Thursday, March 31, 2011

my action plans

haaa ni yang ummi beli semalam...

1. Pregnancy Formula by Blackmores ; 60pcs. ummi amik ni sekali je sehari walaupun kat botol kata 2x sehari.bagus ingredients dia - iron, vit BCE, fish oil, calcium, zinc etcetc

2. Ovulation tester by P-Plan ; 3 sticks...nanti nak guna hari ke 12-14.first time seumur hidup nak pakai ni.berdebar jugek rase di hati sebab selama ni guna kaedah cuba jaya je

yang kat atas ni adalah tambahan daripada amalan2 ummi yang lain seperti kat bawah ni;

3. Folic acid 400mcg by Appeton. ni ummi beli lama dah tapi tak habis2.sehari makan sebiji.saranan doktor adalah makan asid folik seelok2nya 3bulan sebelum pregnant :) utk kesihatan bayi daripada peringkat fetus lagi inshaallah



4. perbanyakkan vitamin c.ummi rajin minum jus epal w aloe vera.dulu2 time bekfas je.semenjak walid beli yg dlm kotak besar tu, mlm2 pun ummi minum ni.nyam3.pasal ummi ni liat sikit bab makan buah2an jadi kena cari alternatif yakni air jus.

5. Zaniplus by Gamat Healing : satu sudu besar tiap hari bila ingat...ni pun ada vit c.untuk pulihkan luka dalaman dan luaran...dan pembentukan sel2 baru...

6. kurangkan processed food eg nugget, burger, sosej, fishball, fastfood...mmg semenjak dua ni tak mkn sangat....kfc ummi mmg dah tak boleh bau pun.McD pun dah hampir2 takboleh bau.tp carls jr atau Wendy's tu apa salahnya sekali sekala sambil kenyit mata kat walid..

7. kurangkan minum teh/minuman berkafein.ni pun ummi lemah gak.kalau pi gerai mana2 tak sah kalau tak order teh o ais.mcm habit pun ada.huhu.sekarang ni tgh cuba nak ekjas slow2...

8. kurangkan minum ais.whoaaaaa susah sungguh part ni.ummi mulakan dgn tidak memstokkan air masak dlm peti ais.jadi kalau dahaga kena minum air masak suhu bilik sahaja...

ok begitulah plan2 tindakan ummi untuk memastikan ummi sihat sokmo agar baby/baby2 (verangan nak twins kan) pun akan sihat nanti, inshaallah...

selain tu, ummi mengamalkan zikir
"ya Allah, ya musawwir, ya razzaq, ya fattahu ya 'alim..."

..ummi dapat ni dari sorang forumer...

ada plan lain yang kawan2 semua nak kongsi tak? jom share ngan ummi :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 30, 2011

tentang period

alhamdulillah kali ni ummi tak mengalami senggugut macam selalu.kalau dulu, hari2 pertama period tak sah kalau ummi tak 'berkampung' kat surau ofis.sakit sangat sampai tak boleh nak bangun....alhamdulillah, maknanya laparoskopi tempoh hari mendatangkan kesan +ve :)

ummi harap cik endometriosis tak melawat ummi lagi ye.ikut kata prof, walaupun dah jalani rawatan hormon lucrin, dalam masa setahun besar kemungkinan ia akan datang lagi.melainkan kalau ummi pregnant dan breastfeed ie period tak datang...

sebab tu ummi kena full swing berusaha utk conceive.sebab ada kesan lain kalau tak pregnant secepat mungkin..

cuma satu yg ummi perasan.bleeding agak melampau macam masa ummi anak dara dulu ie kalau keluar tu macam air paip.terutama bila bangun drpd duduk.pergh flow dia tak boleh blah mcm air terjun.hopefully this is normal la.rasa macam baru baligh lak ;P

p/s : tadi ummi sempat membeli belah di guardian.beli supplement sikit dan juga ovulation tester hihihi

Tuesday, March 29, 2011

dia mai dah....

nampaknya tepat instinct ummi utk tidak beli UPT semalam.....period ummi bertandang jugak pagi tadi..........

sedih........

ummi jenguk keluar dari toilet bagitau walid...walid pun terdiam sekejap...then he said it's ok...takde rezeki lagi kali ni....

beza sungguh dari reaksi kami sebulan yang lepas bila period datang...*sigh*

takpe ummi pujuk hati.mungkin haritu ovulasi dari ovari kiri.jadi, sure cycle kali ni 'giliran' ovari kanan pulak.....

moga teori yg ni boleh digunapakai....

so utk cycle kali terakhir sebelum mencuba ivf ni, ummi akan lebih konsisten dgn asid folik dan ummi nak gunakan bantuan ovulation tester....

inshaallah....jangan putus harapan....terima kasih oh Allah kerana masih memberi kekuatan kepada kami utk menghadapi sekelumit ujianMu ini...

berusaha!!!

:)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 28, 2011

mari merancang ivf!:)

salam semua...
tadi ummi apoinmen dgn prof zainul.ummi nye GL masa laparoskopi aritu valid sampai 31hb ni je so alang2 tu ummi plan siap2 jumpa prof utk plan ivf.alang2 free ni.lepas2 ni bil dah kena bayar sendiri huhu

jadi apa yg ummi bincangkan dgn prof?

1. bila ummi cakap nak plan buat ivf, terus prof keluarkan borang biru.borang perancangan ivf..

2. dalam borang tu prof isi kan punca kenapa kami kena buat ivf, dos ubat yg dicadangkan, keputusan semen analysis, jadual suntikan dan scan sampaila embrio transfer...borang ni juga borang yg sama utk iui dan rawatan2 kesuburan lain.prof tick utk kami di bahagian ICSI.....

kenapa?

3. kalau utk sesiapa yang tak pernah dengar, ICSI ni advance lagi dari IVF.sebab sperma tu akan dibantu utk bersenyawa dengan telur dengan menggunakan peralatan yang kosnya jutaan ringgit.disebabkan peralatan tersebut kerajaan bagi free kat HUKM, maka kos buat IVF dan ICSI tiada beza.jadi, lebih baik buat ICSI terus.peratusan success rate pun lebih tinggi.mengikut kata prof, "kami tak buat dah ivf sekarang.sebab u letak telur dgn sperma tu lepastu kena tunggu.kadang2 takde embrio yg jadi..." gitu.... ;P

4. ummi nye concern adalah kos sahaja.bila prof kata takde beza, terus ummi dan walid kata, "baeklahhhh!!!!" dgn penuh semangat!ok tipu.ummi dan walid pun akhirnya setuju dengan eksplenasi prof.he he

5. lagi satu prof kata memandangkan ummi umur masih di bawah 30 dan saiz badan yg kecil, dos utk suntikan prof cadangkan hanya separuh dari biasa yakni P150.biasanya P300.itulah yg ditulis atas kertas tu, suntikan dari hari 1 hingga hari 7, scan hari 8 dan etc etc.dengan berkurangnya dos utk ummi ni, prof harap risiko OHSS (ovarian hyper stimulation syndrome) dapat dielakkan, amin!!!!!!!

6. jadi utk kesemua suntikan dsbg, prof anggarkan jumlah keseluruhan tak lebih dari RM12k.ummi ngan walid mati2 ingat berkurang jadi RM6k pasal dos dah kurang separuh.huhu.tade maknanya.takpelah ummi dan walid redha if this what it takes to hav our own zuriat inshaallah...lagipun bukan bayar bedebuk.bayar sikit2 ie beli ubat, scan, opu, et........

6. prof nasihatkan ummi buat lagi 2x period, dlm akhir bulan depan inshaallah

7. ummi ada tanya pasal kena ambil cuti ke utk buat ivf ni.terkejut ummi bila prof kata, "ish tak payah.seminggu pertama 2ww tu je saya bg mc.tak perlu bed rest.jgn buat kerja berat je.dan jgn lasak2.jalan banyak2 elok utk maintain blood circulation kat rahim.jgn risau pasal implantasi sebab rahim kalau tebal >10mm tak perlu risau..." wahhh lagi ummi lega.hmm tgklah nanti camane inshaallah dipermudahkan :)

8. pasal pemakanan pulak, tiada nasihat spesifik.ambil asid folik je dari sekarang sampai dah minggu 16.tu je.simple!

ok panjang lebar nampaknya.btw ummi masih menunggu period yg tak kunjung tiba...cutoff date kalau jumaat ni tak period jugak, ummi nak beli UPT.hmm takmau test sekarang sebab takut kaciwa huhuhu

ok semua, happy happy selalu ok!!! :)


- Posted using BlogPress from my iPhone


Saturday, March 26, 2011

berita baik!!!

td dalam kereta ummi dgr hot.fm...ada berita yg menarik!!!!!ini dia,ummi cilok dari berita harian hari ini...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan meneliti kemungkinan menyarankan kepada kerajaan supaya membenarkan pasangan suami isteri mengeluarkan wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rawatan kesuburan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata ini berikutan kos rawatan seperti "in-vitro fertilisation" (IVF) amat tinggi iaitu mencecah RM5,000 setiap rawatan yang mempunyai ratio kehamilan antara 30 dan 40 peratus.
"Kita meneliti kemungkinan menyarankan kepada KWSP membenarkan pasangan terbabit mengeluarkan simpanan Akaun 2 mereka untuk tujuan itu.


tapi ada kesilapan maklumat dalam artikel tersebut.mana dapat ivf RM5k!!!paling murah ummi pernah dgr pun RM10k...huhu

apapun,alhamdulillah...ummi rasa idea ini sangat bijak...sekurang2nya tekanan ketiadaan budget dapat dikurangkan.pasangan boleh fokus terhadap rawatan tanpa terlalu memikirkan tentang wang simpanan yang kian berkurang...maklumlah masalah kesuburan mana2 insuran pun tak kaver kan?

tapi ummi harap sangat ia tidak terhad utk ivf sahaja.sebab rawatan, suntikan, ubatan, prosedur2 lain pun tak kurang mahal kosnya eg iui,laparoscopy,ovarian drilling....

inshaallah...yang penting kita usaha.....dan banyakkan doa:)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 24, 2011

jawapan cepumas

kalau ditanya...

"dah ada isi ke?"
"bila lagi nak bertiga?"
"sian anak ni main sorang2...bila nak bagi dia adik?"

apa jawapan cepumas kawan2 semua?

ummi nya jawapan stended selama 2 tahun ni adalah............


















"belum rezeki lagi...doakanlah ye..."
dan lemparkan senyuman paling manis....

walaupun dalam hati Dia je lah yang tahu betapa pedihnya luka di hati...huhu

:) *takpe,senyum*

Wednesday, March 23, 2011

over-analyze

kepada kawan2 yang sedang atau pernah ttc, mesti selalu ada perasaan tak sabar nak tau sama ada cycle kali ni menjadi atau tak.kan?
sekarang ni ummi rasa geram dgn diri ummi sendiri sebab terlalu berharap utk cycle kali ni menjadi walaupun,

1. peluang utk ummi berjaya dah berkurang kepada 50% kerana hanya bergantung kepada tiub kanan. kalau ovulasi berlaku di ovari kanan alhamdulillah...tapi kalau sebaliknya??

2. kebarangkalian utk ektopik agak tinggi kerana tiub kanan ummi pernah tersumbat sebelum ni....nauzubillah

3. dalam tempoh ummi dan walid berusaha tu ummi sedang ambil 2 jenis antibiotik (utk 2minggu) yg dua2 lg besar dari panadol saiznya.ummi ada baca ttg pengambilan ubat semasa ttc.ada yg boleh ada yg tidak...

3. prof takde pun kata boleh atau tidak ttc sejurus lepas operation.tapi sebab ummi dan walid taknak rugi cycle yg ni, kami cuba jugak wp dlm keadaan ummi yg belum betul2 boleh bergerak lasak...

4. pada hakikatnya ummi belum dapat lagi cycle period ummi yg baru.yakni selepas 11bulan kesan lucrin dlm badan.seperti yg ummi cerita dlm entri lepas, 27 Feb tu adalah period pertama setelah sekian lama.maka boleh jadi ovulasi tak berlaku pada hari ke14.boleh jadi cycle ummi belum stabil pada 28hari.DAN boleh jadi kalau period lewat seminggu dari sepatutnya adalah disebabkan kebelumstabilan hormon dlm badan dan bukan tanda kehamilan pun...

kan?

mmg ttc mothers ni suka buat analisa.hehehe.ni apa yg ummi larat taip je.banyak lg dlm kepala ni yg ummi analisa sampai dah peringkat overanalyze.huhu kadang terus ummi mengucap panjang dan zikir banyak2....takut semua ni mainan syaitan nak biar kita hanyut dalam angan2 sampai lupa yang memberi tu adalah Dia sahaja..

allahua'lam...

(3 hari lagi....sabo2...)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 21, 2011

hari ini

1. tadi sebelum zohor ummi pi toilet.ummi perasan ada cam brownish spotting kat panties.ummi nye period(kalau ikut cycle ummi 28hari) patutnya sabtu ni...hmmm

2. ummi pernah dgr pasal implantation discharge kat forum2...bila baca artikel kat link tu, ummi tetibe yakin spotting tu membawa berita baik.TAAPIIII bagi sesiapa yg sudah lama ttc, apa2 tanda pun akan buat kita berharap.ye tak?huhu tp sampai ke mlm ni ummi tak boleh lupakan spotting tu.haih ummi takut ummi kecewa je bila period datang jugak hujung bulan ni...sob2

3. ntah apa demam ummi td.tetibe rasa mcm dah tak sesabar nak ivf.bkn apa, ummi nye kerja sekarang agak santai sebab ummi dalam proses nak tukar projek.prof pun kata pilih masa yg tidak sibuk.ummi ingat kalau tak ada aral, ummi nak proceed ivf utk cycle akan datang ni...inshaallah.sbb khuatir kalau dah mula projek baru, boss pun baru, takkan terus nak ambil cuti panjang kan..mesti beri gambaran yg kurang baik...

4. jadi ummi dah book slot jumpa prof isnin 28hb ni.tu yg plg awal.minggu ni prof nya jadual dah penuh...tengokla nanti apa nasihat prof...

5. baru td walid tiba2 datang kat ummi, pandang ummi dan cakap, "sabtu ni ye(period)??inshaallah ye..." sambil tersenyum dan usap perut ummi....maksud walid, moga ada berita gembira bulan ni....

haish ni yg bahaya dah mula balik ttc naturally ni....harapan tu selalu letak setinggi awan.....

hanya doa mampu ku panjat....amin ya Allah...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 17, 2011

trying to conceive

Tadi kat ofis ummi borak2 dgn sorang kawan seprojek ni. A chinese guy, Ho. Dia mcm terkejut nampak ummi. Dia kata lama tak nampak. So ummi pun cite lah ummi operate lg cam dulu. Cerita punya cerita, masuk bab pilih doktor dan hospital. Ummi ada dgr2 jgk dlm bln lepas bdk2 kat ofis ni ada bgtau yg dia pergi teman isteri dia jumpa doktor...

Ummi : eh your wife pregnant already eh?

Ho : No lah, we've been trying but no success. In fact since CNY last month her menses flow nonstop..

(oo no wonder la dia beriye tanya pasal jumpa doktor mana etc)

Ummi : oo yeke..so which hospital you go?

Ho : Gleneagles. Before this we went to Sunway MC but the doctor too many hanky panky/business minded. So we decided to change hospital. Now we're satisfied with the current doctor - straight to the point. Later I also have to undergo some test like semen analysis...

Ummi : Good for you. And always give full support your wife. I know how she feels...

Lepas tu kami borak2 lagi..agak kesian sebab ummi pun tau apa yg mereka lalui. Walaupun berbeza punca masalah..hmm

Btw Ho ni baru sambut kahwin Dec 2009, tahun sama ummi kahwin..

Apa yg ummi dapat simpulkan,

1. Elok berjumpa doktor seawal mungkin/bila masing2 dah bersedia. Tak salah nak mencuba ikhtiar2 lain tapi jgn tangguh terlalu lama (mcm ummi...sob2)

2. Sokongan suami sgt penting. Emosi isteri ni paham2 je la kan. Tambah lg kbykn test2 yg mnyakitkan ini adalah di pihak isteri. Sokongan tak kira la dr segi emosi, kewangan, menjadi pendengar yg baik dsbg...

3. Kalau ragu2 dgn doktor anda, jgn malu utk dptkan kepastian drp pihak lain. Jika doktor tu masih diragui eg business minded(duit dah byk hbs tp tak ada kata putus), silalah tukar doktor/hospital ye...

Hmm apapun ummi harap semua pasangan yg sedang ttc bykkan bersabar dan inshaallah segala usaha akan berbaloi satu hari nanti.... :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 10, 2011

what's next?

so i've done with my hydrosalpinx alhamdulillah

and i already done waiting for my menses.the 1st cycle seemed normal to me.the 'flow' was as expected, syukur. ummi mula2 takut jugak kalau bleeding banyak or lama dari sepatutnya almaklumla dah lama kan tak datang period huhu.but everything was fine alhamdulillah

few days back i've started consuming my gamat for healing purpose, internally and externally


tahun lepas pun ummi makan gamat ni jgk lepas laparoskopi.kalau kat kedai dia ada byk jenis ie gamogen,kotak biru, kotak ijau.tapi ummi pilih yg ni sbb sedap.ada taurina.yg lain tu ummi tak sure huhu.so sebotol 350ml adalah RM67.kalau minum 2tbsp sehari sebotol tu blh tahan dalam 2 ke 3 mggu inshaallah :)

next plan?kalau ikut saranan prof zainul, tggu 2-3bln baru blh nak mula treatment(ivf).tggu 1st day period n jumpa dia.dan jgk dia kata cari time yg tak bz.kenapa lama sgt?sebab nak bg masa kat dalaman tu build up new cells.so ummi target lg 2x cycle period meaning nnt kami start la around end april.gamat tu kira nak bg cepat sikit la proses sel baru tuh.huhu ummi bkn nak tergesa2 ke apa.tp ummi concern pasal endometriosis ni.lg lama tggu lagi dia menjadi...maka kenalah cuba utk pregnant secepat mungkin, amiin!!

jadi buat masa ni, kami akan ttc naturally.well we never know kan yg tiub kanan tu blh membantu.baby dust!baby dust!~

:)

Wednesday, March 9, 2011

takde rezeki

tgh tahun lepas family ummi ada plan satu percutian ke acheh,indonesia 9 hingga 13 mac...semua dah diatur ie tiket, penginapan, itenerary...

haa sekarang ni mereka dah kat lcct tgh tunggu flite ke sana.mereka?!yaaaa,ummi takdapat ikut!!!sebab ummi masih mc.walaupun ummi dah sehat dah tapi rasa macam tak syok nak pegi bercuti menggunakan cuti mc...huhu.talk about ethics kan

lagipun walid pun tak dapat pergi jugak sebab dia ada course wajib hadir sepanjang minggu ni.kira burn tiket yg telah dibeli...ummi sedih sbb dah lama tak pergi bercuti ramai2 mcm ni...

takpelah takde rezeki kami.oh adik ummi yg pmr tahun ni(imran) pun tak jd ikut sebab clash dgn xm...

mungkin ada hikmah disebalik semua ni kan?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 3, 2011

cuti sakit

asalnya ummi dah plan nak duduk rumah mak ummi sepanjang minggu pertama cuti sakit.sebab walid kerja jadi takde siapa nak tgkkan ummi waktu siang..

tapi disebabkan mak dan abah ummi kena uruskan rumah arwah kat kg, ummi tukar plan.duduk kat rumah abg ummi sebab kakngah ummi surirumah.jadi ummi pun tinggal la sana beberapa hari. so apa je yg ummi buat??melayan anak2 buah ummi la...


'athif dan faqeeh melayan otromen/ben10/astroboy

dan..


the adorable izzah!!!

dalam pada tak larat tu ummi kesian jugak dkt kakngah ummi sebab mcm tak menang tgn so sekali sekala tu mengelat la angkat jugak si izzah ni atas lap ummi...nak kasi dia tak merengek :p dan kadang2 tu dodoikan dia sampai tido hihi

anyways thanks a lot to angah and family for their hospitality...jasamu dikenang sampai bila2....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, March 1, 2011

adhesion/lekatan

bagaimana boleh terjadi?
setiap kali kita jalani pembedahan, adhesion ini akan berlaku sesama organ dalaman kita.ummi tak pasti kalau pembedahan di bahagian lain.tapi mcm kes ummi,mmg organ reproduksi akan menghadapi proses tersebut sebahagian dari proses penyembuhan

macam ummi pernah jalani 2x pembedahan dan 2x lah jugak organ tu makin melekat to each other..

jadi, utk kali ke3 ni, prof penuhkan abdomen ummi dgn sejenis cecair sebagai medium utk memisahkan organ2 ni selepas operation dan sembuh secara berasingan tanpa melekat antara satu sama lain..

utk ummi, prof masukkan 1litre cecair tu yg akan keluar melalui air kencing selepas 2 minggu.mmg rasa kembung dan buncit yg amat.tak selesa pun ada.tp sekejap je, jgn risau :)

masa op sebelum2 ni ummi tak diberitahu ttg ini sebab lain doktor lain cara mereka.jadi kalau ada peluang, jgn segan2 utk bertanya dgn doktor anda dan mintak apa yg anda rasa nak sebab anda ada hak terhadap badan anda.ok?

- Posted using BlogPress from my iPhone

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers