Saturday, March 26, 2011

berita baik!!!

td dalam kereta ummi dgr hot.fm...ada berita yg menarik!!!!!ini dia,ummi cilok dari berita harian hari ini...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan meneliti kemungkinan menyarankan kepada kerajaan supaya membenarkan pasangan suami isteri mengeluarkan wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rawatan kesuburan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata ini berikutan kos rawatan seperti "in-vitro fertilisation" (IVF) amat tinggi iaitu mencecah RM5,000 setiap rawatan yang mempunyai ratio kehamilan antara 30 dan 40 peratus.
"Kita meneliti kemungkinan menyarankan kepada KWSP membenarkan pasangan terbabit mengeluarkan simpanan Akaun 2 mereka untuk tujuan itu.


tapi ada kesilapan maklumat dalam artikel tersebut.mana dapat ivf RM5k!!!paling murah ummi pernah dgr pun RM10k...huhu

apapun,alhamdulillah...ummi rasa idea ini sangat bijak...sekurang2nya tekanan ketiadaan budget dapat dikurangkan.pasangan boleh fokus terhadap rawatan tanpa terlalu memikirkan tentang wang simpanan yang kian berkurang...maklumlah masalah kesuburan mana2 insuran pun tak kaver kan?

tapi ummi harap sangat ia tidak terhad utk ivf sahaja.sebab rawatan, suntikan, ubatan, prosedur2 lain pun tak kurang mahal kosnya eg iui,laparoscopy,ovarian drilling....

inshaallah...yang penting kita usaha.....dan banyakkan doa:)


- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers