Saturday, November 27, 2010

coping with infertility


bagaimana ummi belajar utk terima hakikat bahawa ummi tidak mampu utk mengandung secara normal berbanding kebanyakan rakan ummi?

memang sukar.it doesnt take overnight as ppl may say.from the moment ummi heard the post-op result, it took roughly few weeks to actually digest the fact...but u see, being a lady is not helping as it didnt end there.without a doubt at least once in a while u'll have breakdown moments esp when u heard your friends get pregnant AGAIN or when you relatives/inlaws starting to ask those questions.phew

basically the following are what keep us move on;

finding support groups
ummi akan google forum/blog yg berkenaan dan belajar daripada pengalaman org lain. daripada sini juga ummi dapat kekuatan dan tips2.kalau boleh ummi cuba elakkan groups yang bawak negativity.i need all the +ve vibes so i try as much to filter my readings tho related.kang tak pasal2 breakdown bila baca blog tu.alhamdulillah so far MAJORITY of the ppl in groups are very +ve and friendly ppl coz they have loads of time and LOVE <3

watch giu&bill
ni kebetulan je.sebab mmg ummi folo cite ni dah lama dah.elok few months lepas ummi dpt berita sedih tu, rupa2nya giu&bill pun facing the same ordeal.so ummi ajak walid sekali tgk supaya faham what is ivf procedure all about.bila ummi masuk fb page g&b rupanya ramai yg mengalami nasib yg sama macam kami huuu.
dalam buku yg depa tulis pun ada cerita ttg mcmane mereka mhadapi infertility...


read facts not myths
kebanyakan orang mungkin akan skeptikal dgn ivf.dibolehkan ke dalam islam?sapa yg ivf ni kira loser kan?benda2 negatif ni ada dlm mindset mereka sebab mereka tidak didedahkan tentang ivf.ummi pun masa awal2 dulu rasa macam tu juga.rasa macam loser sebab kena buat bayi tabung uji.term dalam bahasa melayu pun lansung tak membantu kan?bunyi sangat kasihan baby kena buat kat dlm tabung uji sob2.jadi ummi kata dalam hati tak boleh jadi ni.jadi ummi byk buat pembacaan dan research.tak kurang jugak baca real life stories.it really helps you to be positive.and you will feel special

sokongan dari suami
ummi bersyukur sangat2 kerana dikurniakan suami yg sangat memahami.dalam kes kami, ummi yg bermasalah.walid nye side alhamdulillah perfect ;) tapi walid TAK PERNAH salahkan ummi.dalam walid sibuk bekerja, walid akan sentiasa make sure yg walid teman ummi utk jumpa doktor.walaupun ummi yg byk buat reserch baca itu ini, amik tau term itu ini, walid pun tak kurang berusaha utk memahami apa yg ummi cerita kat walid sampai kadang2 tu walid yg lg ingat term2 yg doktor bg dari ummi..hihi.wp kami berdua latarbelakang kejuruteraan, term2 medikal ni kami kena jugak belajar sebab its what we are facing and live with.thanks walid for always be there and your patience is my everything ;*

not make it public
selain walid dan parents ummi, ummi tak cerita tentang ini kepada semua.ummi cuba sedaya upaya utk simpan cerita ini melainkan ummi betul2 percaya yg org tu takkan kepochi.sbb benda infertility ni tak ramai yg faham.terutama mereka yg tak dgr the whole story.jadi, utk elak drp diri sendiri kemurungan, ummi cuba utk tidak bercerita kpd kawan2/keluarga.buat masa ini la kan.di masa depan ummi tak tau..blog ni pun ummi buat seanonymous yg mungkin hihi

banyakkan doa, syukur & sentiasa positif
kalau tgk doa kat sidebar ni, tu la doa2 ummi dan walid.hanya Allah yg maha mengetahui.kebergantungan hanya pada Dia.kurangkan meratap nasib kerana ia takkan membawa kita kemana-mana.start looking for solution and not crying over problems inshaallah.kalau nak ikutkan walid mesti EQUALLY sedih macam ummi jugak.jadi ummi kena kuat sebab we are each other's strength, inshaallah...

setakat ini saja...kalau ada lg nanti ummi sambung lagi hmm :)





Tuesday, November 9, 2010

breaking the news

takde siapa yang tahu apa keputusan sebenar laparoskopi yang ummi jalani bulan mac yang lepas.setakat yang Dr Tan bagitahu, endometriosis ummi dah stage 4, tapi semasa prosedur dijalankan, semua cyst dah berjaya dikeluarkan dan dua2 ovari ummi masih elok.thats it..

ini adalah kisah sebenar...

18mac - hari ke3 ummi dah boleh discaj. jadi macam biasa tiap pagi Dr Tan akan datang lawat dan hari ni memandangkan ummi akan discaj, maka dia pun cuci luka operation ummi.masa tu ada ummi, walid ngan sorang nurse. lepas dah cuci, dia pun membuka kata2...

"but at the moment, since u're already at stage4, am gonna propose you to stop your period cycle for at least 6 months via lucrin injections. you're going to experience hot flushes, vagina dryness, emotional distress - menopouse syndrom.."

kenapa kena lucrin? supaya ummi tak datang period sebab 'makanan' endometriosis tu adalah darah period. jadi sekurang2nya 6 bulan 'cyst' tu akan berhenti membiak huhu..pastu Dr Tan sambung lagi..


"ok one more thing. i just want to tell u that when we did the laparoscopy, we tried to inject dye into both your tubes but the dye didnt flow through. meaning that both your tubes are blocked. but still u have to reconfirm the condition via HSG which you have to schedule later after your lucrin. if confirm that both your tubes are blocked, then your only way to get pregnant is thru ivf.."

I.V.F!!!

ummi nak menangis tapi ummi tahan. ummi pernah dengar tentang ivf. ivf maksudnya duit yang banyak!kos!itu je yg ummi tau.ummi menangis sebab ummi rasa sedih kat walid.ummi sedih sebab ummi tak mampu nak bagi walid anak dgn cara normal.....

elok Dr Tan keluar je dari bilik tu, ummi nangis semahu2nya.walid cuba tenangkan ummi.ummi pernah dengar kos utk sekali ivf mau rm10k. yang buat lagi ummi stress sebab kebarangkalian utk endometriosis tu datang balik. hanya satu cara utk stopkan endometriosis supaya datang balik iaitu dengan mengandung. tapi ummi susah nak mengandung lepas ni...ummi nangis dan nangis lagi...

packing pun dalam keadaan teresak2 mengenang nasib diri huhu... tapi alhamdulillah bbrp hari lepas tu ummi banyak buat research (sementara masih mc) dan ummi rasa ummi boleh terima hakikat tu dengan +ve, inshaallah. ummi dan walid pun terus lancarkan 'tabung utk ivf' sementara ummi 'berehat 6 bulan' ni. bila period ummi dah datang baru boleh nak plan utk ivf....

Jadi memandangkan ummi dah terberitahu kat maktam, ummi kena jugak bgtau mak dan abah ummi.huhu.jadi weekend baru ni ummi dan walid break the precious news we kept for months huhu.macam biasa tak sah kalau ummi tak nangis..sampai mak ummi pun nangis2 jugak..ummi dan walid jugak bgtau yg kami plan nak buat ivf dalam bulan 2 atau 3 tahun depan sebab masa tu keje kat ofis dah slow down sikit.appraisal pun dah setel time tu...inshaallah

Alhamdulillah mak dan abah boleh accept the news...so sekarang only 4 of us yang tau pasal the ivf plan (oh 5 include. Maktam hihi)...




Saturday, November 6, 2010

ubat herba cina (4)


elok tak sampai seminggu ummi dapat ubat dari dr kamal, ummi dapat 'warning' dari personal gynae ummi, my very own maktam. just nak dapatkan 2nd opinion dia utk situasi yang ummi hadapi...

dia kata gini,

jadi apa lagi. ummi pun terus sms dr kamal kuek tanya ingredients ubat2 yg dia bagi kat ummi.memang agak gelabah la sebab ubat2an tu bukannya murah pun huhu.dr kamal replied sms ummi macam ni,
"all ingredients are in chinese. will give you when u come for next appointment.."

wahhh ummi tak puas hati.tapi ummi tak insist pun mintak dia translate sebab ummi macam agak tawar hati tiba2.sedih sebab usaha yang ummi buat sebenarnya tindakan yang kurang bijak.sepatutnya ummi mintak pendapat yang pakar terlebih dahulu..

ubat tu masih ada lagi dlm simpanan ummi.tak sampai separuh pun makan.burn rm200...takpa yang penting usaha!

Wednesday, October 27, 2010

ubat herba cina (3)

Ummi dan walid jumpa dr kamal utk kali ke2 - ubat dah habis.cayalah ummi!;p

Kali ni ummi beli majalah siap2 sbb takut boring menunggu.lps tunggu setengah jam tu baru giliran sampai.Kami bawak siap2 keputusan daripada hospital utk dia tgk.aritu cerita je takde bukti hihi

So cam biasa ultrasound.tade beza sebab ummi nya period tak dtg lg.lps scan tu borak2 dgn dia.Tanya pendapat dia samada perlu ke buang tiub yg hydrosalpinx tu.dia kata x perlu.cuba dulu alternatif sbb kalau buang no turning back.at least tu yg ummi faham.sebab dia ckp agak berlapik.huhu.satu benda yg ummi ingat sangat bila dia ckp macam ni

"ini adalah teamwork.u(walid) jadi driver.i fikir utk u.u(ummi) makan ubat.kalau u drive tp u marah2 isteri u tak boleh juga nanti isteri sudah stres.jadi ini semua kerjasama satu team".

huhu terharu dibuatnya.terus terbayang memang walid byk sgt bagi moral support kat ummi - masa ummi sakit dia jaga ummi,kalau ummi nak makan ubat dia akan masakkan air, refill botol mineral ummi, ummi ajak pi jumpa doktor tu la ni la walid ikutkan je.asalkan ummi happy dan motivated..walaupun kekurangan di pihak ummi, walid selalu cakap walid tetap sayang ummi seorang..Kadang2 ummi terfikir sebab tu ummi diberi ujian berat macam ni sebab ummi ada suami yg sgt penyayang dan supportive.bila walid layan ummi baik mcm tu,buatkan lagi ummi berkobar2 nak dapatkan along angah dan adik2.takde apa yg lebih memeritkan drpd tahu yg walid terasa hati dgn ptanyaan cepumas family ipar dan kawan2 dia.ummi harap pengorbanan ini akan ada yg indah menanti inshaallah..

Ummi cinta Walid...

Eh melencong pulak.lama jugak dr kamal bg nasihat..pastu dia kata minggu depan tak perlu datang lg sebab period pun belum ada.amik je stok ubat utk 2 minggu.jadi bil adalah rm140 ;) apoinmen seterusnya pd 9nov inshaallah...

Monday, October 25, 2010

ubat herba cina (2)

Masa pertama makan tu ya Allah macam nak muntah.yang serbuk tu kena bancuh macam air teh.lepas minum tu satu pagi rasa tak sedap perut.exaggerate je kot haha.ptg hari yg sama try pulak makan ubat hisap tu.besar syiling 20sen.besar wooo utk ubat yg x sedap hhaha.hisap punya hisap(sambil hisap gula2 sekali),separuh jalan surrender.ummi buang sebab nak termuntah.dah la masa tu tgh tunggu tren kat shah alam.buat malu je kalau termuntah...

Tapi hari ke hari ummi dah makin expert makan konon la kan.yg ubat minum tu petua dia bancuh,biarkan 15mins camtu supaya serbuk dia mendak lepas tu sedut air dia sampai dah kat bhgn serdak berhenti.sediakan air mineral dgn gula2 kat sebelah.habis minum, togok air mineral utk washdown dan mkn gula2 utk hilangkan rasa ubat dlm mulut huhu.ubat ni ummi minum sebelum pergi kerja sekali, lepas makan malam sekali:)

Yang ubat hisap tu pulak ummi makan cubit sikit2,hisap sekali dgn gula2.minggu pertama tu nisbah ubat 1:3 gula2.sekarang dah 1:1...heheh alhamdulillah dipermudahkan..tp selang2 jgk kdg gentel2 je telan dgn air mineral huhu.ubat hisap ni petang sekali,sebelum tidur sekali...

Dgn amik ubat ni,automatik ummi minum byk air mineral.botol tu ummi refill sampai 3 ke 4 kali sehari.terutama masa makan ubat sebelah malam.tiap malam 2-3 kali pegi toilet buang air.bagus jugak utk detox kan ;) alhamdulillah.mula2 masa dapat ubat tu ummi demoralize jugak sebab ubat ni tak sedap dan susah nak makan.dah amik takkan tak makan.mahal lak tu.tapi ummi kuatkn semangat (dan tekak) demi utk along,angah dan adik2...hmm inshaallah niat baik Allah akan permudahkan;)

Wednesday, October 20, 2010

ubat herba cina (1)

Lepas beberapa hari tertunda plan nak jumpa dr kamal kuek,hari ni kami dapat jugak jumpa.lepas maghrib kami bertolak dari ofis.mula2 tu konfius jugak sebab kalau ikut alamat, klinik tu adalah rumah banglo.call sebab nak confirmkan.rupanya memang rumah dia belah atas tu adalah klinik akupuntur dia fuyyooo;P

Masuk tu kena tulis nama utk giliran.lepastu mintak ic.asistant doktor(anak dia kot) tanya utk rawatan kesuburan ke.dia suruh minum byk2 sebab nanti dr kamal nak buat ultrasound.dekat sejam jugak tunggu turn..ada yg ambil ubat,ada yg buat akupuntur..

dr kamal ni rupa dia memang macam sinseh cina mcm dlm tv tu.rambut putih janggut putih panjang sampai perut..hoho.masuk2 dlm bilik tu dia interview ummi dan walid.dia tanya macam2 dari keputusan2 ujian hsg etc sampai ke tabiat pemakanan ummi.dia pesan kurangkan minuman sejuk..kurangkan stres dan marah2..sambil tu dia taip dalam pc dia hasil diskusi.kami berborak dalam bahasa melayu tapi dia taip dalam bahasa cina hehhehe.pastu sambil2 jugak dia tekan2 pergelangan tgn.cek nadi kot.lepastu pegi ultrasound.dr kamal ni mmg insist pesakit dia full bladder sebelum scan.so agak lama la ummi tahan kenc kan hihih.scan punya scan dia kata rahim dan ovari kecut lg.maknanya belum ada ovulasi pun lg.jd lmbt lagi la nak dpt period.dia kata jangan dia tidur tak bgn2 sudah.fuh stetmen tak agak2 tau doktor ni.sob2.habis scan tu,dia ckp amik ubat.makan jgn putus.tiap minggu datang ambil dan scan tgk progres.kalau outstesen taksempat dtg ambil, amik stok lebih sikit.ummi cam tak puas ati la sebab ummi nak akupuntur.pastu dr kamal kata makan ubat dulu.akupuntur kemudian.huhu baeklah T_T

Dia bagi ubat serbuk dan ubat hisap.herba cina.bau mashaallah.huhu.total bil visit yg pertama ni adalah rm200.utk weekly visit lps ni rm70/minggu...

Saturday, October 16, 2010

supplements


Sementara tunggu walid habis kerja ummi pun jalan2 cari supplemen.sebelum ni ada order dgn mrsjon blackmores preconception pills stok 3bln tapi taktau bila dapat.sebab tunggu dari Singapore.sini takde jual.jadi sementara ni kena jugak cari suplemen lain.maka ummi end up dengan pill bawah ni,

1. Himalaya General Health - RM46.90 60bj utk 2 minggu
2. 400mcg folic acid - 90bj utk 3 bulan

yg himalaya ni mcm multivitamin.folic acid lak elok utk prepare sebelum mengandung;) amiin

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers