Friday, April 29, 2011

ivf/icsi - TVS kali pertama

hari ni kami sampai lewat sikit kat klinik sebab terbangun lambat huhu.malam semalam layan movie kat ou tgh mlm baru balik...tambah pulak pagi tadi hujan sepoi2 bahasa.fuh mencabar keimanan betul hehehe

maka dipendekkan cerita, sampai2 kul 8.30pg, ummi dapat giliran scan no 4..caj scan adalah RM50.boleh bayar cash atau credit card...

masuk tu, cik scanner(ummi tak tau nak panggil apa) tgk2 borang biru ummi dan interview sikit2...kenapa dan bila clamp tiub, ada pernah buat iui atau ivf tak sebelum ni etc2 sambil ummi siap2 nak baring...

scan punya scan.....
"hmm ovari kanan awak ada lagi kan?"
"errr ada..dua2 ada..."
"ok...."

lama sikit tu...
"awak ada fibroid ye..."
"errr takde pulak.laparoskopi pun baru je 2bln lepas..prof pun dah scan mmg tak pernah ada" pergh panjang jwpn ummi, cuak punya pasal huhu
"ni baru punya ni.2cmx2cm....tgk ni" dia tunjuk ummi skrin tapi siyes ummi tak reti nak tgk....


airmata ummi dah bergenang.walid ada kat sebalik tirai...

lepas cik scanner dah siap isi borang semua, ummi pas borang tu ke kaunter depan.sementara tunggu tu, kepala ummi fikir macam2.puas walid tenangkan ummi.tiba2 airmata ummi mengalir jugak.wat malu je dah la ramai gila orang...huhu

tak lama lepas tu dgr prof zainul panggil nama ummi...

"bagus telur awak besar2 dah walaupun dos rendah.so sambung dos sama.lepastu boleh mula orgalutron hari ni ok...next scan hari isnin.."


pastu prof masuk ofis...tak sempat ummi tanya pasal fibroid tu...so ummi tanya nurse kat depan tu apa yg cik scanner tu bagitau...nurse tu just kata..."ala kecik je tu...takde papelah..." hoh really???apa pendapat kawan2??risau la....sob2.ada petua tak utk kecutkan fibroid?

so lepastu pegi bayar utk 2kotak Puregon 300iu dan 3nos Orgalutron.total semua utk ubat2 ni RM1,290..lepas tu scan RM50..





Orgalutron.satu lagi dah pakai tadi.ingat nak amik gambar kotak sekali tp dah terbuang daaaa

lepastu mcm biasa nurse ajar camane nak injek ubat baru ni...wahhh Orgalutron ni bisa sikit sbb jarum besar.pastu macam syringe kekdahnya....

jadi apa yang tertulis di borang biru??
1. wall fibroid 1.7cm x 1.8cm
2. right ovary : unable to visualized(prof kata jgn risau.baiklah prof)
3. left ovary : 8x8, 14x11, 13x10, 14x11, 14x13...all in mm kan..5biji so far...
4. endometrium thickness : 9.6mm

ummi redha dan berserah..harap fibroid tu hanyalah satu kesilapan tapi kalau betul, ummi harap ia akan mengecut...allahualam

“Dan Dia (Allah) lah yang mengetahui apa-apa yang berada di dalam rahim”.[Luqman : 34]

p/s : malam ni inshaallah balik taiping ada bacaan yasin utk arwah mak mertua.kena pandai2 la nak simpan ubat dalam peti ais dan nyorok2 injek pagi2...huhu moga dipermudahkan..........


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 28, 2011

ivf/icsi - tentang mimpi

hihihhhehhehheheehhe

gelak dulu ;P

malam semalam ummi mimpi mengarut2.tapi ummi rasa kelakar sangat sebab punyalah ummi byk sangat fikir sampai masuk dlm mimpi...

mimpi 1
ummi mimpi pergi TVS scan.nak tengok berapa biji telur.lepastu tau tak doktor kata apa??
"wah ada 60biji telur...bagus2...saya bagi awak dos paling rendah pun banyak telur yg dapat"
hahahaha.bagus mendenya doktor oi.tu kan dah kira abnormal tu.kalau real life, 60biji tu dah diancam OHSS (hyperstimulation)....eeiii nauzubillah...

mimpi 2
doktor : ok lepas habis ivf ni awak dah menopause tau
ummi : apaa?takkan macam tu doktor.saya dgr org buat ivf sampai byk kali.takkan saya baru sekali dah menopause...*risau gila*
doktor : ye, lepas ni awak menopause...
apakah????huhu tapaham kenapa ummi mimpi sampai camtu...

moga takde apa lah..mimpi kan mainan tidur....

esok pagi TVS nak tengok 'calon2' anak2 ummi hehheehehe... moga semuanya baik2 saja:):)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, April 26, 2011

ivf/icsi - 1st appointment

kisah semalam..

seawal jam 7.30pg kami dah sampai kat MAC HUKM..hehe sebab takut jem punya pasal..

klinik buka pukul 8.so kami pun...

1. pergi kaunter dan beri borang biru yang prof dah isi tuh
2. nurse bagitau ubat apa kena beli dan bila date scan
3. bayar ubat kat kaunter ubat kat luar dan bawa resit ke nurse tu semula
4. nurse ajar macam mana nak pakai puregon pen dan buat injection - 2jari ke kanan pusat,esoknya kiri pulak dan seterusnya..
5. walid inject ummi.kat belah kanan dulu dan bismillah...alhamdulillah tak rasa apa pun...jarum haluih sangat...syukur sbb ummi ni mmg takut jarum huhu

so ummi diberi Puregon pen (sewa - RM105), Puregon 600iu utk 4 hari (RM840)...mmg bawa icebox(thanks mak&abah!) siap2 utk simpan ubat...


yang kelakar tu, ummi mati2 ingatkan ubat sampai berkotak2 sebab selama ni kalau baca pengalaman orang, dapat sebulan punya stok.even dalam giuliana&bill tu pun nurse dia bagi sampai 3-4 bags of medicines/jabs!
sekali ummi dapat bekas Puregon pen saiz pencilcase & sekotak Puregon yang besar sikit dari kotak mancis je.hehe.nasib baik tak bawak icebox coleman yang bagak hihi

anyway, 1st transvaginal scan adalah jumaat ni, 29Apr (D6).lepastu kena beli ubat lagi utk dos seterusnya..patutnya 1Mei tapi sebab klinik tutup maka diawalkan scan :)

kejap je, kul 8.45pg dah setel.hantar ubat balik umah(sebab kena simpan dalam peti ais) dan terus shoot ke ofis..sampai ofis kul 9.45pg hehe...

malam semalam jugak beli alcohol swab(RM10 ada 100pcs) utk disapu sebelum di inject...

alhamdulillah...one step at a time...

p/s : esok ada so-called interview dgn bos department yg ummi apply tu.moga dipermudahkan jalan dan dilancarkan lidah.amiin

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, April 24, 2011

as expected

UPT earlier this morning...aka my first UPT in my whole life ;p ....




so after 2 cycle, we failed to conceive naturally.my menses is expected to come very soon...

this is how i break the news to walid...

ummi : "well, goodluck with ivf!!"
walid : "ooo...satu line je ye..?takpe it's ok, love u so much"


thanks dear, I'm okay:)

So IVF it is!!period cepat datang ok!esok pun esok la hehehhe

*Updated 1220noon*
subhanallah allahuakbar!!period datang few minutes ago!!!kalau ikut cycle 28days patutnya mai esok.awal sehari lak dia eh...huhu...so today is D1 and as advised, I have to start taking my shot on D2, which is tomorrow!!!going to the clinic tomorrow!pray for me ladies!!!
*adrenalin rush*

Posted using BlogPress from my iPhone



Thursday, April 21, 2011

where to begin?

salam semua:)

haa meh nak stori mori.apa yang perlu diambilkira sebelum memulakan rawatan kesuburan....

1. pemilihan doktor - penting utk tau pengalaman doktor supaya kita tau bidang kepakaran mereka.dan kalau boleh google kat internet hehhe.hmm tapi mmg tak dapat dinafikan kebanyakan doktor sakit puan yang pakar utk kesuburan ni kebanyakan adalah doktor lelaki.so take your pick.ummi personally dulu2 mmg skeptikal nak jumpa doktor lelaki.tapi alhamdulillah prof zainul buat ummi rasa selesa dan tak berapa segan laaa so far...

2. kos rawatan/konsultasi - yang ni kalau kekawan ada GL takpelah.tapi kalau yang memang keluar duit sendiri, survey dulu harga2 eg bayaran konsultasi, HSG, sperm analysis, laparoskopi, ultrasound scan etc etc.kita tak tau bila kita akan berjaya dalam rawatan, duit simpanan pun tak beranak dgn sendirinya, jadi pastikan kita tidak terpilih yang mahal kosnya huhu.jimat dan jimat...nanti dah berjaya nak fikir utk kos melahirkan pulak,ye tak?

3. pemilihan hospital/pusat rawatan - ini boleh jadi bergantung kpd 2 faktor yang kat atas ni..oh dan juga pastikan lokasi yang dekat dengan rumah DAN pejabat -- tak perlu ambil cuti kalau appointment kejap je ;)

4. testimonial - part ni boleh dapati daripada forum2 eg ratuhati, cari, malaysianbrides etc.dalam forum2 ni ramai ttc wifeys/mommies yang boleh bagi pendapat tentang persoalan2 kita inshaallah

5. second opinion - kalau ada ahli keluarga yang kerja doktor especially O&G, dapatkan pendapat beliau...tak rugi bertanya..they'll be more than glad to assist

6. ???? ada sesiapa nak tambah??

macam ummi, alhamdulillah ada GL jadi ummi memang pilih doktor perempuan di hospital yang paling dekat dengan pejabat(masa awal2 rawatan).lepas ummi dapat tau hydrosalpinx tu, ummi tak pasti GL cover ke tak.dan kebetulan ummi minta pendapat aunty ummi yg juga seorang gynae, dia cadangkan jumpa prof zainul(her husband's friend).so kalau clamp tiub ni GL tak kaver takdelah letih sangat nak membayar sebab kat HUKM....
kalau kat pvt hospital, mau sampai RM8k utk laparoskopi plus bilik, bius etc...
lagipun ummi banyak baca tentang prof zainul dlm blog2 jadi ummi rasa konfiden sket aa..

utk ivf pulak, mmg kami plan nak pilih yang paling murah dan doktor tu adalah muslim sbb kbykn proses yang dilakukan adalah 'assisted' jadi biarlah yang 'assist' tu adalah muslim dan akan sebut bismillah, alhamdulillah, inshaallah etc di sepanjang prosedur yang dilakukan... pilihan kami ni mungkin bukan yang paling tepat, tetapi ummi harap akan dipermudahkan...

:)

till next entry, xoxo!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, April 19, 2011

nothing much

waaa rindunya blog ummi dan kawan2 maya ummi ;P

takde apa2 nak cerita pun hihi.sekarang ummi tgh menghitung hari nak UPT.kalau boleh isnin dpn nak buat...kalau negatif, terus beli ubat kat MAC klinik...

sekarang ni takde pun tanda2 'ada isi' dlm perut ni.entahla harapan tak letak sgt sbb hati ni dah mula terbayang2 ivf nye suntikan huhu

ummi plan nak beritahu bos once dah start suntikan.sebab nanti sure selang sehari kena masuk lambat sebab pergi scan telur, OPU dan ET.....

whoaahhhh nervous2...

moga segalanya dipermudahkan....dari suntikan pertama nanti hinggalah saat melahirkan baby sulung ummi+walid :):)

kepada yang tak berjaya cycle baru2 ni, jgn putus asa ok!chayok2!

hugssss semua~~~ takecare ok!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 14, 2011

bila rasa konfius...

sejak isnin baru ni ummi buat solat istikharah.sbb kat kompeni ummi ni ada wat job opening kat department lain.jadi ummi tgh berkira2 nak minta job tu tapi macam mana dgn job skrg? huhu.tu yang buat istikharah tu...

kepada yg ttc dan dalam keadaan keliru atau berbelah bagi atau tak pasti nak buat treatment yang mana dulu, nak pilih doktor yang mana, nak beli ke tak produk yg mahal beratus ringgit supaya senang hamil, atau doktor bg kata dua dan tak tau nak buat keputusan, afdhal buat solat istikharah ni...

simple je, macam solat sunat 2 rakaat biasa.cuma rakaat pertama, lepas fatihah baca surah alkaafirun.rakaat kedua baca surah al-ikhlas(qulhuwallahuahad)...lepas tahiyyat akhir dan bagi salam, baca doa kat bawah ni,

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

petunjuk tak semestinya dalam bentuk mimpi.kadang Allah gerakkan hati kita utk buat keputusan yang tepat.dan kita takkan rasa ragu2 inshaallah:)

moga apa sahaja urusan kita dipermudahkan...

Wednesday, April 13, 2011

ttc?blog it out!

utk pengetahuan semua, ummi dah mula blogging sejak tahun 2006 lagi.tapi disebabkan ummi sgt2 tak bersedia utk bercerita tentang ttc ni secara terbuka kat blog ummi tu, ummi buat blog ni khas utk ttc :) sekarang blog personal ummi tu pulak macam terabai hehhe.gigih kan ttc sampai takde idea lain dlm kepala ni asik ttc je....

secara jujurnya, bila tulis pengalaman dalam blog dan ber'temu' teman2 sekapal, ummi rasa semakin bersemangat dan rasa dapat increase self esteem.ummi dapat banyak info dan ummi tau yang ujian ummi ni tak seberapa berbanding sebahagian teman2 lain.in a way memberi ummi mesej, "kalau dia boleh tabah kenapa ummi mesti meratap nasib?"...

selain daripada tu, secara tak lansung ummi akan sentiasa terfikir what's my next fertility plan supaya ada benda yg ummi boleh share dgn teman2 blogger...

ada dalam salah satu buku IVF ummi, ada mention betapa pentingnya wujudkan jurnal tentang proses treatment dan ceritakan sekali bgmn perasaan kita semasa menjalani treatment tersebut.ini adalah salah satu cara yang berkesan utk mitigate our stress and channel it in a healthy way (maksudnya cuba utk kurangkan negativity, always talk positively)...

kalau dah ada blog personal dan tak kisah utk berttc dlm tu lg bagus.tp kpd sesiapa yg mcm ummi ni yg tak bersedia utk cerita tentang infertility kpd umum, bolehla buat anonymous ttc blog.it won't harm, yang penting tulis dan jot your heart out...

you'll be amazed on how blogging can improve your emotion...inshaallah for a good cause :)

DAN yg paling penting, jgn lupa bagi ummi link okayyyyy....i wanna follow you......

hugs to all future mommies out there :):)

xoxo

p/s : happy 25monthsversary suamiku sayang!!luvluv


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, April 11, 2011

selepas lebih 2 tahun

....kahwin,baru ummi tau yang hari paling subur ummi adalah D12.tgk ni...



dari atas ; D12, D13, D14
(sorry for the bad resolution tho...)
nota : LH surge adalah apabila garis kiri kelihatan jelas

selama ni ummi go by book je (hari subur D14)....tu yang D12 baru nak cek hihi.sekali terus surge daaa ;p

bagus pakai ovulation tester ni dari awal perkahwinan.especially siapa2 yg mmg hardcore ttc.kalau yg cuma try n error takpe...rilek2 sudah... :) lagipun mendalah ni boleh tahan mahal ie dekat RM20/stick...

lagi satu cara adalah BBT(body basal temp) chart.haaa hat ni ummi tak pernah cuba sbb ummi ni mmg lemah bab2 konsisten.silap2 chart tu lubang2...huhu

mcm biasa, moga cycle kali ni ada berita gembira dan tak perlu buat IVF.amin:)

ummi dah plan nak buat UPT pada 25 Apr, tarikh sama ummi nya next period.taknak tunggu delay sebab nak kena bersedia utk IVF terus ie beli ubat kat MAC clinic HUKM, icebox utk letak ubat2 injek, kuarkan duit simpanan, etc.semua tu kena sediakan sebelum period datang sebab suntikan pertama adalah pada D2....

ummi nak ucap terima kaseh kpd semua yang sudi bertandang ke blog ummi...ummi anggap kawan2 semua sebagai family kedua ummi.walaupun tak pernah bersua, hati kita dekat kerana matlamat kita adalah sama :)

hugs, xoxo

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, April 8, 2011

hati yg tersentuh

(entri ni luahan perasaan semata2.sekadar nak menyatakan kpd yg tak pernah ttc ni, hati kami yg ttc ni fragile sesangat)

hmm ummi tak pernah cerita pasal respon family ummi dan walid bila kami belum mempunyai anak walaupun umur perkahwinan dah lebih 2 tahun.kan?

family ummi
alhamdulillah tak bagi pressure.walaupun ada ayat2 yg kadang buat ummi sedih contoh,

"jom la kaklang join kitorang..." (masa kakak ipar dan kakak sulung ummi dpt tau masing2 pregnant serentak.masa ni ummi dah nak dekat setahun kahwin...)

atau

"kesian izzah(anak kaklong) besar betul 'tggjwb' dia kena menghiburkan pakcik makcik dia..cepat2la ada baby baru boleh izzah rehat pulak" sambil disambut dgn tawa semua org...(ni baru bln lepas jadik)

tapi ummi senyum pahit.walaupun ummi tau mereka tak bermaksud apa2, tapi ummi terasa sangat macam ditujukan kpd ummi.haha ttc ppl ni suka noo terasa yek huhu

tu je la 2 insiden yg ummi ingat sampai rasa sedih.tak, ummi tak marah sebab ummi tau mereka xde niat apa2.tapi perasaan tersentuh tu xdpt nak elak.hmm

wat masa ni hanya parents ummi je yg tau pasal nak buat ivf ni.adik beradik ummi tak bgtau lg...mungkin seminggu sebelum baru ummi nak inform inshaallah

family walid
alhamdulillah.pun tak pressure kami lansung.awal2 dulu mungkin.sbb walid ni cucu lelaki sulung.harapan agak tinggi la ye.tapi lepas ummi operate tahun lepas, mereka dah faham2...

cuma insiden hati tersentuh mmg ada la kan contoh,

"amboi ramping lagi ni bila lagi nak 'berisi'"....masa kat kampung raya tahun 2009.masa tu terusik sikit la hati ini tp sbb kahwin belum pun setahun so tak ambil pot sangat..sengih je la kan heee

atau

"ketumbuhan?boleh jadi mandul ke?"huwaaaa yg ni ummi kecik ati sesangat.tok sedara walid tanya kat walid.balik umah ummi nangis.yela org tua/kampung cuma faham yg bila ada masalah ttg kilang telur/rahim maka akan menjurus kepada mandul...takpelah,org2 tua ni ummi tak ambil pusing sangat.kalau ivf pun ummi mmg decide takkan cerita kat depa sebab kalau depa salah faham nanti ummi jgk yg sedih dan melayan perasaan huhu

ibu mertua ummi?arwah pergi sebelum sempat melihat cucu2nya.meninggal tahun lepas bln syawal.umur baru 49tahun.mengejut sangat arwah pergi.sempat kenal cuma setahun lebih tapi arwah anggap ummi macam anak dia sendiri.salah satu sebab adalah adik beradik walid semua lelaki.kira ummi ni macam anak perempuan arwah...antara sms dari arwah beberapa minggu selepas ummi operate tahun lepas,

"...oh ye dah sihat nanti cepat bagi cucu kat mak ye..hehe.mak takut akak sakit balik kalau tak pregnant..mak xkisah sangat pasal cucu ni tp mak takut penyakit tu dtg balik.don't worry mak sayang akak sgt2 sbb akak syg anak mak kan?"

i had the best mother in law in the whole wide world.mak, akak akan selalu ceritakan kat cucu2 mak tentang tok diorang yang sangat baik dan penyayang.walaupun mak tak sempat jumpa diorang, akak akan bgtau diorang yang tok diorang sayangkan diorang sangat....alfatihah utk arwah ibu mertuaku, norzakiah bt ismail..

dah kurang doa seorang ibu utk anaknya... ;(

life goes on...

ok begitulah sedikit sebanyak ttg penerimaan family ummi dan walid.mereka tak tahu yg ummi dikategori sebagai 'infertile'.dan ummi tak bersedia nak bgtau mereka sebab ummi akan jadi sangat rendah diri nanti.in future who knows kan?

kalau nak ikutkan ujian ummi hadapi ni sekelumit je kalau nak banding rakan2 ttc lain. sbb Allah tahu yg takat tu je tahap kesabaran ummi.uji lebih2 ummi tak boleh tahan agaknya ye tak?

p/s : esok baru nak mula pakai ovulation tester :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, April 2, 2011

rainbowSS

ada orang kata 'silver lining'....atau 'light at the end of the tunnel'....ha,ni versi pelangi pulok....ummi cilok dari lagu katy perry...
"If you only knew what the future holds,
After a hurricane comes a rainbow"

rainbow, come to me :) happy weekend future mommies!!!!

xoxo

- Posted using BlogPress from my iPhone

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers