Monday, February 28, 2011

2 significant news

semalam ummi dapat 2 berita yang sangat mengubah hidup ummi sekeluarga

berita sedih
ingat tak ttg wan ummi yg masuk hospital sehari sebelum ummi op?pg smlm abg ummi call mengkhabarkan yg wan dah takde...dah kembali ke rahmatullah...innalillah..masa tu ummi kat hospital lagi.ummi terkilan sebab tak dapat balik kg bersama ahli keluarga yg lain.tapi ummi bersyukur yg ummi antara yg sempat mencium wan sebelum beliau menghembuskan nafas beliau yg terakhir - masa visit kat hospital aritu.alfatihah buat wan ku, zainon bt abdullah...

berita gembira
malam semalam ummi datang period!!!ummi happy sangat terus bagitau dan hug walid.hihi.excited nak pakai pad yg dah standby berbulan2 :)

btw ummi diberi 15hari cuti sakit.tgh bulan depan baru masuk ofis inshaallah..



Saturday, February 26, 2011

post-op results

alhamdulillah prof buat laparoskopi seperti yg kami minta dan syukur segala2nya berjalan lancar.. :)

prof datang visit ummi kat bilik bersama bbrp keping gambar...

jadi kat sini ummi ringkaskan keputusan laparoskopi tersebut,

1. banyak adhesion/perlekatan kat organ dalaman ummi.jadi sebelum apa2, prof kena remove adhesion tu(guna laser) utk tengok the whole picture

2. bila dah remove lekatan2 td, prof jumpa cyst sebesar bola pingpong kat belakang rahim!mcm gambar kat bawah ni (kaler itam2 tu)


kalau tak silap prof kata cyst ni tak dibuang masa operation sblm ni sbb tersorok di sebalik lekatan2...jadi prof dah remove alhamdulillah...mengikut pemerhatian prof,takde cyst lain.tu je :)







3. konfirm tiub kiri ummi rosak,


haa nampak tak yang mcm tiub tp nak hancur tu?itula rupa tiub yg dah rosak.sob2.prof kata hydrosalpinx tu takda dalam gmbr ni.kat belakang lg br nampak.jadi inilah tiub yg dikorbankan/clamp.hmm

4. tiub kanan CANTIK.that was the exact word from prof.sebelum ni kan tersumbat kan?alhamdulillah bila prof inject dye,elok je dia flow keluar meaning no blockage!yay!


nampak kan beza gambar ni dgn gmbr sebelum ni?beza kan?ummi pun cam amazed T_T

5. persoalannya,boleh ke ummi conceive naturally?prof kata hujung tiub kanan tu macam 'tak jumpa' ovari maknanya nnt susah nak tangkap telur.jadi prof dah buang semua lekatan dan dah insert 1liter sort of liquid utk bg all the organs floating and heal without lekat to each other.the liquid will be out of my body within 2wks via urine :)

overall,good job prof!!i felt much better emotionally.can't wait for my menses so that we can ttc naturally inshaallah:)

now menses, comeback fast!i need u now!!

Posted using BlogPress from my iPhone

d-day

it didnt start well the day before. my granny admitted to hospital, hence we head to the hospital after maghrib on our way back home (i was from klia btw). we reached home at around 11pm! ummi kena start 'puasa' pukul 12midnight tu.packing2, kemas rumah sikit2.mmg hectic

esoknya lepas subuh terus siap2 nak ke hukm sebab prof advise cek in kul 8pg.taaaaaapiiiiiiiiii punyala lama tunggu, kul 11 camtu baru dapat bilik. di wad songket. the room quite okay la though toilet kena kongsi dengan bilik sebelah dan aircon dia centralized.whoa sejuk gila.tp takpe la paling2 pun ummi duk sini 3 hari je.inshaallah ok..

lagi lama tunggu lagi la ummi berdebar kan.tup2 dah masuk zohor jd walid kena pegi solat jumaat.congak2 konfirm lepas solat jumaat ni sebab prof pun sure pi solat jumaat kan.jadi ummi pun zohor dulu...around 3pm tu prof lawat bilik dan bgtau yg sekarang operation theatre tu sedang digunakan.prof dah book kul 4.30pm utk ummi.ahh finally!perut ummi dah berkeroncong tak mkn dr pagi haha - bajet operate pagi kan..

kul 4pm tu nurse dah suruh siap2 masuk ot.huhu berdebarr.ummi brp kali tanya kat nurse takde ubat drowsy ke.sebab ummi tak suka masuk ot dlm keadaan sedar.last time masa kat prince court ummi dah drowsy sblm masukkan bius lg so ummi tak ingat apa2 sampaila tersedar kat bilik suma dah setel.hehe..

but na ah.kali ni ummi kena sorong sampai masuk ot.pindah sendiri atas meja bedah.nampak nurse prep kan semua scalpel etc.horror i tell u.sampai nak prep masuk bius pun ummi nampak dari a to z.sampai la dr anaes tu kata
"ok kita nak mula ye...mengucap dan baca bismillah...saya nak insert gas ye..."
tetibe seram sejuk paranoid takut tak sedar2 lepas bius, ummi mengucap sungguh2 huhu.........................................sedar2 ummi dah kat walkway...tgk jam kat dinding dah almost 7pm...bila ummi dah sedar tu ummi di tolak balik ke bilik...

alhamdulillah...am still alive...

next entri ummi akan cerita keputusan surgeri ok :)

Friday, February 18, 2011

minggu depan surgery!

hari ni apoinmen dgn prof zainul.lanjutan daripada apoinmen minggu lepas...

pertama, tentang ujian hormon dalam darah, alhamdulillah hormon dah normal.bak kata prof zainul kalau hormon org menopous reading dia lagi tinggi.ummi pun tak tanya lebih2 tp ummi hepi sebab maknanya ubat tu dah hbs dlm bdn ummi.tinggal lagi nak tunggu darah turun je.hmm inshaallah soon

kedua, nak menetapkan tarikh operation.we both agree to clamp the left tube and prior to that, to drain the fluid.memandangkan prof nye hari operation hanya khamis dan jumaat, maka ummi pilih hari jumaat supaya walid takyah amik cuti byk2.maka, 25Feb adalah tarikhnya...inshaallah

prof ada kata nak clamp both tubes tp ummi insist jangan kalau sebelah tu takde bengkak apa.sebab so far yg kanan tu tersumbat je.and we both mintak tolong sgt kat prof supaya tidak open surgery (laparotomy) sebab healing/mc akan jadi lg lama.pastu taktau sapa nak jaga ummi sbb kan walid keje...so prof kata inshaallah boleh laparoskopi sebab ummi (agak) kurus jd tak banyak 'gangguan' lemak. once they insert gas inside my tummy they can easily see the inside.inshaallah...

sebenarnya ummi ada course kat kuala terengganu 21 sampai 25 Feb tu.tapi nampaknya ummi kena skip last day tu dan amik flight awal ke kl...nasib baik daycare je so cek in pg boleh terus operate.macam kat prince court dulu kena stay overnite...

ok wish me luck!! amiin!

Friday, February 11, 2011

tentang hydrosalpinx

mungkin tak ramai yang pernah dengar tentang hydrosalpinx ni.ummi pun sebelum ni tak pernah ambil tau pun..

kalau ikut layman term, hydrosalpinx ni adalah tiub yang bengkak dan mengandungi cecair.cecair boleh jadi samada air ataupun nanah..kat bawah ni ummi senaraikan apa yg ummi faham tentang hydrosalpinx mengikut pembacaan dan juga info dari doktor ummi :) ...

