Tuesday, January 3, 2012

family planning vs ttc??

seperkara yang ummi risaukan menjelang hari besar adalah kehadiran cik p kembali.ummi ada buat pembacaan tentang kadar kecepatan cik p muncul kembali selepas pantang...

ada yang selepas 2 bulan,
ada yang lebih beruntung cik p datang selepas dekat 2 tahun!!

ini utk kes yg sama iaitu fully bf anak.jadi memang lain orang lain rezekinya...

sesetengah orang tak kisah pun tentang cik p ni nak datang awal ke lewat ke.tapi ummi sangat risau.sebab?ummi khuatir endometriosis akan bertandang lagi nauzubillah!!!

kalau ikutkan, begini adalah cycle period ummi sebelum ni,

mac 2010 : laparoskopi buang endo
apr 2010 : lucrin pertama, cik p terakhir utk tahun 2010, kesan lucrin
feb 2011 : kesan lucrin habis dari sistem badan, ummi dapat cik p (1) semula
mac 2011 : cik p (2)
apr 2011 : cik p (3) aka ivf cycle

lepastu cik p menyepi kerana 'lekat' alhamdulillah...

jadi kalau ikutkan, dalam tempoh hampir 2 tahun, ummi cuma period 4 kali sahaja sejak lepas buang endometriosis.which is technically a good thing for those with stage 4 endo.mengikut pembacaan ummi, kalau dah stage 3 atau 4, kena pastikan pregnant dalam masa at least 6 bulan selepas dapat period.nak elakkan recurrence.tapi pengecualian sekiranya dah buat laparoskopi sebelum tuh.so ummi tak pasti ummi di peringkat mana hmm

oh baru2 ni ummi ada terbeli magazine iSIHAT sbb tertarik dgn artikel endometriosis yg tertera kat cover magz tuh,

antara yg ditulis - "kebiasaannya jika wanita hamil dlm masa setahun slps pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil.tetapi jika tidak hamil selepas dua tahun, kemungkinan ia berulang adalah besar..."

apa2pun, ummi mesti plan dari sekarang sebab ummi khuatir cik p bertandang awal jadi kena bersedia dari sekarang....

terbalik pulak dgn orang yang terlebih subur.kalau apoinmen dgn obgyn lepas bersalin diskusi menjurus kepada iud la, implan la, pil perancang la huhuh

so anyways here goes my plan...
1. fully bf my baby selagi mampu dan dgn izinNya.ini salah satu cara terbaik utk hold kan cik p huhu
2. elok cik p datang, ummi nak bagi masa 6bulan ttc naturally
3. jika tiada hasil, arrange appointment dgn obgyn utk buat ultrasound kut2 endo develop semula
4. kalau tiada endo(dan tiada simptom) teruskan ttc naturally utk 6bulan seterusnya
5. kalau tiada hasil, kami akan proceed utk ivf (ummi harap ni last resort hhuhu).harap tak perlu laparoskopi sebelum ivf tuh hmm

kenapa 6 bulan?hmm ntahla.sebab kalau 3 bulan rasa sekejap sangat.kalau setahun rasa lama sangat.apapun ummi tak diskas lagi dgn walid atau obgyn ummi.mungkin ini bukan cara yg terbaik...

begitulah.mcm sebahagian kes2 ttc, berjaya pregnant selepas ttc bukan bermakna penutup utk ttc.perjalanan masih jauh.macam kes ummi, secara medikal, endo tu akan ada selagi kita boleh menghasilkan telur yakni period.maknanya sentiasa kena pastikan diri mengandung sampai umur mencecah 40tahun??kalau tak, laparoskopi jadi acara tahunan wallahualam....memang family planning vs ttc sgt complicated...

jgn salah faham.ummi bukan tulis ni tanda tak gembira dgn kehadiran lil miracle.tapi bila buat reality check, ummi sedar ummi belum sembuh sepenuhnya.paling ummi taknak adalah endo kembali bersarang dan menyebabkan tiub kanan ummi mengalami nasib sama seperti yg kiri, nauzubillah!!tambahan pula, ummi kena sentiasa sihat dan seharusnya lebih sihat dari sebelum ini sebab ummi ada tanggungjawab baru yg perlu digalas ie 'ummi'.sebelum ni tiap tahun kuar masuk wad.lepas ni selagi ummi boleh elak, ummi akan cuba elak inshaallah...kesian kat anak, kesian kat walid...

doakan ummi tabah hadapi cabaran mendatang :):)

3 comments:

  1. Salam ummi..saya doakan ummi diberikan kesihatan yang baik sepanjang pregnant sehingga melahirkan..amin. tahniah ummi..mesti best tak lama lagi jadi 'ummi'... :)

    ReplyDelete
  2. Mendoakan agar semuanye selamat~AMIN

    ReplyDelete
  3. Ummi, i was the one yg kena buat another laparascopy coz x preggy after 2 years. This time around endo dh naik sampai appendix n usus. Skang under lucrin jab. U are right, mmg kena plan betul2 bila ada endo ni. Selagi kita ovulate and period,selagi tu risiko untuk recurrence ada... Bak kata doc, sembuh dr endo bila dah menapous jer...

    ReplyDelete

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers