tadi apoinmen dengan dr tan kat prince court.kali terakhir jumpa 3 bulan lepas masa injek lucrin kali pertama.tak sangka kejap je dah nak amik 2nd one.inshaallah yang terakhir :)
memandangkan klinik gynae, maka bertembunglah dgn ramai wanita mengandung, yang bawak baby.hati tu tak dapat elak dari rasa tersentuh.rasa keinginan tu membuak2 untuk timang anak sendiri.takpe, usaha tangga kejayaan.yang penting,jangan pernah putus harap dan doa pada Dia,kan?
sampai giliran, masuk bilik dr.lawak pulak dr tak ingat saya dan suami.siap tanya banyak soalan pun masih tak dapat tangkap saya ni yang mana.haha.ye lah, 3 bulan kan.jadi saya cerita la kat dia kali terakhir jumpa dia masa saya ambil lucrin awal april aritu.boleh tak dia tanya, "i did give u lucrin?".sabo je la.lama pastu baru dia ingat my case.lol
sementara tunggu nurse ambik lucrin kat farmasi kami berbincang tentang rancangan lepas habis treatment lucrin ni dalam 3 bulan dari sekarang.dr tan ada mention tentang cek tiub saya yang dikatakan tersumbat masa buat laparoskopi mac lepas.jadi saya dijadualkan untuk menjalani HSG awal okt nanti inshaallah.tu kita cerita kemudian ok :)
pastu saya pun diinjek.sakit macam amik darah je.injek kat bonts la kan.ngeh3
saya kena kuat sebab mana tau ditakdirkan saya kena menjalani rawatan kesuburan selepas2 ni, lagi banyak suntikan saya kena buat.ada saya baca tu buat sendiri je sebab hari2 nak kena injek dahtu takkan nak ulang alik hosp tiap hari kan.jadi kena kuat.nak jadi ummi kena kuat, inshaallah
yang kelakar dan tak boleh belah tadi adalah bila staff pcmc tu kata
"tadi awak ada ambik suntikan ye""aah""ING tak cover tau sebab tu suntikan hormon.ni bil nya"
terbeliak mata saya dan suami tengok bil RM1,1xx.00 tu!!!suami saya pun cakapla yang masa lucrin pertama kali tu ING kaver kenapa yang ni tak kaver. staff tu kata dia akan cek balik dengan ING.last2 kami balik tanpa bayar,alhamdulillah...
setahu saya ING memang tak kaver untuk infertility tapi lucrin ni dikira sebagai rawatan pencegahan.patut masih kaver la.lainla kalau saya buat IUI ke IVF ke barulah tak kaver,kan?
apa pun, alhamdulillah..secara jujurnya saya tak sabar nak berakhirnya 3 bulan ni.semoga Allah beri saya kekuatan untuk menghadapi separuh masa kedua ini.amin!!
p/s : berat dah 54.5kg.dulu sebelum kahwin tak pernah cecah 50kg pun.hehe janganla mencanak lagi.mencanak sebab ada 'hasil' takpe, amin!
No comments:
Post a Comment