1. ia adalah sebahagian dari PID ie pelvic inflammatory disease.how it happens?kalau ikut kes ummi,berkemungkinan besar disebabkan parut daripada surgery sebelum ni

2. bila tiub tu ada scar, maka sebagai organ yang hidup dan 'bernafas' maka air atau nanah tu adalah salah satu 'produk' drpd proses utk parut itu hidup.macam kalau kita luka/melecet kadang2 luka tu akan berair utk ia sembuh

3. dalam ertikata lain, tiub ini sudah rosak sebab dah berparut/damaged.tiub yang sihat akan ada fimbria2 halus di dindingnya utk menolak embrio turun ke rahim dan melekat di uterus.bila persenyawaan berlaku di tiub yg rosak/fimbria sudah tiada, ektopik(ngandung luar rahim) akan berlaku

4. utk pesakit yg ingin mengandung dan mempunyai kes hydrosalpinx, doktor akan sarankan supaya tiub yg berkaitan di clamp terlebih dahulu.mengapa?kerana cecair di dlm itu berkemungkinan toksik dan akan mengganggu embrio menempel di uterus ie blh gugur atau tidak menempel lansung..kalau ivf,blh mengurangkan %success rate

5. bila sebelah tiub ada hydrosalpinx, kemungkinan utk tiub yg lagi satu utk rosak juga adalah tinggi.rosak dlm ertikata bengkak atau tersumbat.kalau tidak di clamp,ia boleh berjangkit ke tiub sebelah.jadi,cpt sebelum dua2 bengkak, ok? :)

apa2 pun, one step at a time dan sentiasa bertanya pada yang pakar.tak salah untuk masuk forum dsbg tapi seeloknya pergi dapatkan nasihat yg lebih arif, inshaallah :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, February 7, 2011

cek hormon


ummi memang dah bajet yg lepas ni apoinmen semua kena bayar sendiri, insuran tak kaver.tp bbrp jam sebelum pi hukm tu ummi terdapat hidayah yang sebenarnya boleh je dapatkan guarantee letter sbb ni belum kes infertility lg.hydrosalpinx kan.so apa lg.kul 3.15pm camtu berkejar ummi pegi ttmc nak amik referral letter.fuh alhmadulillah tak ramai org, setengah jam dah setel.call office prof pun kata dia boleh tlg fax kan ke ING.yayyy :)
sampai hukm pvt wing lebih kurang kul 4.30pm.mati2 ummi ingat kat bangi rupanya kat kl je dowh hoho.bgsla dkt ngn ofis n rumah hihi.tapiiiiiii punyala ramai org turn ummi jadik kul 7.45pm ok...2nd last lak tu..fuh lepas2 ni mmg btolak lepas ofis lg bgs..

first impression tgk prof, he's very casual and fatherly.we connect instantly alhamdulillah...ummi dan walid pun stori mori la dari a sampaila ke z..pastuh prof tanya soalan cepumas,

"bila last period?"
"err saya tak dapat lg period saya.sejak 1st lucrin april tahun lepas.."
"eh yeke?pelik.last lucrin awk julai kan?patut okt dah dpt period.ni dah feb dah.pelik jgk.saya pernah ada kes macam awk ni la.lepas setahun baru period dtg.sebabtu saya tak suka bagi patient saya yg 3monthly punya.ubat dia kuat..ok takpe saya scan vagina awk dulu ok"

whoa berdebar sebab bukan ultrasound.tapi mcm stick dia insert bawah tutt(mcm pap smear)..so kat skrin tu nmpk ada mcm bijik2..prof kata tu folikel2...maknanya dah ovulate(sujud syukur) dan prof kata tebal dinding rahim pun bgs ie 11mm.anytime blh period tp prof pelik knp x period2 hwaaaaa

so nurse pun amik darah ummi utk cek hormon pulak..nxt week apoinmen baru tahu result...

oo lepastu pasal hydrosalpinx tu,serupa macam yg Dr Tan cakap, Prof kata adhesion byk.jadi minggu depan dia akan try cek womb ummi mobile(boleh gerak) atau tak.kalau mobile maknanya tak banyak adhesion jadi tak perlu open surgery inshaallah..

masalah kalau bila buat laparoskopi dlm keadaan byk adhesion kat dalam adalah takut ter'poke' kat usus...dan takut tak nampak mana tiub huhu

so till next apoinmen, 17feb utk set tarikh operation inshaallah..

one step at a time :)

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers