Wednesday, April 13, 2011

ttc?blog it out!

utk pengetahuan semua, ummi dah mula blogging sejak tahun 2006 lagi.tapi disebabkan ummi sgt2 tak bersedia utk bercerita tentang ttc ni secara terbuka kat blog ummi tu, ummi buat blog ni khas utk ttc :) sekarang blog personal ummi tu pulak macam terabai hehhe.gigih kan ttc sampai takde idea lain dlm kepala ni asik ttc je....

secara jujurnya, bila tulis pengalaman dalam blog dan ber'temu' teman2 sekapal, ummi rasa semakin bersemangat dan rasa dapat increase self esteem.ummi dapat banyak info dan ummi tau yang ujian ummi ni tak seberapa berbanding sebahagian teman2 lain.in a way memberi ummi mesej, "kalau dia boleh tabah kenapa ummi mesti meratap nasib?"...

selain daripada tu, secara tak lansung ummi akan sentiasa terfikir what's my next fertility plan supaya ada benda yg ummi boleh share dgn teman2 blogger...

ada dalam salah satu buku IVF ummi, ada mention betapa pentingnya wujudkan jurnal tentang proses treatment dan ceritakan sekali bgmn perasaan kita semasa menjalani treatment tersebut.ini adalah salah satu cara yang berkesan utk mitigate our stress and channel it in a healthy way (maksudnya cuba utk kurangkan negativity, always talk positively)...

kalau dah ada blog personal dan tak kisah utk berttc dlm tu lg bagus.tp kpd sesiapa yg mcm ummi ni yg tak bersedia utk cerita tentang infertility kpd umum, bolehla buat anonymous ttc blog.it won't harm, yang penting tulis dan jot your heart out...

you'll be amazed on how blogging can improve your emotion...inshaallah for a good cause :)

DAN yg paling penting, jgn lupa bagi ummi link okayyyyy....i wanna follow you......

hugs to all future mommies out there :):)

xoxo

p/s : happy 25monthsversary suamiku sayang!!luvluv


- Posted using BlogPress from my iPhone

6 comments:

  1. As'salam Ummi.

    Saya bru jumpa blog Ummi ni.
    Baru semalam khatam semua entry Ummi.
    Dan errr ... saya macam Ummi jugak.

    Tapi saya dah 2 tahun 4 bulan kahwin.
    Still dalam proses usaha nak dapatkan anak juga.

    Untuk pengetahuan Ummi.
    Saya tinggal di Jeddah, Saudi.
    Pernah jugak pegi hospital dekat sini.
    Buat check up semua tapi doc cakap, semua ok.
    Saya sihat.

    Then doktor tu cakap, mungkin ada hikmah.
    In positive way, she said : Allah belum bagi saya rezeki nak memiliki zuriat sendiri tapi DIA bagi saya rezeki dengan memudahkan urusan saya berkaitan Umrah & Haji.

    Yes its true.
    Tinggal dekat Jeddah buat kami berdua boleh pergi Makkah bila ada kelapangan tanpa perlu kos yang tinggi.
    Memang bersyukur sangat.

    Cuma sebagai manusia dan isteri ...
    Keinginan nak ada zuriat sendiri memang tinggi.
    Pernah jugak menangis seharian mengenang nasib.
    Tapi sekarang, Alhamdulillah. Tak cengeng macam dl.
    Cuma sedihlah sebab ada kengkawan cakap lepas je! Huhuhu.

    Nak mintak pertolongan Ummi lah memandangkan kami ade berbincang nak pergi buat check up lagi.
    Kalau kita pergi hospital, nak ke unit apa, nak cakap apa, nak buat apa untuk pasal infertility ni.
    Saya memang blur habisss!
    Dah lama nak pegi lagi tapi taktau nak mula dari mana.

    ReplyDelete
  2. hug,,,moga kita menjadi insan yg kuat untuk dugaan....

    ReplyDelete
  3. betul ummi, bila kia luahkan rasa hati kat blog, kiter akan rasa lega, lantak la orang nak kata apa, blog kita kan hehehhe..

    ReplyDelete
  4. betul tu ummi, sebenarnya share masaalah dan saling bertukar pendapat di kalangan wanita wanita yg masih mencuba ni, boleh mengurangkan ketidakstabilan emosi. bila kita tau ade lagi org lebih susah dan lebih tabah dr kita, secara tak langsung, kite pun boleh berfikir positif. tp tak kurang jugak ade wanita yang tidak mahu berkongsi...malu agaknya. erm ape2 pun..think positive and insyaallah, it will come our way!

    ReplyDelete
  5. nailah - ye la nailah, mmg lain org lain rezeki nya.ditangguhkan rezeki anak tak semestinya Dia tak beri lansung.inshaallah akan sampai masa dan ketikanya.Dia lebih tahu bila kita bersedia...kalau nailah nak gi hospital, pertama sekali cari gynae.dia akan inteview sikit2 dan buat rawatan selanjutnya berdasarkan inteview tuh.sperm husben pun kena cek.mcm ummi dulu, ummi ckp sakit period la etc2 so dia ultrasound.pastu nmpk cyst.terus set date utk laparoskopi huhu...goodluck ye nailah :)

    puan su su - hug2..amin!

    mama & emy - itulah...luahan kita kan...ummi tak suka org yg suka judge2..kita semua kat dunia ni ada bahagian masing2..ujian masing2..anak berderet ke,lambat dapat anak ke, takde anak ke (nauzubillah) semua dah diatur cantik oleh Allah...

    ReplyDelete
  6. its true, nana pon lepas baca blog kak ummi ni rase lega sangat jumpat kawan2 'sekapal' ;p..baru je lepas kne operate for ovarian cyst jugak..kirenye salah satu usaha la tu..rasenye orang lain mmg takkan faham perasaan org yang ssh nak pregnant ni..orang yang mengalami je boleh faham...

    thanks kak sebab share macam macam..insyaAllah ade rezeki utk kita

    ReplyDelete

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers