Tuesday, May 3, 2016

ivf/icsi #2 - kicked off finally!

Bismillah…

Inshaallah we have just kicked off our IVF/ICSI Journey, chapter 2! Alhamdulillah.

Last minit plan sebenarnya ni. Ummi baru terfikir last week, memandangkan bulan Mei ni ada banyak juga long weekend. Lepas tu Walid ada cuti transfer yang belum pakai lagi ada 3 hari. So bolehla sambil pack barang utk shipping ke Sabah, Walid cuti buat IVF dan jaga Ummi bedrest. Ummi pun plan cantik2, pastu propose kat Walid. Alhamdulillah diperkenan. Cumaaaaa kali ni majoriti suntikan Ummi kena buat sendiri. Moga Allah mudahkan segalanya amiiin

Folic acid ummi memang dah start since few months back…

Jangkaan Day 1 period tu agak tricky sikit. Estimate dalam 1/2/3/4 hb Mei. Sebab cycle Ummi kadang 26 hari kadang 29 hari so kena standby je lah. Alkisah cuti labour day tu yakni 1st Mei tu kami balik kampung Kedah balik hari. Balik hari sebab takut kalau period mai, esoknya kena terus shoot pergi klinik amik 1st jab. Masa kat kampung, dalam dekat kul 10pm tu tetiba period datang. Tapi coklat lagi kat pantyliner. Terus bgtau walid sebab tandanya kena pergi MAC Clinic esok pagi2 9am (nurse tu pesan).

Sampai KL sebelum subuh ok! Lelap kejap sebab letih gila the day before travel. Kul 9 tu baru terjaga. Hah berkejar mandi gosok baju bersiap kejut ‘Aaqil our 4yr old boy. Sampai2 MAC HUKM dah kul 10pagi. Nasib baik klinik masih bukak. So cerita punya cerita, nurse kata kalau belum merah period tu kira belum Day 1. So Day 1 hari ni la (2 May). Maksudnya 3rd Mei baru start suntik.

Haaa gitu. So awal pagi tadi lepas dah hantar anak kat tadika, baru la kami ke klinik, beli ubat, sewa Puregon pen dan suntik#1. Alhamdulillah J all setel dalam kurang dari sejam. Kul 9.30 masuk ofis he he.

So Ummi akan teruskan suntikan hingga hari scan#1, hari ke 8 (9 Mei) inshaallah. Malam ni Walid terbang balik ke KK dan balik semula Jumaat malam. Huhu…

Maka kos utk hari ini,

Puregon 600iu x 2box = RM1680
Sewa Pen = RM50 (refundable)

Nanti Ummi compile kos IVF/ICSI#2 bila semua prosedur dah complete ya..

Muahs

6 comments:

  1. all the best ummi! take good care of yourself. mudahan kali ini rezeki ummi sekeluarga ye. amiin.

    ReplyDelete
  2. Tq Fitri. Nervous kali ni lain sebab husband tak duk jauh. N duk berdua je dgn anak. Moga Allah mudahkannn

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan segalanya.. saya doakan :)

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan rezeki untuk ummi..

    ReplyDelete
  5. Thanks sweet, ida dan nana :) amiiinn

    ReplyDelete

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers