Thursday, March 31, 2011

my action plans

haaa ni yang ummi beli semalam...

1. Pregnancy Formula by Blackmores ; 60pcs. ummi amik ni sekali je sehari walaupun kat botol kata 2x sehari.bagus ingredients dia - iron, vit BCE, fish oil, calcium, zinc etcetc

2. Ovulation tester by P-Plan ; 3 sticks...nanti nak guna hari ke 12-14.first time seumur hidup nak pakai ni.berdebar jugek rase di hati sebab selama ni guna kaedah cuba jaya je

yang kat atas ni adalah tambahan daripada amalan2 ummi yang lain seperti kat bawah ni;

3. Folic acid 400mcg by Appeton. ni ummi beli lama dah tapi tak habis2.sehari makan sebiji.saranan doktor adalah makan asid folik seelok2nya 3bulan sebelum pregnant :) utk kesihatan bayi daripada peringkat fetus lagi inshaallah



4. perbanyakkan vitamin c.ummi rajin minum jus epal w aloe vera.dulu2 time bekfas je.semenjak walid beli yg dlm kotak besar tu, mlm2 pun ummi minum ni.nyam3.pasal ummi ni liat sikit bab makan buah2an jadi kena cari alternatif yakni air jus.

5. Zaniplus by Gamat Healing : satu sudu besar tiap hari bila ingat...ni pun ada vit c.untuk pulihkan luka dalaman dan luaran...dan pembentukan sel2 baru...

6. kurangkan processed food eg nugget, burger, sosej, fishball, fastfood...mmg semenjak dua ni tak mkn sangat....kfc ummi mmg dah tak boleh bau pun.McD pun dah hampir2 takboleh bau.tp carls jr atau Wendy's tu apa salahnya sekali sekala sambil kenyit mata kat walid..

7. kurangkan minum teh/minuman berkafein.ni pun ummi lemah gak.kalau pi gerai mana2 tak sah kalau tak order teh o ais.mcm habit pun ada.huhu.sekarang ni tgh cuba nak ekjas slow2...

8. kurangkan minum ais.whoaaaaa susah sungguh part ni.ummi mulakan dgn tidak memstokkan air masak dlm peti ais.jadi kalau dahaga kena minum air masak suhu bilik sahaja...

ok begitulah plan2 tindakan ummi untuk memastikan ummi sihat sokmo agar baby/baby2 (verangan nak twins kan) pun akan sihat nanti, inshaallah...

selain tu, ummi mengamalkan zikir
"ya Allah, ya musawwir, ya razzaq, ya fattahu ya 'alim..."

..ummi dapat ni dari sorang forumer...

ada plan lain yang kawan2 semua nak kongsi tak? jom share ngan ummi :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers