Tuesday, September 6, 2016

Telemovie "Anak"

Salam semua! Lama tak bersiaran hehe...

Kebetulan tadi flipchannel dan ada cite kat TV2 ni tajuk ANAK. Awal2 cite tu pelakon utama, Mia Ahmad tgh google pasal IVF.

Rupanya cite ni berkisar pasal pasangan suami isteri yg dah 7 tahun berkahwin tapi belum dikurniakan anak.

Cite ni habis jam 12tgh malam. Wuuuu ummi takdpt nak tgk la kot satgi anak pun ikut tido lambat jugak esok payah nak bangun gi skool tskkk

So korang tolong tgkkan utk ummi ya....

Loveeee ❤️


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 31, 2016

hello 2nd trimester!

Alhamdulillah dah pun 13wks. Kejap je dah 2nd trimester.

Minggu lepas jumpa Prof Zainul utk checkup. Kali ni kat pvt wing. Pagi2 ummi dah ke sana sebab nak q nama. Sebab kalau kul 4-5pm baru nak q memang akhirnya lps isya baru setel huhu. So sebab ummi mai berdua je takde walid jadi kena setel cepat2...

Alhamdulillah prof pun masuk klinik awal before 4pm. So by the time ummi sampai dah boleh terus turn ummi.

Dah ada rupa baby dah :) cuma kaki je belum panjang lagi. Cuma satu concern prof adalah low lying placenta. Uri masih kat bawah. Next checkup mestiiiiiii kena naik ye cik uri. Amiiiiin

Oh pastu prof bagi buku merah. Next month checkup ummi dah start jumpa gynae ummi yg deliver my baby dulu. So sempat la ambil gambar kenangan dengan prof. Banyak kali prof pesan whatsapp gambar tu nanti kat dia tau. Sebab prof/hukm tak dpt nak keep record success ivf stories bila kita tukar doc n deliver tempat lain. So prof mintak details my son eg dob, complications(if any), birthweight, normal/csec... Etc

Kagum tgk prof ni umur dah banyak tapi rambut takde uban pun. Awet muda hehe (sori tatau nape blogger aps ni takmo upload gmbr huhu)

Ummi kena start makan obimin. Tapi ummi amik bcomplex+vitalea shaklee je. Prof kata ok.

Sekian update ❤️

Sunday, July 3, 2016

ivf/icsi #2 - into 9 wks

Assalamualaikum :)

Its been a while since my last update. Pregnancy has been good so far, UNTIL YESTERDAY ....

Kami balik ke Taiping. Dah lah dgn jem nya. Mula2 tu ok lagi. Lepastu ummi dah rasa mabuk tak tahan. Sebelum tu rasa jugak sebab ummi ni memang takleh bau kereta tu. Selalunya kalau drive memang bukak tingkap. Tapi sbb smlm jem, kalau bukak tingkap pun panas takde angin pun, maka ummi jadi mual terlebih. Mebi motion sickness+morning sickness. Sampai Taiping, punya la panas terikkk. So jalan2 la sikit cari barang kat aeon. Pastu p bazar pulak. Malam tu lepas berbuka ummi terus rasa nak baring. Baringggg sampai ke sahur. I felt my lowest point. Masa 1st pregnancy pun xpenah camtu.

Dr Maiza kata peak hcg adalah pada 9-10wks. Iaitu masa ni lah - nak raya dan rayaaaa. Ya Allah berikanlah kekuatan.

Puasa alhamdulillah so far takde tinggal lagi. Cuma memang mencabar. Sebab bila petang perut mula kosong maka mual tu datang. Makan lak takleh banyak kalau tak nnt mulalah rasa tak sedap nak termuntah. Kadang scroll ig tgk mknn pun rasa mual. Pk nak masak apa utk buka pun rasa mual. Huhu. Then lepas terawih kul 10 gitu dah terus terlelap. Anak bujang ummi pun faham dah. Pandai2 kemas toys sendiri sbb ummi xlarat...

Orang kata pregnant at 30's ni mencabar. 6-8wks still ok. Boleh masak etc. moga dpt lalui remaining wks of 1st tri dgn sabar :) house chores pun kena gak wat cmane pun, beza la dari dulu. Kali ni kena kuat sikit sbb pjj huhu

Oh btw Rabu baru ni pergi scan lagi. Alhamdulillah baby mbesar spt sepatutnya. Next scan kat pvt wing level 7, few wks after raya. Lepastu inshaallah boleh pergi ke obgyn pilihan. Doakan ummi ya :)

May Allah bless all of u readers. Thanks for all the doa and prayers.

Muchlove

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 17, 2016

ivf/icsi #2 - the result

Hari yang dinanti telah tiba. Ummi rasakan kali ni punya debaran lagi kuat daripada yg 1st one dulu. Taktau kenapa. Ummu ingat ummi leh jadi lebih cool tapi rupanya lagi debar ada lah.

Alkisah lepas post entri sebelum ni, pagi esoknya lepas sahur ummi loya! Sampai la ke petang lembiknya. Tapi tak muntah la sambung je puasa mcm biasa.

Jadi bila datang nak ultrasound ni (29dp3dt) ummi ada yakin sikitlah. Sbb dah ada petanda. Tapi biasalah mesti ada negativity duk kacau. Risau ektopik la risau sac ada tapi kosong la. Semua akan terjawab masa ultrasound tu nanti.

Sampai MAC, ada 3 'stesen';

1. Staff MAC/nurse
"So macam mana? Ada bleeding tak?"
"Takde, alhamdulillah."
"Sambung ubat macam biasa kan?"
(Angguk)
"Ok amik borang ni gi bayar utk scan dan apoinmen"

Total : RM79.50

2. Bilik ultrasound (embryologyst Pn Fazila)
"Nervous la"
"Jangan kata awk nervous. Kami ni lagi nervous.."
"Erk kenapa..."
"Ye lah lepas satu2 patient tak pregnant kami pun risau juga. Takpe kita scan dulu. Bismillah...(godek sikit) Alhamdulillah...."
(Nangis)
"Tu dah nampak dah. Ni sac. Ni janin. Aritu masuk satu je kan."
"Alhamdulillah..(bergenang airmata) leh tak nampak heartbeat.."
"Jap ye saya cari...ada ni"
(5-10minit kemudian)
"Ok tahan nafas kejap"
(Kelihatan wave heartbeat baby kat skrin. Subhanallah)

Alhamdulillah janin yg diukur juga 6w4d, sama dgn kiraan ummi punya LMP. Saiz baby baru 7.0mm... Syukur..

Keluar dari bilik tu terus call PCMC sebab nak book gynae ummi yg dulu, Dr Seri. Q siap-siap.

3. Dr Maiza
"Tahniah ya..." (Senyum)
"Terima kasih doktor. Tq jugak tolong transfer aritu"
"Eh saya buat sikit je. Allah yang Maha Kuasa. Saya rasa ni sgt miracle sebab awk Single Embryo dan lekat..."
"Saya pun neves tang tu. Dulu masuk 3. Kali ni masuk 1 je jadi macam2 sy pk...tapi alhamdulillah rezeki Allah.."
(Inteview2)

------

Next apoinmen 29 Jun. Lepas tu next lepas raya inshaallah.

Syukur alhamdulillah segala teka teki sudah terjawab. Terima kasih atas doa daripada semua. Moga Allah pelihara baby ummi ni (dan ummi) dari sebarang komplikasi hingga selamat melahirkan amiiiin...

Sayang semua ❤️

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, June 13, 2016

ivf/icsi #2 - 27dp3dt

Alhamdulillah hingga ke saat ini, tiada spotting tiada bleeding. Kurang 48jam lagi ummi bakal tahu keputusan IVF kali ini. Adoi neves.

Oh patut semalam nak try cek pregnancy test. Tapi last minute masa nak beli upt tu ummi chicken out hehe. So tak jadi nak poas.
Ye la ingat nak la dpt tau result sama2 dgn walid. Lusa walid tak ikut apoinmen sobs.

Maka ummi pun kejap rasa konfiden. Kejap rasa tak konfiden. Ummi juga cuba analisa simptom pregnancy yg ada,

1. Sore boobs - takde
2. Cervical mucus discharge - banyak
3. Loya - takde
4. Fatigue - ada. Tapi sebab puasa takleh kira la huhu
5. Sembelit - dah 2/3 hari. Tapi sebab puasa takleh kira la huhu kdg sbb kurang minum air

Hmm tu je la simptom yg boleh dikenalpasti. Sukar nak dijangka especially bila terkena time bulan puasa.

Kalau ikutkan pregnancy sebelum ni, time mcmni (25dp3dt) ummi dah stat rasa loya, sore boobs juga. Hmm

So, oklah kita tunggu dan lihat sajew nampaknya. Huhu

Sekian laporan terkini ;p


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 2, 2016

ivf/icsi #2 - 16dp3dt

Masih tiada apa-apa symptom.



Kadang rasa positif. Kadang rasa down.



Esok last Pregnyl jab.



*keep on praying*

Sunday, May 29, 2016

ivf/icsi #2 - 11dp3dt

Lama tak update. Sebab memang takde apa nak diupdate hihi. Takde apa2 simptom pelik2.

Ummi dah 11 hari post transfer (Sabtu). Dah kerja seminggu dah pun. Sepanjang minggu lepas ummi kembali kpd rutin biasa. Walid pun dah balik Sabah. Ummi berdua dengan anak kat rumah. Masak, basuh sidai gosok baju, kemas dapur kemas rumah mandikan anak semua macam biasa. Kat ofis pun seperti biasa takde beza dgn zaman tak ivf. Tskk. Setiap hari ummi doa Allah lindungi kandungan ummi hingga fullterm selamat melahirkan. Amiin

Tergerak nak update ni sebab tadi ada tahlil kat rumah atok ummi. Tengah tunggu nak tahlil tu, ummi ada rasa cramp yg teramat. Dalam 10mins jgk. Lepastu hilang. Fyi, kalau ikut cycle period ummi, semalam dah due. So saspen la jugak huhu

Other than that, sejak amik luteal progesterone support, ummi ada byk clear vagina discharge. Bila baca forum, tu mmg normal.

Itu je la simptom so far. Jumpa prof Z 15 Jun. Alahai.... *bertabah*


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, May 23, 2016

post TTC parenting?

hari khamis lepas part time maid dtg rumah kemas dan mop sapu rumah. ummi ambil thru maideasy. not bad la this time around. oh that's not the point.

balik je maid tu ummi perasan ada satu buku tersusun elok kat atas almari

tadaaa...




where have you been?!! ummi memang tak ingat langsung ada buku ni. or pernah beli buku ni. im sure this is way back in 2010, when we first decided to embark on ivf :)

kat sini ummi share chapter yang ada dalam buku ni. quite interesting as I read back, it really reflects myself when I held my IVF baby for the first time.

menjadi ibu/bapa kepada bayi IVF adalah sangat mengujakan. bermula daripada disahkan hamil, hinggalah sekarang, dah pre-school dah pun dan kami kembali berTTC.

kami menjadi sangat paranoid dengan semua benda. well at least myself la kan. masa my son umur 0-12bln terutamanya. ada ruam sikit paranoid. muntah susu, ummi nangis. bila demam toksah cakaplah. ummi pun takleh tidur. im sure these things happen to all first time parents. but in my mind, the fear of losing him is beyond everything.

bila dah makin besar anak dah makin independent, kita rasa lega sikit. sikit2 hilang rasa overprotected tu. so bila sampai masa tantrum dia tu kadang marah anak macam lah budak tu faham kan. lepas sesi marah tu ummi pk ummi dah lupa ke yg dulu ummi pernah menangis dalam doa hampir setiap hari inginkan anak ini. ummi dah lupa ke? sekarang tiap kali ummi rasa nak marah atau hilang kesabaran membesarkan this little miracle, ummi akan ingat balik this is what I want kan. and I even want more of this little human so why losing my temper when he doesn't even understand what he did was wrong/inappropriate. I beat myself up. ummi rasa perasaan tu datang sebab kita nak anak kita jadi yang terbaik, sebab mungkin inilah satu-satunya 'harta' kita.

walaupun buku ni ditulis oleh matsaleh, tapi ummi rasa secara psikologinya boleh di relate dengan mana-mana golongan. tapi kita sebagai orang Islam, kita kena yakin dan percaya yang anak itu adalah amanah walau bagaimana cara pun ia datang, conceive naturally mahupun assisted. itulah harta kita dunia akhirat. so manage your expectation. and always remember the time when things are hard-er (ie TTC).
wallahualam

Thursday, May 19, 2016

ivf/icsi #2 - kos rawatan

sejak duk tersadai 2ww ni, ummi banyak duduk depan tv, kadang layan astro, kadang layan tv series kat Netflix. 2ww tahun 2011 dulu takde Netflix jadi ummi flip channel astro pun dah naik bosan haha

so hari ni ummi pun merajinkan diri sikit la kutip resit2 dan buat kira-kira. lepastu bukak laptop. sambil tv depan mata sambil menaip kat computer buat2 rajin hheehheeh

maka inilah dia kawan2 total kos untuk rawatan kali niiii


hmm not that bad ey. harga ada naik sikit dari 2011 sebab semua ni dah inclusive of GST. so sebenarnya more or less the same je dari kos 5 tahun lepas. Prof Zainul pun ada cakap harga sama je tak berubah, kalau lain sikit tu maknanya GST la..

disclaimer untuk kos di atas,
1. harga mungkin berbeza kalau anda diberi drugs selain dinyatakan di atas eg GonalF, Menopur, Follism etccc
2. harga mungkin bertambah/berkurang bergantung kepada dos yg ditetapkan kepada anda
3. harga akan jadi lebih murah jika prosedur dilakukan pada hari bekerja. contohnya Oocyte Retrieval pada hari Isn-Jum adalah RM600+ lebih murah dari harga weekend. tapi yelah bila treatment kan u cant choose ur procedure earlier/later. kena ikut betul2 progress telur etc
4. harga TVS scan tu bayar sekali je utk brp kali scan. max 3x kot
5. harga juga tak termasuk freezing embryos. sebab ummi tak pernah dpt freeze huhu
6. harga ini utk short protocol valid. tp mmg HUKM majoriti short protocol

jadi secara kesuluruhannya ummi rasa kos ni adalah at the low side. setuju tak? sebab rata-rata pusat ivf kalau untuk patient umur macam ummi ni mungkin boleh sampai 12-20k!

ummi sangat recommend MAC HUKM kalau uols nak consider for treatment. memang no doubt patients sangat ramai. but if this is ur first time, no harm try it here. they have one of the best lab and embryologists! and of course specialists! they know what they're doing. have faith.

hope this info is beneficial to all :)

ivf/icsi #2 - dentist visit at 1dp3dt

just for the record, gusi ummi ni bengkak sejak D11 lagi. ummi ingat 2-3 hari surut la kan. kumur air garam la. Listerine la. tapi nampaknya makin hari makin bengkak dan susah sangat nak makan.

semalam breakfast walid buatkan scramble egg. makan dengan roti. pergh masa makan tu rasa geram sebab kunyah takleh gigit betul2 dan sakit sangat kat rahang. so lepas google "2ww dentist" ummi nekad nak pergi jumpa jugak dentist. yes ladies, belum 24jam post ET lagi ummi dah langgar pantang pergi keluar berjalan...

oh sebelum tu ummi call la dulu dentist. ada satu dentist kat wangsa melawati ni kawan ummi rekemen kata best. klinik pergigian erfa. ummi call nak buat apoinmen terus hari ni. dia kata full tapi lepas merayu kata sakit nak kne tgk jugak so dia kata oklah dtg walk in dentist tolong tgkkan.

elok letak telefon terus ummi mandi dan siap2. tak sabar nak setelkan gigi ni. dalam 20mins jgk dari rumah ummi. walid la drive. masa register bgtau ummi pregnant tskk - Pregnant Until Proven Otherwise kan huhu. staff tu tany dah brp minggu. lama ummi err err pastu kata baru lagi ni, emm 4 minggu. tskkkk. sebab just incase nnt kne xray ke bius ke antibiotic ke...

bila sampai turn ummi dentist interview sket. so ummi pun spill la kata ummi ni tgh ivf, baru transfer semalam. so dia kata oh yeke. takpe meh saya tgk dulu gigi tu.

rupanya gusi area gigi bongsu ummi tu bengkak dan bernanah dah pun. ummi insist la nak cabut tapi dentist tu kata kalau nak cabut kena xray. she said better not kalau tak tahan sangat 2nd trimester baru boleh. huhu. tapi apa yg dia boleh tolong dia pendekkan sikit gigi geraham atas ummi supaya masa makan tu leh gigit tak kena kat bengkak bawah...

huwaaaa tu je

balik ummi diberi mouthwash dan pcm. pcm staff mac kata boleh amik berpada2. dentist suh rajin kumur dengan air garam suam sampai bengkak surut. and then kena jaga gigi rajin gosok sampai belakang, kumur lepas makan, floss supaya tak bengkak lagi.

so hari ni masih lagi gusi bengkak. food pun kena yg soft2 mcm telur, nasi air, tomyam.walid pun pening taktau nak masak apa untuk ummi. malam sebelum tidur kena telan sebiji pcm supaya boleh lena.

ummi doa banyak2 bengkak tu akan surut secepat mungkin hopefully sebelum puasa/raya.....

sekian bebelan byee

Wednesday, May 18, 2016

ivf/icsi #2 - embryo transfer day!

Alkisah bangun pagi hantar anak pergi tadika then zasss pergi klinik MAC. Masa tu dah ada dkt 10 couple menunggu. Belum kul 9 lagi. Tapi mebi ramai yang tgh menunggu giliran nak scan kot. Bukan procedure.

So sementara Walid gi park kereta, Ummi register dulu. Bagi borang dan kad apoimen. Sekali lupa bwk kad apoinmen (yg pakai sejak 2011 tu). Staff MAC suh suami pi amik yang baru kat pvt wing level 7. Hehe. Sementara tunggu tu Ummi pegi koop jap beli roti dan air mineral sebab belum makan lg Duphaston & Ventolin. Oh ya, Ventolin tu kena makan start 10pm malam sebelum ET.

Habis lapik perut belum ada patient yg dipanggil - doc belum sampai la tu. So kami pun diberi keizinan utk pergi kantin utk breakfast. ET ni tak macam OPU. Tak perlu puasa. Makan minum macam biasa. Cuma jangan pedas2 or yg boleh sakit perut etc...

Setengah jam lepastu balik klinik semula. Lepas beberapa minit nama Ummi dipanggil. Wahhhh excited happy berdebar semua ada. Masuk salin pakaian OT dan tak lama lepastu nurse kata jommmmm.

Masuk OT ada nurse, embryologist. Tak lama lepastu Dr Maiza datang dengan senyuman. Oh btw masa awal2 nak stat IVF dulu memang staff MAC dah bgtau Prof Zainul takde 16-20 Mei. Kalau ET jatuh time ni Dr lain akan takeover. Alhamdulillah pengganti Prof adalah Dr Maiza.

Dr Maiza siap cakap. Dont worry all ladies dalam ni. Haha! Best2. Dr Maiza very soft spoken and gentle.

Dah siap prepare semua, Walid dipanggil masuk. Dr Maiza brief la,

"Dari 2 telur tu, alhamdulillah dapat 2 embrio. Satu tu cantik cuma lagi satu tu macam tak berapa elok takpe nanti kita tgk..."

Embryologist, Pn Fazila pun flashkan gambar2 embrio kami ❤️...

Embrio #1 :
Banyak fragments. Uneven cells. Dlm report kata >60% fragmented.

Embrio #2 :
Very beautiful! 8 cells, almost to no fragments. Grade 1

(Btw the day before Ummi sempat la study pasal embrio cell, blastomeres, grading, fragments etc. Nak mentally prepared katanya. So bila tgk embrio n doc explain fahamla sikit walau xbyk hihu)

Maka Dr Maiza cadangkan dilakukan single embryo transfer(SET). Yg #1 akan di discard. Kalau letak both, takut yg #1 kacau yg #2.

So we both agreed to a SET!Cuma, Ummi terkilan sikit tak dapat ambil gambar embryos mcm dulu sobs. Eh takyah nak sobs sangat. Bersyukur sangat2 okay sebab ada SATU2NYA embrio yang perfect. Seriusly satu dalam berjuta nih huhuhu... Alhamdulillah...

Ummi pun baring. Ya Allah masa tu Ummi rasa nak terkencing sangat. Bladder ter over full pulak. Nurse pulak tekan alat ultrasound kat perut sbb nak guide Dr w catheter kan. Berapa kali Ummi tepis sebab suh kurangkan tekan perut takut terkencccc. Adeh.

Dr Maiza said my uterus looks good. Syukur kali kedua! Lining 11.3mm. Then doc buka pintu servix (mcm pap smear tu). Then baru catheter sampai with my beautiful embryo dari lab.

Blub blub... Embrio berjaya masuk dalam womb. Syukur kali ke3! Prosedur berjalan lancar tak sampai 5 minit alhamdulillah...

Lepastu terus nurse amik tiub utk kencing n kasi Ummi kenc sampai habis. Dekat 2 minit kot. Lama doc n nurse tunggu Ummi setel. Sebab kan tiub kecik je. Bladder pun to the brim full nya. Hihi. Syukur kali ke4, bladder berjaya dikosongkan! Lega sesangat. Huhu

Selesai upacara kosongkan pundi kencing, Dr Maiza diri tepi Ummi dan tadah tangan baca doa. Ummi aminkan... Huhu may Allah protect this beautiful embryo in this womb of mine and grant us healthy pregnancy, healthy baby inshaallah...

Ummi dialihkan ke katil lain dan dibiarkan rehat/baring selama lebih kurang 2jam. Walid tunggu kat luar sambil setelkan payment, pulangkan Puregon pen dan beli ubat2an post ET.

Ummi dapat MC sampai Selasa depan! Let the 2ww begins...




- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, May 16, 2016

ivf/icsi #2 - oocytes retrieval

Alhamdulillah berjalan lancar. Sabtu lepas.

Ummi dipanggil staff untuk bersiap kul 9.30am. Masuk IV semua. Rasanya sejam lepastu baru masuk dalam OT. Walid pulak lepas hantar Ummi, dia kena hantar 'Aaqil pergi rumah parents Ummi kat Shah Alam then baru Walid patah balik MAC utk prosedur Walid pulak.

Ramai patient pagi tu. Kalau tak silap ada 5 orang yang ET. Ummi dan beberapa orang lagi OR.

Kejap je dah setel. Masa mamai2 tu sempat borak dengan geng patient lain. Lepas salin baju, keluar jumpa Walid. Staff MAC explain tentang ubat dan next apoinment. Kena tunggu klinik call 2 hari lagi untuk tau berapa embrio yg jadi.

Alhamdulillah dari 4 folikel, 2 telur matang.

Updated 3.35pm : Staff MAC call dan suruh datang klinik esok jam 9 utk ET!! Alhamdulillah. Details nanti Ummi update ye.

Doakan yang baik2. Sending positive vibes (and AlFatihah) to my beautiful embrios <3 See you tomorrow dearies....

muahciked

Friday, May 13, 2016

ivf/icsi #2 - its tomorrow!

Inshaallah esok Egg Collection day! I need all the positivitys I can get hehe. Malam semalam tepat 9.30pm Ummi buat final shot ie OVIDREL. Utk pecahkan telur. Eggs should be collected within 36-38hours after that.

The thing about my 2nd TVS scan last Wednesday was my left ovary didn't respond to the drugs. They even measure the ovary size, indicates that they can visualize the 'empty' ovary. Sigh. Whilst my right ovary shown 4 follicles alhamdulillah. Though not much I have to keep on being positive that at least one of it is of SUPERHIGH QUALITY  egg that can go through fertilization and sustain the whole 9-months pregnancy. Well you only need ONE kan. The size? 21, 20, 13 and 9mm. Prolly 2 at the right size.

Walaupun Ummi sebenarnya target 2nd IVF ni utk dptkan frosties juga, tapi at this stage, even if ONE EMBRYO made it, i'll be over the moon! Allah knows best.

So esok jam 9am kena ada kat MAC clinic. Doakan ya ladies. HUGSSSS



Wednesday, May 11, 2016

random rambling

Tgh waiting mode kat MAC clinic ni. Update blog jap... Hihi

Lama menunggu ni Ummi dapatlah perhati persekitaran. Ewah. Takdela. Nampak ada yg datang sorang ada yg datang berdua dgn suami. Tapi yang menarik perhatian Ummi adalah 2 pasangan ni...

Pasangan 1
Pasangan yang buta! Kalau tak silap si suami half-blind sebab bawak juga tongkat. Umur dalam 30+. Gigih sangat mereka berdua ni buat rawatan kat sini. Subhanallah ujian dalam ujian. Kalau mereka boleh tabah kenapa tidak kita kan.

Pasangan 2
Pagi tadi nampak si isteri nak masuk bilik prosedur, salam cium tangan suami. Both dlm lingkungan 40-an. Memang nampak berumur. Tapi nampak bahagia je. Mungkin ini cubaan mereka kali yg ke berapa tah kan. Atau mungkin anak2 dah besar2 ini cubaan utk dpt anak lagi. Wallahualam

Moga Allah berikan yang terbaik buat mereka dan kita semua yg tak putus asa mencuba dan berdoa. Dan moga dengan anak2, ikatan suami-isteri tu bertambah erat dan bukan sebaliknya huhu...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, May 10, 2016

ivf/icsi #2 - orgalutran shyringe

Paling berdebar antara semua shots IVF adalah yang ni lah. Puregon masih halus lagi jarumnya. Yang Orgalutran ni agak tebal sikit dan bisa.

Masa first time tu nurse ajar ummi buat. Boleh pulak jarum tu takmau terbenam masuk. Kena tekan kuat lg sampai masuk. Bila nak keluarkan pulak kulit perut ikut sekali jarum tu nak keluar haha. Saje je kan.

Pagi tadi buat sendiri ok la not bad. Memang ada bisa sikit. Ada tips matsaleh ni suh sapu ais dulu tempat nak injek supaya kebas. Tak rasa bisa sangat.

May Allah bless this journey.

- Posted using BlogPress from my iPhone

ivf/icsi #2 - TVS Scan#1 (Day 8)

D8 Scan!



Sampai MAC clinic kul 8.30. ambil nombor and dapat giliran no 3 yay!. Cuma scan bermula jam 9. So menunggu la jugak. Dah plan dah next scan lepas ambil nombor nak pi makan breakfast dulu. Sebab habis setel semua jam 12!! Fuhh sangat menguji kesabaran. Terpaksa ambil halfday isk.





Scan – Jumpa Prof Z – Beli Ubat – Injek





Yang lama tu part tunggu prof sebab start jam 11 baru Prof masuk. Sebab kebetulan pagi tu macam tak cukup staff dan byk prosedur rasanya eg OPU, ET.





Hasil scan?


Ada 3 folikel di ovary kanan ummi Alhamdulillah. TAPI tak jumpa folikel di sebelah kiri. Ummi sangat-sangat rasa down. Cuba untuk maintain positif. Mungkin Hydrosalpinx tu besar sangat belah kiri so dia lindung folikel2 kiri. Huhu. Lama ummi termenung pk mana silapnya sebab kalau ikutkan dos dah naik dari dulu ie 150iu ke 200iu. Benchmark scan D9 IVF#1, dapat nampak dlm total 8 folikel both sides…

Masa jumpa Prof Z dia tak tunjuk pun muka terkejut dgn folikel yg sikit tu. Dia cuma suh sambung Puregon 200iu dan tambah Orgalutran utk elak yg besar2 tu ovulate. Prof kata saiz folikel bagus dan mungkin kena schedule kan egg pick up awal sikit. I hope that's good news. At least.



Next appointment inshaallah Rabu 11 Mei, D10.




Oh btw Orgalutran shot is NO FUN! Especially when you have to do it yourself. Sobs.

Kos utk hari ini : RM800.30 (Puregon 300iu + Orgalutranx3)
Scan : RM53



Thursday, May 5, 2016

ivf/icsi #2 - stimulation day 3

This is how Puregon Pen (and needle) looks like. Kalau pernah pergi akupuntur, jarum dia halus mcm tu la. Inshaallah tak sakit.
 
Mcm mana nak buat suntikan ini?
 
1.Pastikan semua parts termasuklah cartridge dan jarum dah terpasang cantik.
2. Pusingkan tombol hujung sampai ke dos yg ditetapkan
3. Cubit bahagian lelemak perut 2-3cm dari pusat (kiri atau kanan) dengan tangan kiri. Sapukan alcohol swab.
4. Dengan tangan kanan, pegang Puregon Pen 90deg dari bhgn cubitan itu. Benamkan jarum sampai masuk kesemuanya.
5. Tekan tombol pen, tik tik tik tik tik sampai habis dos yg dah di-set.
6. Biarkan 10saat.
7. Lepaskan cubitan dan tarik jarum keluar. Lap kawasan suntikan dengan alcohol swab.
8. Siap! Simpan semula perkakasan dan ubat dalam peti ais.
 
Horror masa ummi first time buat ada darah keluar. Mungkin sebab tak lepaskan cubitan time tarik jarum keluar. Staff MAC kata kadang boleh terkena kat salur darah. So don’t worry. Tmpt darah tu still lebam sampai sekarang huhu.
 
Oh ya. Kalau kat youtube pun banyak demo cara buat shots IVF ni. Carik je sure ada. Byk vid mat saleh la.
 
Ada lagi 3 shots Puregon sebelum TVS scan#1. Chayok!!

Tuesday, May 3, 2016

ivf/icsi #2 - kicked off finally!

Bismillah…

Inshaallah we have just kicked off our IVF/ICSI Journey, chapter 2! Alhamdulillah.

Last minit plan sebenarnya ni. Ummi baru terfikir last week, memandangkan bulan Mei ni ada banyak juga long weekend. Lepas tu Walid ada cuti transfer yang belum pakai lagi ada 3 hari. So bolehla sambil pack barang utk shipping ke Sabah, Walid cuti buat IVF dan jaga Ummi bedrest. Ummi pun plan cantik2, pastu propose kat Walid. Alhamdulillah diperkenan. Cumaaaaa kali ni majoriti suntikan Ummi kena buat sendiri. Moga Allah mudahkan segalanya amiiin

Folic acid ummi memang dah start since few months back…

Jangkaan Day 1 period tu agak tricky sikit. Estimate dalam 1/2/3/4 hb Mei. Sebab cycle Ummi kadang 26 hari kadang 29 hari so kena standby je lah. Alkisah cuti labour day tu yakni 1st Mei tu kami balik kampung Kedah balik hari. Balik hari sebab takut kalau period mai, esoknya kena terus shoot pergi klinik amik 1st jab. Masa kat kampung, dalam dekat kul 10pm tu tetiba period datang. Tapi coklat lagi kat pantyliner. Terus bgtau walid sebab tandanya kena pergi MAC Clinic esok pagi2 9am (nurse tu pesan).

Sampai KL sebelum subuh ok! Lelap kejap sebab letih gila the day before travel. Kul 9 tu baru terjaga. Hah berkejar mandi gosok baju bersiap kejut ‘Aaqil our 4yr old boy. Sampai2 MAC HUKM dah kul 10pagi. Nasib baik klinik masih bukak. So cerita punya cerita, nurse kata kalau belum merah period tu kira belum Day 1. So Day 1 hari ni la (2 May). Maksudnya 3rd Mei baru start suntik.

Haaa gitu. So awal pagi tadi lepas dah hantar anak kat tadika, baru la kami ke klinik, beli ubat, sewa Puregon pen dan suntik#1. Alhamdulillah J all setel dalam kurang dari sejam. Kul 9.30 masuk ofis he he.

So Ummi akan teruskan suntikan hingga hari scan#1, hari ke 8 (9 Mei) inshaallah. Malam ni Walid terbang balik ke KK dan balik semula Jumaat malam. Huhu…

Maka kos utk hari ini,

Puregon 600iu x 2box = RM1680
Sewa Pen = RM50 (refundable)

Nanti Ummi compile kos IVF/ICSI#2 bila semua prosedur dah complete ya..

Muahs

Wednesday, April 6, 2016

IVF Postponed :(

Dukacita dimaklumkan bahawa IVF plan ummi terpaksa di postpon ke cycle yang tak tahu lagi bila.

Kenapa?

Sebab walid bakal bertugas di Sabah (pula) bermula minggu hadapan. Plan asal IVF minggu ini ie stimulation etc tergendala. Tapi minggu lepas walid dapat surat agar berpindah ke sana secepat mungkin.

Ujian lagi buat kami. Lama tunggu walid balik Malaysia agar dapat sambung treatment tapi jadi begini pula. I'm certain that Allah has better plan for us.

Walaubagaimanapun, ummi akan teruskan acupuncture session setiap minggu sebagai persediaan untuk pregnant/treatment. So far dah 3x sesi and I feel great alhamdulillah :)

Moga Allah beri kekuatan dan kesabaran. Apapun ummi akan update juga kalau ada apa2 yang menarik mengenai TTC plan ummi. All the best ladies #muahciked

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 23, 2016

Acupuncture vs IVF ?

Hai ladiesssss :)

Nak cite pasal tarikh-tarikh ini :
22 March
26 March
2 April
9 April
16 April

Ada apa dengan tarikh kat atas ni? Hehe. Plan ummi untuk buat acupuncture. Haritu masa ummi google2 pasal “how to improve ivf success rate”, ummi terjumpa satu link ni, http://natural-fertility-info.com/acupuncture-ivf-success-rates.html. Boleh klik untuk bacaan lanjut.

Tapi ummi boleh ringkaskan kat sini, kejayaan IVF tu bergantung kepada berapa banyak embrio cantik yang kita ada. Dan embrio yang cantik terhasil daripada sperma dan TELUR YANG CANTIK/SIHAT. Ummi ada jugak tengok vlog2 matsaleh. Katanya jangan terpedaya dgn bilangan telur yang berjaya dikutip daripada egg retrieval sebab penentu sebenar adalah berapa embrio yg berjaya menempel di rahim kita dan kekal hingga full term. Sebab boleh jadi telur dapat 15, kemudian yang berjaya jadi embrio akan berkurang, dan bilangan tu akan terus berkurang. Contohnya masa 1st IVF/ICSI ummi dahulu, telur dapat 10, 8 yang di-ICSI, 5 yang jadi, 3 yang cantik untuk ditransfer dan SEORANG BAYI yang alhamdulillah berjaya dilahirkan. Wallahualam lagi 9 tu sebenarnya tak menjadi atas factor apa hehe. Cuma untuk hasilkan telur yang baik, OVARI kita mesti terbaik. Pakar mengatakan semakin umur meningkat, ovary kita akan hasilkan telur yg semakin kurang kualiti. Antara sebab adalah pemakanan kita, factor persekitaran dsbg.
Jadi ummi pun google jugak on “how to improve egg quality”. Antaranya adalah akupuntur! Supaya peredaran darah ke bahagian ovary dan uterus ni berjalan lancar dan boleh hasilkan telur-embrio-bayi yang sihat (dan ramai). Hehhe.
Memandangkan ummi tinggal kat KL, so ummi pun bercadang untuk buat disini ;

Pusat Rawatan Homeopathy dan Akupuntur (Dr Nik Omar)
http://acumalay.blogspot.my/
No 12-1, Jalan 2/23a, Off Jalan Genting Kelang, Taman Danau Kota, 53300 Setapak, KL.
Lrt Station: Wangsa Maju
Landmark: Opposite to KL Festival City Mall
Tel: 019-3700999/0341417770
Setiap hari 1000hrs-1800hrs. Sunday je till 1300hrs
Doktor wanita ada setiap hari kecuali Khamis dan Ahad (boleh konfirmkan balik)
RM55-80/sesi
Setengah jam setiap sesi
First come first serve

Semalam sesi pertama ummi. Ada 6 point kat bahagian bawah pusat dan satu each kat tangan. Doctor letak 8 needles tu pastu biarkan je ummi baring in half an hour. TAK SAKIT PUN. Kalau nak jalani IVF kena biasakan diri dengan jarum2 ni huhuhuhuu. Alhamdulillah berjalan lancar. Takde rasa apa2 perbezaan pun. Tapi moga hasilnya akan ada masa IVF/ICSI nanti amiiiin

So next sesi plannya Sabtu ni. Inshaallah ada 5x sesi sebelum Embrio Transfer! Amiin.

Siapa yang ada plan nak IVF ke IUI ke or even ttc biasa pun boleh cuba akupuntur ni. Sebelum pergi tu baca2 lah dulu info leh belajar sikit2 hehe

All the best ladies! :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, February 17, 2016

Cyst Aspiration checked!

Alhamdulillah ummi selamat menjalani prosedur Cyst Aspiration 7 Feb yg lalu. Unplanned sebenarnya. Ummi dah few times call pvt wing HUKM nak fix date utk prosedur ni tapi tak berjaya sebab prof cuti, dsbg.

So masa cuti long weekend CNY baru ni, hari sabtu ummi dapat call drp Prof sendiri! Terkejut sebab prof takde intro pape terus tanya Ummi free bila nak buat.

Prof Z : oklah Rabu ni (10Feb) boleh tak?
Me : emm saya ada kerja kat ofis tak boleh nak cuti. Kalau end Feb boleh tak prof. atau weekend
Prof Z : end Feb saya pulak takde. Kalau gitu esok je lah. Kebetulan saya ada patient esok
Me : hah esokk?

Setelah fikir kurang dari 2 minit (serius ok), Ummi setuju utk proceed the next day, Ahad. Ada hikmah rupanya Ummi tak plan apa2 utk cuti CNY tu. So letak fon tu tarik nafas dalam2 dan cerita kat parents Ummi. Sebab nanti ummi kena mintak teman ke sana sekali utk drive. Then bagitau walid sebab kami masih PJJ sekarang so ummi memang dah ready akan go thru without him around. Huhu

Ummi pun slow talk dgn ‘Aaqil (my 4-yo miracle son) kata esok ummi kena jumpa doctor ummi sakit, petang ummi balik. Alhamdulillah cuti jadi ramai adik2 ummi nak tolong tengokkan my son.

Esoknya kul 9 dah sampai MAC HUKM. Prof tak sampai lagi. Jam 10+ baru ummi diprepare kan. Gi toilet, tukar uniform hosp, dan prepare IV kat tangan.

Dalam kul 12 kot baru masuk OT. Fuh sampai tertidur ummi tunggu kat waiting bed. Haha. Sebab sebelum ummi ada patient IVF pickup ovum tak silap.

Part paling sakit sepanjang prosedur ni adalah masa doc prepare IV kat tgn. Masuk OT, nurse suh baring pastu nurse masukkan ubat tidur kat IV tu. Sedar2, ummi dah kat waiting bed balik. Serius tak sedar apa, takde rasa sakit Alhamdulillah. Setengah jam je rasanya prosedur tu.

Cuma nak berjalan the first hours tu ie gi parking etc mmg kena papah la sebab pening sesangat mcm zombie rasa. Sebab tu even ni day care je, tapi kena bawak teman utk drive balik. By 2pm tu boleh dah checkout dan balik. Oh jangan lupa bayar ya. Ummi bayar sendiri tak pakai GL sebab prof kata kalau GL ummi mungkin kena stay wad dan full bius. Lagipun ni ad-hoc memang tak sempat nak request GL. Bayaran dalam RM900++ (tak ingat exact figure). Masa prof call tu memang dah tanya nak kena prepare brp dan boleh ke bayar pakai kad. Tapi disebabkan hari Ahad, prof dah siap2 kata bawak cash sebab system offline (takleh pakai kredit kad). Prof estimate masa tu RM1200. Alhamdulillah la less than expected.

Oh bila IVF/ICSI? Nampaknya ummi kena tunggu lagi satu cycle yakni mungkin April nanti baru mula IVF jabs. Sebab walid masih belum dapat balik Malaysia. Buat masa ni nak telan suplemen dan prepare mentally emotionally amiiin.

Ok sekian celoteh ummi. Hihi daaa


- Posted using BlogPress from my iPhone

for better and for worse...

Daisypath Anniversary tickers