedur.sakittttt sangatttt masa doktor nak suck the eggs!!!ummi banyak kali jerit...selang2 tu mintak nurse tambahkan dos ubat tidur----tapi tak dilayan....kecik ati ummi.sakit sangat sampai ummi rasa macam tgh meroyan ala2 bi*tch.tapi tadela sampai mencarut....btw yg wat prosedur ni bukan prof..tp ada this indian doctor...dia cakap "ok this one last ok...".ummi dengar macam 10x dia cakap macam tu sebab rasa macam tak sudah2....huhu

at last settle pun.ummi dipapah balik ke katil dan nurse suh ummi tidur sambil lampu semua ditutup.selesa sangat!!terlupa kejap adegan meroyan tadi huhu

dalam pada tu walid kena settlekan payment dan bagi sampel semen, around 10am camtu.almost 11 tu walid disuruh balik sebab nurse kata kul 3 baru ummi leh bangun...lgpun walid kena mandi dan solat jumaat...

ummi dikejutkan dekat kul 3....mamai2 salin baju, perut lapar sangat...alhamdulillah perut tak cramp sgt....

lama sikit tu walid sampai...nurse bagi mc kat ummi ngan walid.yay!lepastu bagi ubat duphaston(kuatkan rahim) dan ventolin(calmkan uterus sblm ET)...total utk hari ni adalah RM3240..






so mesti uols tertanya2 kan berapa yang dapat...hmmm...alhamdulillah dari 10 telur yang diambil, 6 adalah matang....sekarang kami kena tunggu panggilan klinik ahad ni utk tau berapa embies yang jadi....

tentative ET adalah pada hari isnin ni, D17....ummi berdoa banyak2 agar banyak embies yg berkualiti......amin2...

sebelum balik tu ummi tanya jugak kat nurse tu kalau rasa macam nak OHSS kena buat apa...nurse tu cakap,
"ala jangan risau.awak ok punya.telur awak sikit...OHSS tu kalau telur lebih 20biji...awak punya tadi takde yg tercicir pun..semua dah ambil....cramp sikit2 tu normal..."

p/s : malam ni dah mula cramp kat perut macam senggugut...hope esok sakit ni hilang.....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 4, 2011

ivf/icsi - TVS ke2 dan ke3

TVS D9
seperti yang ummi letak kat sidebar, D9 ummi pegi scan

kali ni yang buat embriologyst/sonographer(dah tau dah jawatan cik scanner hihi) lain.bukan yang masa D6 aritu.yang first tu tanya 2 soalan cepumas tu kan.wah3 cik sonographer yg ni lagiiii banyak soalan dia...siap suruh ummi tgk skrin dan tanya ummi nampak tak apa yg dia nampak dan betul ke apa yg dia nampak....ummi tergelak je dalam hati...nak je cakap.."kalau cik tak faham,saya ni lagiiii la cik oi..."

thing is, perut ummi ni dah tiga kali kena 'godek' ie surgery.even prof pun kata area rahim ummi ni dah massive dah sebab laparotomy 2005 dulu, tambah dgn endo yg berselirat.masa prof buat TVS kat ummi dulu pun prof kata dua2 ovari ummi dah diikat kat bawah supaya senang nak pickup telur(dibuat oleh gynae yg buang endo dan kata tiub dua2 tersumbat tu, tahun 2010) sbb ivf je cara utk pregnant...

so, any sonographer pun ummi rasa akan konfius dgn 'susunan' organ dalaman ummi hihi.inikan pulak ummi sendiri!!sabar je lah...

lama gak la dia godek ummi nye tuuut sambil dok kerut2 kening tgk monitor....

last2 dia cakap "takpelah, saya amik je saiz2 folikel yg nampak...tapi mmg puan ada hydrosalpinx dua2 belah tiub ok..."

so that's what she wrote on the blue form...

and btw ovari kanan ada folikel sebenarnya...masa D6 tu dia menyorok kot hihi
paling besar telur adalah 19mm, alhamdulillah...ada lebih kurang 8 biji dah menunjukkan diri.....
endometrium thickness sudah 10mm :) kos utk hari ini adalah RM60(scan) dan RM300(utk Orgalutron x 2)...Puregon ada baki satu kali cucuk lagi so takyah beli lain...

TVS D11
adalah hari ni!ummi mmg berserah je la.ummi cakap kat walid masa malam sebelum tu, "haih apa lagi la yg dia nampak masa scan esok..."...ummi dah pasrah dah..walid sabo je mendengar...luv u bebeh!!!;p

ummi dapat turn no 2 sbb sampai sebelum kul 8 lagi.kena datang awal sbb hari ni tak amik cuti...

guess what, sonographer kali ni tak bercakap sepatah pun!ok tipu masa first glance kat monitor dia cakap,"wahh cantik...".ummi rasa dia refer kat telur ummi yg dah besar2 huhu.the rest of the time dia silent.senyappppp je.berkerut muka pun tak..ummi sukaaaa sebab ummi tak stress huhu...

siap tu, ummi tgk telur ummi paling besar dah 24mm...tebal dinding rahim dah 11.6mm.konfirm dah kena set date OPU nih....

tepat seperti yg dijangka, hari ni adalah hari terakhir ummi ambil Puregon dan Orgalutron.....syukur ya Allah!!OPU dah set pagi jumaat ni...9.30malam ni ummi kena ambil one final jab ie Ovidrel (utk pecahkan telur)....


kos utk hari ni adalah RM1190(Puregon 100iu, Orgalutron, Ovidrel, downpayment OPU)....

and then fill up forms utk OPU...utk OPU kena prepare RM3200(OPU+ICSI)....

alhamdulillah...ummi nervous jugak.tapi ummi dah mula jadi ummi kena habiskan...inshaallah, di hari jumaat yang penuh barakah, moga semuanya akan berjalan lancar dan oocytes banyak yg jadi,amiin:)

thanks to all ttc friends for the support and love.......moga usaha ini dipandang Allah dan dikurniakan kekuatan/ketabahan...still long journey ahead...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 1, 2011

ivf/icsi - traveling & ubat2an

alhamdulillah ummi dah selamat sampai kl kul 8.15pm td...

ha meh ummi nak cerita pasal bawak ubat2an berjalan jauh..

kena bawak dalam icebox ye kawan2.travel malam takdelah risau ais cpt cair.lagipun letak icebox tu betul2 kat depan aircond....

jumaat tghmalam kami bertolak dari rumah.bajet tak banyak keta la kat highway.sekali, banyakkk sangat kereta.walid kalau bawak kereta slow2 dia akan mengantuk.so sampai RnR Sg Perak dlm kul 3am tu, kami tidur sampai subuh dalam kereta!ummi mmg dari kl dah start berdengkur dah, tak larat sesangat.so sampai Sg Perak tu mmg lagi sedap la tido....

selesai subuh, kami pun sambung perjalanan ke taiping yg tergendala td.ummi dapat idea iaitu singgah mana2 injek siap2 sbb nnt dah sampai rumah sedara mara ramai mesti kelamkabut..
so next thing I know, kami dah kat perkarangan sebuah masjid.maka bermulalah operasi injek menginjek haha.kalau org tgk dari jauh mesti nampak mcm berkelakuan sumbang di dalam kereta huhu.ok setel kejap je, tak sampai sepuluh minit...

sampai2 kat rumah family walid, terus simpan ubat dalam fridge.sebelum tu siap2 letak ubat dalam plastic supaya terlindung la sikit...

fuh settle pagi pertama!

keesokkan paginya alhamdulillah senang je.sambil2 ummi nak siapkan bahan nak masak breakfast, walid siapkan ubat2 jarum2 dalam bilik.ummi kata jap lg ummi masuk kita terus proceed.tadaa!tak sampai seminit setel haha!masuk bilik, injek2, keluar bilik sambung goreng nasi pulak.hehhehe

so, kpd sesiapa yg sedang ivf/iui(on hormone jabs) tetapi terpaksa traveling,

1. pastikan tempat kita nak pergi tu tak jauh sangat sampai icebox tu takleh tahan/ais cair ketika perjalanan

2. pastikan tempat kita nak pergi tu ada peti ais...

nak perform the shots takla susah.kena pandai ekjas la.ummi risau aritu bukan apa.sebab rumah parents walid ni full.khuatir takde bilik ie kena tidur lambak.pening gak la kepala nak do the shots kat mana etc...

btw ada sekali tu bro in law ummi bukak freezer dan tanya...
"eh ni sapa punya icepack ni??"

haha nasib baik dia tak nampak ubat kat fridge bawah tu.....

p/s : esok klinik bukak pukul 9.30am...2nd scan!!moga folikel cun2 belaka amiiin!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, April 29, 2011

ivf/icsi - TVS kali pertama

hari ni kami sampai lewat sikit kat klinik sebab terbangun lambat huhu.malam semalam layan movie kat ou tgh mlm baru balik...tambah pulak pagi tadi hujan sepoi2 bahasa.fuh mencabar keimanan betul hehehe

maka dipendekkan cerita, sampai2 kul 8.30pg, ummi dapat giliran scan no 4..caj scan adalah RM50.boleh bayar cash atau credit card...

masuk tu, cik scanner(ummi tak tau nak panggil apa) tgk2 borang biru ummi dan interview sikit2...kenapa dan bila clamp tiub, ada pernah buat iui atau ivf tak sebelum ni etc2 sambil ummi siap2 nak baring...

scan punya scan.....
"hmm ovari kanan awak ada lagi kan?"
"errr ada..dua2 ada..."
"ok...."

lama sikit tu...
"awak ada fibroid ye..."
"errr takde pulak.laparoskopi pun baru je 2bln lepas..prof pun dah scan mmg tak pernah ada" pergh panjang jwpn ummi, cuak punya pasal huhu
"ni baru punya ni.2cmx2cm....tgk ni" dia tunjuk ummi skrin tapi siyes ummi tak reti nak tgk....


airmata ummi dah bergenang.walid ada kat sebalik tirai...

lepas cik scanner dah siap isi borang semua, ummi pas borang tu ke kaunter depan.sementara tunggu tu, kepala ummi fikir macam2.puas walid tenangkan ummi.tiba2 airmata ummi mengalir jugak.wat malu je dah la ramai gila orang...huhu

tak lama lepas tu dgr prof zainul panggil nama ummi...

"bagus telur awak besar2 dah walaupun dos rendah.so sambung dos sama.lepastu boleh mula orgalutron hari ni ok...next scan hari isnin.."


pastu prof masuk ofis...tak sempat ummi tanya pasal fibroid tu...so ummi tanya nurse kat depan tu apa yg cik scanner tu bagitau...nurse tu just kata..."ala kecik je tu...takde papelah..." hoh really???apa pendapat kawan2??risau la....sob2.ada petua tak utk kecutkan fibroid?

so lepastu pegi bayar utk 2kotak Puregon 300iu dan 3nos Orgalutron.total semua utk ubat2 ni RM1,290..lepas tu scan RM50..





Orgalutron.satu lagi dah pakai tadi.ingat nak amik gambar kotak sekali tp dah terbuang daaaa

lepastu mcm biasa nurse ajar camane nak injek ubat baru ni...wahhh Orgalutron ni bisa sikit sbb jarum besar.pastu macam syringe kekdahnya....

jadi apa yang tertulis di borang biru??
1. wall fibroid 1.7cm x 1.8cm
2. right ovary : unable to visualized(prof kata jgn risau.baiklah prof)
3. left ovary : 8x8, 14x11, 13x10, 14x11, 14x13...all in mm kan..5biji so far...
4. endometrium thickness : 9.6mm

ummi redha dan berserah..harap fibroid tu hanyalah satu kesilapan tapi kalau betul, ummi harap ia akan mengecut...allahualam

“Dan Dia (Allah) lah yang mengetahui apa-apa yang berada di dalam rahim”.[Luqman : 34]

p/s : malam ni inshaallah balik taiping ada bacaan yasin utk arwah mak mertua.kena pandai2 la nak simpan ubat dalam peti ais dan nyorok2 injek pagi2...huhu moga dipermudahkan..........


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 28, 2011

ivf/icsi - tentang mimpi

hihihhhehhehheheehhe

gelak dulu ;P

malam semalam ummi mimpi mengarut2.tapi ummi rasa kelakar sangat sebab punyalah ummi byk sangat fikir sampai masuk dlm mimpi...

mimpi 1
ummi mimpi pergi TVS scan.nak tengok berapa biji telur.lepastu tau tak doktor kata apa??
"wah ada 60biji telur...bagus2...saya bagi awak dos paling rendah pun banyak telur yg dapat"
hahahaha.bagus mendenya doktor oi.tu kan dah kira abnormal tu.kalau real life, 60biji tu dah diancam OHSS (hyperstimulation)....eeiii nauzubillah...

mimpi 2
doktor : ok lepas habis ivf ni awak dah menopause tau
ummi : apaa?takkan macam tu doktor.saya dgr org buat ivf sampai byk kali.takkan saya baru sekali dah menopause...*risau gila*
doktor : ye, lepas ni awak menopause...
apakah????huhu tapaham kenapa ummi mimpi sampai camtu...

moga takde apa lah..mimpi kan mainan tidur....

esok pagi TVS nak tengok 'calon2' anak2 ummi hehheehehe... moga semuanya baik2 saja:):)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, April 26, 2011

ivf/icsi - 1st appointment

kisah semalam..

seawal jam 7.30pg kami dah sampai kat MAC HUKM..hehe sebab takut jem punya pasal..

klinik buka pukul 8.so kami pun...

1. pergi kaunter dan beri borang biru yang prof dah isi tuh
2. nurse bagitau ubat apa kena beli dan bila date scan
3. bayar ubat kat kaunter ubat kat luar dan bawa resit ke nurse tu semula
4. nurse ajar macam mana nak pakai puregon pen dan buat injection - 2jari ke kanan pusat,esoknya kiri pulak dan seterusnya..
5. walid inject ummi.kat belah kanan dulu dan bismillah...alhamdulillah tak rasa apa pun...jarum haluih sangat...syukur sbb ummi ni mmg takut jarum huhu

so ummi diberi Puregon pen (sewa - RM105), Puregon 600iu utk 4 hari (RM840)...mmg bawa icebox(thanks mak&abah!) siap2 utk simpan ubat...


yang kelakar tu, ummi mati2 ingatkan ubat sampai berkotak2 sebab selama ni kalau baca pengalaman orang, dapat sebulan punya stok.even dalam giuliana&bill tu pun nurse dia bagi sampai 3-4 bags of medicines/jabs!
sekali ummi dapat bekas Puregon pen saiz pencilcase & sekotak Puregon yang besar sikit dari kotak mancis je.hehe.nasib baik tak bawak icebox coleman yang bagak hihi

anyway, 1st transvaginal scan adalah jumaat ni, 29Apr (D6).lepastu kena beli ubat lagi utk dos seterusnya..patutnya 1Mei tapi sebab klinik tutup maka diawalkan scan :)

kejap je, kul 8.45pg dah setel.hantar ubat balik umah(sebab kena simpan dalam peti ais) dan terus shoot ke ofis..sampai ofis kul 9.45pg hehe...

malam semalam jugak beli alcohol swab(RM10 ada 100pcs) utk disapu sebelum di inject...

alhamdulillah...one step at a time...

p/s : esok ada so-called interview dgn bos department yg ummi apply tu.moga dipermudahkan jalan dan dilancarkan lidah.amiin

- Posted using BlogPress from my iPhone

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers