Thursday, October 7, 2010

HSG dan SA

Hari ni ummi ngan walid ada apoinmen dgn dr tan. Ummi kena buat HSG dan walid kena buat semen analysis. HSG ni utk cek tiub fallopio ummi tersumbat atau tidak walaupun masa laparoskopi dr tan kata dua2 dah tersumbat.
Hmm
Semen analysis pulak memang prosedur biasa utk suami bg nak cek kesuburan dua2 pihak. Barulah adil gitu hihi
Apoinmen kul 915am. Sehari sebelum ummi dah berdebar2 dah. Mana tak nya makin dekat dgn apoimen makin beriye ummi buat research pasal hSG ni hehe. Sudahnya nervous gila tak boleh nak kata la kan. Tapi buat2 kool la dpn doc huhu
Dr tan panggil masuk bilik, ultrasound dulu.tgk cyst mmg takde alhamdulillah tapi rahim masih kecut sebab kesan lucrin belum betul2 hilang. Kata doc makan masa 2 bulan jugak la nak dpt balik period. Maybe dalam bln Nov inshaallah
Habis borak2 sume, doc kata buat semen analysis dulu. Supaya kami boleh teman sesama sendiri. Ok fine. Oh btw sebelum tu kami dua2 amik 1st jab utk hep B sbb dr tan kata ummi kena ada tu sebelum nak pregnant...alang2 tu walid pun join sekali hhehe

Semen Analysis
Maka kami dibawa ke ART/IVF clinic. Wah boleh tak ummi teruja sangat. Sebab ummi selalu lalu je. Teringin nak masuk nak tengok camane klinik IVF prince court lol. So kitorang pun masuk. Walid isi borang dan dua2 kena sign. Pastu nurse tu bg walid bekas (mcm utk urine test tu) Dan pelekat nama. Tp bekas ni masih elok dalam plastik. Walid kena tulis bama atas pelekat dan lekat kat atas bekas tu bila dah bukak dari plastik. Nurse pun bawa kitorang ke sebuah bilik ada sofa, tv, DVD, magz. Pastu ada toilet. Haha. Nurse tu blah, kitorang pandang each other pastu sengih. Usha2 bilik pastu walid Lara takpelah ummi keluar. Pastu ckp kat walid if u need me call me ye. Haha. Ok not funny ;P so ummi pun keluar la lepak dalam bilik doctor tu. Usha2 poster kat dinding. Usha whiteboard. Semua pasal IVF...then walid sampai ngan tersipu2..setel sudah;P so nurse tu kata results will be ready within an hour.Jadi kami pun pergi ke radiology clinic utk ummi punya hsg

HSG
Btw sebelum ni kena buat urine test utk konfirmkan ummi tak pregnant.ye la hsg ni kan macam xray merbahaya..sampai2, siap register semua,ummi dibawa ke bilik utk tukar seluar and sarung baju hospital tu.walid tak dibenarkan masuk sekali huhu.masuk2, ummi diminta baring sementara diorang prepare and tunggu doktor dtg.dah siap semua, doktor dtg dan terangkan pasal prosedur yg akan dibuat.kata dia hsg ni mcm pap smear je.huhu.memang pun ang tak kool langsung.cuma discomfort sikit sbab bila dye tu diinjek, akan rasa cramp sikit mcm period pain.sakit sikit la.so prosedur pun mula...dipendekkan cerita ;p, doktor mula injek dye tu dan mintak ummi serongkan sikit badan ke kanan.snap bbrp gambar.lepas tu serong ke kiri pulak.snap gambar.masa yang belah kiri ni doktor tanya "u punya cyst sebelah mana ya.dah remove semua ke?".ummi pun ckp la dah remove semua.lepas tu ummi tanya kenapa sambil ummi toleh tengok monitor tu(kat blkg).ummi nampak ada like 'belon' kat belah kiri.doktor kata kanan memang sempit dan tersumbat.kiri pun tersumbat tapi ada hydrosalpinx,mcm cecair terkumpul.ummi tak mintak doktor terangkan sebab takde mood sgt time tu.pastu selesai.masa ummi tukar baju tu ummi terfikir patutla selama ni perut ummi mcm membuncit sebelah kiri huhu.yg ummi peliknya kenapa masa laparoskopi aritu doc tak ada bgtau pasal tiub ummi ada hydrosalpinx.ummi even pernah tanya pasal perut ummi macam bengkak belah kiri tapi dia kata nothing to worry.hadoyai...ummi harap apoinmen bulan nov nanti jgn la dia kata kena undergo laparoskopi lg sekali...sebab ummi ada tgk2 kat internet yg fluid hydrosalpinx ni toxic dan kalau tgh pregnant dan fluid tu backflow nanti akan jejaskan baby..nauzubillah..
Selesai tu,ambil result dan terus ke ivf clinic semula utk ambil result semen walid.dr ruhaima terangkan result secara detail,dan alhamdulillah result ok,normal ;) lepastu kami beborak dekat sejam memandangkan dr ruhaima ni juga seorang embryologist kat situ.dia pernah kerja dgn dr prashant for few yrs kat hospital pantai.dia ckp ivf centre prince court ni diorang berdua lah yg setup.Kami pun apa lagi,tanya soalan bertubi2 kat dia.and she's very friendly dan suka bercerita.dia kata akan ada special package ivf utk staff petronas tapi masih belum launch.mungkin dalam bulan disember akan mula.wah kami gembira tak terkata la kan sebab senang prince court dkt dgn rumah...pastu dpt staff price...

Maka kesimpulannya masih kena mempertimbangkan kaedah ivf utk pregnant.hmm.ummi dah kering air mata dah.ummi dan walid kena redha dan pandang kehadapan,cari penyelesaian inshaallah
Next apoinmen ummi dgn dr tan adalah 3nov utk folow up result2 kat atas dan juga injek ke2 hep B ;)

p/s : sory cacamarba sikit post ummi ni sbb taip dlm ipod.ampuun

No comments:

Post a Comment

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers