sejak isnin baru ni ummi buat solat istikharah.sbb kat kompeni ummi ni ada wat job opening kat department lain.jadi ummi tgh berkira2 nak minta job tu tapi macam mana dgn job skrg? huhu.tu yang buat istikharah tu...
kepada yg ttc dan dalam keadaan keliru atau berbelah bagi atau tak pasti nak buat treatment yang mana dulu, nak pilih doktor yang mana, nak beli ke tak produk yg mahal beratus ringgit supaya senang hamil, atau doktor bg kata dua dan tak tau nak buat keputusan, afdhal buat solat istikharah ni...
simple je, macam solat sunat 2 rakaat biasa.cuma rakaat pertama, lepas fatihah baca surah alkaafirun.rakaat kedua baca surah al-ikhlas(qulhuwallahuahad)...lepas tahiyyat akhir dan bagi salam, baca doa kat bawah ni,
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
petunjuk tak semestinya dalam bentuk mimpi.kadang Allah gerakkan hati kita utk buat keputusan yang tepat.dan kita takkan rasa ragu2 inshaallah:)
moga apa sahaja urusan kita dipermudahkan...
thanx akak for da sharing... :)
ReplyDeleteno problemo eka:)
ReplyDeletethanks ummi :)
ReplyDelete